“Tidurlah. Saya takkan usik awak. Saya dah janji yang saya akan pulihkan ketakutan awak tu tapi,not tonight. Hari ni saya nak biar awak berehat dulu. Siapkan diri untuk hadapi apa yang bakal saya buat nanti. Good night.” Aakif terus memusingkan badan. Mahu tidur mungkin. Irin hanya menelan liur. Entah pukul berapa dia tertidur dalam keadaan duduk.
Perkahwinan antara Irin dan Aakif sudah berusia satu minggu. Ada beberapa perubahan yang nampak pada diri Irin. Kalau makan dia dah boleh makan semeja dengan Aakif walaupun tak bercakap. Dengan Irfad juga Irin sudah boleh berbicara panjang walaupun tidak berapa mesra.
“Irin! Irin!” laung Aakif sambil merebahkan badan di atas sofa. Beg dan kot putihnya diletakkan di atas meja. Irin yang berada di bilik melangkah perlahan dengan tangan yang menggeletar. Dia takut setiap kali ada orang melaungkan namanya begitu. Seperti ayah tirinya menjerkahnya!
“Aaada apa?” suara Irin terketar-ketar menjawab panggilan Aakif. Dia berdiri di tepi sofa dengan muka menghadap lantai. Kini,mereka hanya tinggal berdua di rumah milik Aakif. Lelaki itu yang mahu mereka berpindah. Nak tak nak Irin kena ikut bila mak dan abangnya juga bersetuju.
“Irin duduk dekat mana?” soal Aakif lembut. Tangannya meleraikan tali leher.
“Dalam bbbilik.” suara Irin masih bergetar. Aakif perasan hal itu. Dia tersenyum kecil.
“Errbadan abang penatlah. Boleh Irin tolong urutkan?” pinta Aakif sambil tangan pura-pura mengurut tengkuknya. Irin terus mengangkat muka. Abang?
“Tak salahkan saya bahasakan diri abang. Lagipun,saya sama tua dengan Irfad. Boleh ye Irin panggil saya abang?” satu lagi permintaan Aakif.
“Boleh ke tak?” soal Aakif lagi. Kali ini matanya memandang tepat wajah Irin sehingga isterinya itu tertunduk. Irin hanya mengangguk.
“Abang nak dengar suara,”tukas Aakif. Irin mengetap bibir.
“Boleh”panjang jawapan Irin. Aakif tersenyum lebar.
“Hmmyang pasal tolong urut abang,boleh ke tak?” sengaja Aakif menyoal lagi. Muka Irin sudah merah. Entah merah sebab marah ke sebab malu. Irin pantas menggeleng. Tidak sanggup! Aakif pura-pura mencerlungkan mata melihat reaksi isterinya.
“Tak boleh?” suara Aakif sengaja dikuatkan. Terhenjut bahu Irin. Mulalah dia rasa mahu menangis.
“Boleh ke tak?” Aakif sudah bangun berdiri menghadap Irin yang menunduk. Dalam keterpaksaan Irin mengangguk. Takut lelaki itu meninggikan suara lagi.
“Good. Kita nak urut dekat sini ke dekat bilik?” soal Aakif perlahan lebih kepada bertanya diri sendiri.
“Dekat sini ajelah. Abang nak Irin urut tengkuk abang. Lenguhlah. Nanti bila Irin dah biasa,baru abang minta urut satu badan ye.” Aakif tersengeh dengan kata-katanya sendiri.
Aakif duduk kembali disofa. Sengaja dia membuka butang bajunya hingga paras dada. Perlahan-lahan Irin berdiri di belakang Aakif. Lama Irin bermain dengan jarinya sendiri. Tidak tahu mahu bermula dari mana. Aakif mendongakkan kepala.
“Urutlah”gesa Aakif. Dengan bacaan Bismillah Irin meletakkan tangannya ditengkuk Aakif. Perlahan-lahan dia memicit tengkuk suaminya.
“Mak ai! Sejuknya tangan.” Terlepas suara Aakif. Dia terus mencapai tangan Irin yang sedang mengurut tengkuknya. Ternyata Irin terkejut benar. Dia mahu menarik tangannya tetapi pegangan Aakif lebih kuat.
“Irin takut dengan abang ke?” sengaja Aakif menyoal. Dulu sewaktu majlis pembatalan air sembahyang juga tangan Irin sesejuk ini. Memang kritikal betul isteri aku ni!
“Lepaskan Irin,”pinta Irin sambil cuba menarik tangannya. Aakif tidak mengendahkan. Dia bangun dan menghampiri isterinya. Jarak mereka begitu hampir. Baru Aakif mahu memeluk Irin badannya sudah ditolak. Irin pantas menarik tangannya dan berlari masuk ke bilik. Aakif mengeluh.
Share this novel