BAB 1

Horror & Thriller Completed 6186

“Tolong mak! Tolong! Arghhhh!” Teriak Irin sambil membuka mata. Dipandang kiri dan kanan. Nafasnya ditarik dalam. Peluh mencurah-curah membasahi dahinya dan dia menyekah ia dengan lengan baju tidurnya. Segera dicapai telefon bimbit di tepi bantal lalu dipandangnya jam yang sudah menunjukkan ke angka 3 pagi.Sekali lagi pada saat dan waktu yang sama dia diserang gangguan yang sama.

“Tolong Irin,mak.”tangisnya. Air mata yang cuba ditahan mengalir jua. Badannya bergetar kerana menangis. Azwa,rakan sebilik Irin tiba-tiba bangun dan membuka lampu. Perlahan-lahan Azwa menghampiri Irin yang sedang menangis memeluk lutut.

“Kau mimpi buruk lagi ke?” Azwa duduk dan memeluk erat Irin. Seperti malam-malam yang sudah,sahabatnya itu sering meracau-racau dalam tidur. Risau pula Azwa memikirkan masalah si Irin.

“Aku takut. Aku takut” dan ayat inilah juga yang sering keluar dari mulut Irin.

“Kau nak takutkan apa? Kau cuma bermimpi je tadi. Istighfar. Ingat Allah. Mimpi ni cuma mainan tidur.”

Irin mengelap air matanya. Entah sampai bilalah dia akan terus dihantui kenangan masa silamnya. Kerana kenangan itulah dia sekarang menjadi fobia dan takut dengan golongan yang bernama lelaki. Walaupun dengan abangnya sendiri!

“Pergilah sambung tidur. Esok kitakan kelas pagi.” Azwa sudah bangun berdiri. Selimut Irin ditarik hingga menutup paras dada gadis itu.

“Thanks Azwa.”

“No hallah. Tidur tau. Jangan nak fikir apa-apa lagi.”

Lampu bilik kembali ditutup. Mata Irin terkebil-kebil memandang syiling. Azwa sudah membaringkan badan. Tanpa pamitan air matanya mengalir lagi. Irin menarik selimut hingga menutup muka. Tidak mahu tangisannya menganggu Azwa buat kedua kalinya. Kenangan dulu sentiasa menghantui dirinya. Kenangan 16 tahun dulu.

“Irin! Jangan main jauh-jauh tau.” Laung Puan Fatimah dari anjung rumah. Anak perempuannya yang berusia 6 tahun itu hanya mengangkat ibu jari menunjuk tanda bagus. Puan Fatimah menggeleng sambil tersenyum.

“Irfad nak ke mana tu?” soal Puan Fatimah bila melihat anak sulungnya turun dan naik ke atas basikal. Yang sulung ni pula sudah berumur 10 tahun.

“Orang nak pergi taman. Nak main bola.”

“Hmmiyalah. Jangan balik lambat pula tau.” Pesan Puan Fatimah.

“Baik,mak. Orang pergi dulu ye.” Irfad mengayuh basikalnya keluar dari kawasan rumah.

“Budak-budak mana?” Puan Fatimah terus berpaling bila suara suaminya menyapa gegendang telinga.

“Dah keluar,bang. Semua pergi main.”

Encik Mursyid hanya mengangguk. Dia merupakan suami kedua kepada Puan Fatimah yang sudah kehilangan suami 3 tahun dulu. Nasib baik anak-anak isterinya menerima dirinya seadanya seperti bapa mereka sendiri.

“Dah besar budak berdua tukan.”Encik Mursyid bersuara perlahan.

“Aahkejap je masa berlalu.” Puan Fatimah sudah berhenti mengemas. Dia berjalan perlahan untuk masuk ke dalam rumah.

“Jadi ke awak nak ke rumah kak Munah,esok?” tanya Encik Mursyid sambil melabuhkan punggun di kerusi.

“Jadi. Saya pergi petang besok. Kalau tak sempat balik,saya balik esok paginya. Betul ke awak tak nak ikut,bangnya?”

“Hmmkalau pergi pun saya bukannya buat apa. Kakak awak tu,bukannya sukakan saya ni.” Jauh hati sahaja suara Encik Mursyid. Puan Fatimah hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience