“Jangan cakap macam tu. Kak Munah tu,bukannya tak sukakan abang. Dia belum biasa lagi.”
“Iyalah,tu. Dari mula kita kahwin,dia memang dah tak sukakan saya ni. Garang aje,mukanya.” Tergelak Puan Fatimah dengan bicara suaminya.
“Tak apalah kalau abang tak nak ikut. Budak-budak saya tak bawa. Takut mereka nak bermain.”
“Pandailah saya menjaga si Irfad dan Irin tu.” Janji Encik Mursyid.
“Terima kasih bang sebab terima anak-anak saya.” Sayu sahaja suara Puan Fatimah. Encik Mursyid mengenggam tangan si isteri.
“Anak awak,anak saya juga.” Encik Mursyid tersenyum manis. Lega hati Puan Fatimah. Pilihan hatinya tidak salah.
“Mak pergi dulu. Irin dengan Irfad duduk elok-elok dengan ayah tau.” Pesan Puan Fatimah.
“Baik,mak. Balik nanti mak jangan lupa beli cokelat untuk Irfad dan Irin ye,”pinta Irfad dengan sengihan lebar.
“Iyalah. Janji Irfad dengan Irin jangan nakal-nakal.”
“Okey,mak.” Janji Irin kuat. Semua yang ada tersengeh. Puan Fatimah berlalu dengan menaiki kereta Encik Mursyid. Encik Mursyid akan menghantar isterinya di stesen bas. Rumah kak Munah tidaklah jauh mana. Dalam sejam sudah sampai.
“Abang nak pergi taman.” Beritahu Irfad sambil memegang handle basikal.
“Orang nak ikut juga. Kawan orang pun ajak main dekat taman.” Beritahu Irin. Irfad mencebik.
“Orang main dekat taman,dia pun nak.” Ejek Irfad. Irin menjelirkan lidah.
“Ikut suka oranglah.” Irin membalas. Dia menjerit bila Irfad menarik rambutnya yang diikat tocang.
“Sakitlah! Orang beritahu mak nanti baru tahu. Baru padan muka,abang.” Ugut Irin.
“Beritahulah. Abang tinggal Irin dekat sini. Pergi taman sorang-sorang.” Selepas bercakap Irfad terus mengayuh basikalnya. Irin menjerit-jerit sambil mengejar basikal abangnya.
“Abang jahat! Orang cerita dekat mak nanti.” Irin sudah berhenti berlari. Dia duduk di atas tanah sambil menangis. Cuak muka Irfad. Dia mengayuh basikal menghampiri adiknya. Bahu adiknya dipeluk.
“Abang minta maaf.” Pinta Irfad. Irin hanya diam sambil menangis.
“Abang belanja Irin gula-gula nak?” pujuk Irfad lagi. Irin mengangkat muka.
“Janji!” ujar Irin sambil mengangkat jari kelingking.
“Irin pun janji jangan nangis dan jangan beritahu mak. Baru abang belanja gula-gula.”
“Okey” Jari kelingking mereka bertaut. Masing-masing tersengeh.
“IrinIrin” panggil satu suara. Irin mengangkat muka. Wajah Azwa yang sedang memandangnya dipandang pelik. Azwa ke yang panggil?
“Kau menungkan apa tu? Dari tadi kau diam je.” Ujar Azwa sambil menghirup minumannya.
“Errtak ada apalah. Aku teringatkan abang aku.” Irin menjawab perlahan. Kenangan dia sebelum kejadian hitam itu berlaku memang indah. Dia masih boleh bergelak tawa dan bergurau senda dengan abangnya. Tapi.selepas kejadian itu,dia semakin takut. Takut dengan yang bernama lelaki.
“Tengok! Termenung lagi.” Suara Azwa memecah gegendang. Irin tersenyum kecil.
“Kau dah habis minum ke? kalau dah,jom kita balik. Aku nak kemas baranglah.” Ajak Irin. Azwa hanya mengangguk perlahan.
Share this novel