1 tahun kemudian.
“Abang,boleh Irin tanya sesuatu?”soal Irin sambil melabuhkan punggung di sofa. Aakif sedang membaca surat khabar.
“Apa dia?”
“Dah lama Irin nak tanya benda ni. Pasal hal setahun lepas. Kenapa abang buat semua tu? Kenapa abang sanggup pura-pura tengking Irin? Kenapa abang sengaja nak ingatkan Irin tentang kenangan dulu?”
“Kan abang dah cakap. Abang nak Irin luahkan semua benda yang terbuku dalam hati Irin tu. Abang nak Irin lepaskan semuanya. Kawan abang cakap,Irin jadi takut dengan lelaki mungkin sebab Irin terperangkap dengan perasaan Irin sendiri. Irin takut apa yang berlaku dulu akan berulang kembali. Irin pendam semua yang terjadi tu. Sebab tu abang nak Irin luahkan. Masa kejadian tu Irin masih kecil. Tak boleh melawan. Jadi,abang nak buat Irin puas hati. Sebab tu abang ada kata,bayangkanlah yang abang ni ayah tiri Irin. Irin pukullah. Barulah Irin boleh lepaskan semua perasaan takut,marah dan dendam tu.” Cerita Aakif panjang lebar. Irin tersenyum lebar.
“Macam mana kalau masa tu Irin memang pukul abang betul-betul? Irin ambil pisau tikam abang ke. Tak ke naya.” Irin menduga.
“Masa tu abang tawakal ajelah. Abang agak Irin akan belasah abang cukup-cukup. Abang dah terbayang pun yang abang berada dekat katil hospital. Tapi,nasib baik Irin tak buat apa-apa.” Aakif ketawa sendiri mengingati kisah setahun lepas.
“Iyalah. Masa abang peluk Irin tu,Irin kan dah luahkan semua yang terbuku. Hati dan fikiran rasa lapang je. Irin rasa selamat dalam pelukan abang. Tiada lagi bayangan ayah tiri Irin. Alhamdullilah. Irin bersyukur sangat sebab dah berjaya keluar dari ketakutan ni.”
“Hmmtapi,Irin sedar tak yang abang memang dari mula kita pindah lagi dah mulakan proses untuk hilangkan ketakutan Irin. Irin sedar tak?” soal Aakif sambil bermain dengan jari isterinya. Irin hanya membiarkan. Kemudian,Irin menggeleng.
“Ingat tak masa abang suruh Irin urutkan tengkuk abang? Masa tu abang nak buat Irin supaya tak takut dengan abang. Tak takut bila abang sentuh Irin. Tapi,masa tu tak berapa berjaya sebab Irin lari masuk bilik. Ingat tak?” duga Aakif. Dia memandang dalam anak mata isterinya. Irin mengangguk perlahan. Senyuman terukir di bibirnya.
“Lepas tu,masa tangan abang luka kena kaca. Sebenarnya,abang yang lukakan tangan abang sendiri. Abang pecahkan dua pinggan dekat dapur. Sengaja abang buat macam tu supaya Irin sendiri yang pegang tangan abang. Irin masa tu takut-takut,sebab tu abang banyak kali tinggikan suara pada Irin. Abang seronok bila Irin dengan rela hati balut tangan abang. Sebab tu abang cium kepala Irin. Abang happy sangat masa tu,”sambung Aakif. Kali ini Irin tidak tersenyum. Dia terus mencapai tangan Aakif. Dia mengusap parut kecil di tapak tangan suaminya.
“Sampai macam tu sekali abang buat untuk elokkan Irin. Terima kasih,bang. Irin takut sangat bila tengok darah abang dulu. Dahlah banyak. Lain kali,jangan buat macam tu dah. Irin tak sanggup tengok abang cedera.” Tiba-tiba Irin menangis. Aakif terus memeluk Irin.
“Abang sanggup buat apa sahaja demi Irin sebab abang betul-betul cintakan Irin. Sayangkan Irin. Dari kali pertama abang tengok Irin pengsan dulu. I really love you.” Aakif mencium dahi Irin lama.
“Terima kasih abang. Terima kasih kerana bersabar selama ni untuk menyembuhkan Irin. I love you too,abang.” Malu-malu Irin menjawab.
“Mana tak love-lovenya. Tu,dalam perut tu apa. Kalau tak cinta tak adalah Irin boyot macam tu,”usik Irfad. Entah masa bila abangnya itu muncul.
“Abang ni sibuklah.” Irin pura-pura marah. Irin bangun dan memukul perlahan bahu Irfad.
“Biarlah! Suka hati abanglah nak menyibuk ke tak,”balas Irfad selamba.
“Orang beritahu mak nanti,”ugut Irin.
“Beritahulah. Irin ingat abang takut ke.” Irfad mengangkat kening memandang adiknya.
“Mak! Tengok abang ni!” laung Irin. Puan Fatimah melangkah keluar.
“Kenapa ni Irin?”
“Tengok abang ni.” Irin memeluk manja bahu Puan Fatimah.
“Abang yang mana satu? Kamu ni suami pun panggil abang,si Irfad pun kamu panggil abang. Abang yang mana ni?” seloroh Puan Fatimah. Aakif dan Irfad sudah ketawa kuat.
“Mak ni.”manja rengekan Irin. Puan Fatimah ketawa senang. Padahal dia tahu abang yang mana yang dimaksudkan si Irin. Kalau bergaduh mestilah anak-anaknya.
“Padan muka!” Irfad mencuit hidung Irin.
“Tak nak kawan abang,”rajuk Irin.
“Abang ke?” sampuk Aakif pula. Irin pantas memukul bahu Aakif dan Irfad serentak. Suka benar lelaki berdua itu mengusiknya.
“Dua-dua abanglah!” jawab Irin geram. Akhirnya semua tertawa sendiri.
‘’Syukur atas segala nikmat mu ini Ya Allah. Jalan yang sukar Kau permudahkan sungguh aku menerima lebih dari yang aku minta. Dengan izinMU dapat juga aku merasai kasih sayang seorang lelaki yang ikhlas mencinta dan menyanyangiku.’’ Bisik hatinya.
Share this novel