BAB 5

Horror & Thriller Completed 6186

“Irin minta maaf,mak. Bukan Irin sengaja nak membenci abang,tapiIrin akan ingat benda tu bila tengok muka abang. Walaupun bukan abang yang bersalah,abang tetap lelaki. Irin akan terbayangkan lelaki jahat tu. Dia jahat,mak. Irin sakit.sakit sangat.” Irin terjelopok jatuh. Puan Fatimah terkejut. Mata Irin yang terpejam makin merisaukan hatinya.

“Irin.bangun nak. Jangan buat mak macam ni. Bangun,Irin.” Puan Fatimah menepuk-nepuk pipi Irin namun,tiada reaksi. Cepat-cepat Puan Fatimah menelefon anak sulungnya.

“Kenapa mak?” suara Irfad menyoal di hujung talian.

“Irin pengsan. Adik kamu ni pengsan. Balik cepat Irfad.” Puan Fatimah bersuara lancar. Hatinya cuba disabarkan.

“Bila Irin sampai? Err.orang balik sekarang. Mak tunggu tau.” Talian terus dimatikan. Puan Fatimah memeluk erat Irin yang terbaring lesu.

‘Maafkan mak,Irin. Kalaulah mak tak berkahwin dengan lelaki jahat tu dulu,semua ni takkan terjadi. Maafkan mak.’ Detik hati Puan Fatimah.

Hampir 10 minit,kereta Irfad kelihatan semakin menghampiri. Puan Fatimah masih memangku anaknya di anjung rumah. Kerana rumah mereka agak jauh dari jiran yang lain,agak sukar untuk mereka sekeluarga meminta tolong.

“Maaf,mak. Orang lambat. Orang bawa kawan orang sekali ni. Dia doktor.” Terang Irfad. Puan Fatimah hanya tersenyum tawar kepada rakan anaknya.

“Bawa adik kau ni masuk dalam.” Kedengaran suara kawan Irfad mengarah. Irfad terus mencempung adiknya masuk ke dalam. Kawan Irfad pula membantu Puan Fatimah bangun dan masuk ke dalam rumah.

“Aku letak dia atas katil dalam bilik. Kau checklah dia.” Irfad memukul lembut bahu kawannya. Si kawan hanya mengangguk dan melangkah ke bilik. Irfad dan Puan Fatimah mengikut dari belakang.

“Boleh aku.?” si kawan menunjukkan pergelangan tangan Irin sambil memandang Irfad. Tandanya dia mahu meminta izin untuk menyentuh pergelangan tangan gadis itu. Irfad mengangguk laju. Kawannya bukan ada niat lain. Kalau berniat mahu merawat pesakit hukumnya harus. InsyaAllah.

Dengan berhati-hati si kawan memegang pergelangan tangan Irin untuk memeriksa nadi. Lama tangan si kawan melekap di situ. Mungkin sedang mengira denyutan nadi. Kemudian,si kawan membuka mata Irin satu persatu.

“Adik kau ni nadinya lemah. Macam tak cukup makan dan kurang minum air. Badan dia sangat lemah. Aku akan bagi vitamin dan ubat tidur. Dia perlukan rehat yang secukupnya.” Si kawan bangun berdiri. Puan Fatimah pula mengambil tempat di sebelah Irin.

“Anak mak cik akan pulih ke?” suara Puan Fatimah kedengaran sebak.

“Keadaannya tak serius. Mak cik jangan risau. Macam yang saya cakap tadi,dia perlukan banyak rehat. InsyaAllah,semuanya akan pulih.” Si kawan menjawab sopan. Irfad meraup mukanya. Terima kasih Ya Allah.

“Terima kasih. Apa namanya? Mak cik tak sempat tanya tadi.” Puan Fatimah tersenyum kepada doktor muda itu.

“Saya Aakif.” Si kawan memperkenalkan diri.

“Aakif duduk dululah. Mak cik buatkan air. Irfad,ajak Aakif duduk di depan sementara mak buat air.” Puan Fatimah sudah bangun berdiri. Nak ke dapurlah tu.

“Tak apalah,mak cik. Jangan susah-susah.” Tolak Aakif.

“Susah apanya. Bukannya mak cik nak pergi beli minuman tu. Dah ada dekat dapur je pun. Kamu pergi duduk dulu.” Puan Fatimah melangkah keluar. Irfad menepuk perlahan belakang Aakif isyarat supaya mereka keluar dari bilik itu. Aakif hanya menurut.

“Aku tak tahu pula kau ada adik perempuan.” Aakif memulakan bicara. Dia memandang Irfad yang hanya diam memandang lantai.

“Kau tak tanya,”seloroh Irfad. Dia tersenyum tawar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience