“Macam mana boleh jadi macam ni?”suara Puan Fatimah kedengaran. Irin membuka mata walaupun pedih. Mak!
“Orang tak tahu. Tadi Irin kata badan dan kepala dia sakit. Orang rasa dia demam.” Suara Irfad menjelaskan.
“Irin ni demam. Sebab tu badannya sakit-sakit. Tadi,saya dah bawa dia ke klinik. Doktor kata tak ada apa-apa yang serius pun.” Suara Encik Mursyid pula kedengaran. Kali ini lembutnya bukan main. Lembut gigi dari lidah! Irin terpandangkan sorotan mata ayah tirinya. Sorotan mata amaran!
“Mak.”panggil Irin lemah. Dia terus memeluk Puan Fatimah dan menangis.
“Kesian anak mak,ni. Demam ye. Irin kena makan ubat tau. Baru cepat sihat,”pujuk Puan Fatimah lembut. Dia mengusap kepala Irin. Tangannya terhenti pada kesan lebam di hujung dahi anaknya.
“Kenapa ni Irin? Macam mana boleh lebam ni?” soal Puan Fatimah gusar.
“Aaa”baru Irin mahu menjawab,Encik Mursyid sudah menyampuk.
“Irin terjatuh tadi masa nak pergi klinik. Terhantuk kerusi.”
“Ya Allah. Lain kali hati-hati sikit.” Puan Fatimah kembali memeluk Irin.
“Dahlah. Mari kita keluar. Bagi si Irin ni berehat. Kesian dia.” Encik Mursyid mengajak Puan Fatimah keluar. Isterinya hanya mengangguk. Irin kembali dibaringkan.
“Irin.”panggil Irfad. Dia menghampiri adiknya yang menutup muka dengan selimut. Badan adiknya menggeletar.
“Irin”Irfad menarik selimut yang menutup muka Irin tetapi tidak berjaya.
“Abang keluar dulu ye. Kalau Irin nak apa-apa,panggil je abang.” Irfad melangkah keluar. Irin menangis di dalam selimut. Irin takut!
“Tolong Irin,mak! Tolong Irin!” Irin meracau dalam tidur. Puan Fatimah yang kebetulannya terjaga dari tidur terus bangun berdiri. Kakinya laju melangkah ke bilik sebelah.
“Irinbangun nak!” Puan Fatimah mengejut Irin. Badan anaknya semakin panas. Irin membuka matanya yang mengalir air hangat. Badannya benar-benar sakit.
“Mak.”bergetar suara Irin. Puan Fatimah menyelak selimut Irin. Dia mahu menukar baju anaknya yang sudah basah dengan peluh. Terpana Puan Fatimah apabila melihat badan anaknya terdapat kesan lebam. Dapat dari mana ni? Irin melentokkan kepalanya di bahu Puan Fatimah. Segera si ibu menyarung pakaian baru. Irin dipeluknya erat. Kesan lebam tadi menganggu fikirannya. Akhirnya dua-dua terlena.
“Mana ubat si Irin ni?” pagi-pagi lagi rumah mereka sudah kecoh dengan suara Puan Fatimah. Dia mencari ubat demam anaknya tapi tidak berjumpa.
“Apa bising-bising ni?” Encik Mursyid melangkah ke dapur.
“Mana ubat Irin? Katanya dah ke klinik semalam.” Suara Puan Fatimah kedengaran risau. Encik Mursyid menggaru kepala.
‘Mana ada aku bawa budak tu ke klinik. Nak cekau ubat dari mana?’detik hati Encik Mursyid.
“Errubat tu saya tak ambil sebab kena bayar dulu. Saya tak bawa duit semalam. Saya ingat nak ambil ubat tu hari ni,”kelentong Encik Mursyid. Beristighfar Puan Fatimah.
“Kenapa abang tak cakap semalam? Biarlah saya pergi ambil kejap lagi. Abang pergi klinik mana?”
“Errklinik Rahmat. Yang dekat tepi kedai gunting tu. Tak apalah,abang pergi ambil nanti.” Puan Fatimah mengangguk.
“Jangan lupa pula tau,bang.” Pesan Puan Fatimah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kesan lebam pada badan anaknya!
“Abang ada buat apa-apa ke pada Irin?” soal Puan Fatimah serius.
“Bbbuat apanya? Awak jangan nak menuduh saya pula. Saya sayang budak Irin tu.” Encik Mursyid cuak! Puan Fatimah meraup mukanya.
Share this novel