Mereka berjalan pulang ke asrama. Minggu ini mereka akan pulang ke kampung masing-masing setelah habis final exam. Ini bermakna,mereka sudah berjaya menamatkan pengajian mereka selama 3 tahun di sini.
“Entah bila kita akan berjumpa lagikan,”keluh Azwa sambil membaringkan badan di atas katil.
“Nanti bila kita nak minta kerja,kita mintalah tempat yang sama.” Saran Irin.
“Hmmokey juga. Dapat tak dapat tu,belakang hal. Janji,kita apply sama-sama.”
“Aku mesti rindu pada kau nanti.”perlahan suara Irin. Selama ini,Azwalah yang banyak membantu dan menyokongnya.
“Jangan cakap kau je. Aku pun sama. Aku akan rindukan kau sangat-sangat. Aku harap kau tabah. Aku doakan suatu hari nanti,fobia kau pada lelaki ni akan hilang. Aku kesian dengan kau. Aku sedih setiap kali tengok kau menangis sebab mimpi benda yang sama. Aku sedih bila kau dikatakan sombong oleh lelaki di kelas kita. Sampai ada yang tuduh kau lesbian. Mereka tak tahu pasal kau,sebab tu mereka cakap macam tu. Aku sedih.aku kawan kau dan aku rasa apa yang kau rasa tu. Sakit kau sakitlah aku.”Azwa memeluk erat Irin. Kedua-duanya mengalirkan air mata.
“Aku tak tahu macam mana nak hilangkan perasaan takut ni. Aku” Irin teresak menangis.
“Banyakkan berdoa. Hanya pada Allah tempat kita meminta. Berdoalah pada Allah supaya kau diberikan kekuatan. Aku juga akan turut mendoakan kau. Aku nak kau bahagia.”
“Terima kasih Azwa. Aku tak tahulah macam mana nak balas jasa kau pada aku. Kau terlalu baik. Aku berterima kasih sangat.”
“Kita kawan. Tiada makna berkawan kalau aku tak boleh bantu dan support kau. Kita akan kawan selamanya. Kau kena ingat tu,kita kawan sampai bila-bila.”
“InsyaAllah. Thanks again,Azwa.”
Lama Irin berdiri di depan pintu rumahnya. Berbelah bahagi mahu mengetuk atau tidak. Rasanya,sepanjang sem akhir ni dia tidak ada pulang ke rumah. Seingatnya,hampir 6 bulan. Keadaan rumahnya masih masa. Dia juga selalu berhubung dengan maknya.
“Assalamualaikum.” Laung Irin. Beg bajunya diletakkan di anjung rumah. Rumah yang penuh dengan kenangan.
“Waalaikumusalam. Ya Allah,Irin! Irin anak mak.” Puan Fatimah terus memeluk badan Irin yang kecil itu.
“Mak apa khabar?”
“Alhamdullilah. Bila Irin sampai? Kenapa tak telefon mak? Boleh mak suruh Irfad ambil Irin di stesen.”
“Tak apalah,mak. Lagipun,Irin dah sampai nikan. Errabang mana mak? Dia ada dekat rumah ke?”
“Irfad belum balik kerja lagi. Selalunya,dekat maghrib baru dia sampai rumah.” Puan Fatimah memandang raut wajah Irin yang sudah berpeluh. Panas ke? Atau.
“Mak tanya Irin sesuatu boleh? Kalau Irin sayangkan mak,jawab dengan jujur. Irin masih ingat kejadian dulu tu ke? Irin masih dihantui dengan kenangan dulu tu ke? Irin masih takut dengan lelaki ke?” soal Puan Fatimah bertubi-tubi. Lihat mata Irin yang merah,dia sudah dapat jawapannya. Puan Fatimah terus memeluk badan Irin erat. Anaknya itu sudah menangis.
“Mak minta maaf. Mak yang bersalah.” Puan Fatimah juga sudah menangis.
“Bukan salah mak. Irin tak pernah salahkan mak. Irin sayang mak. CumacumaIrin memang tak boleh lupa benda tu. Benda tu macam dah melekat kuat dalam fikiran dan hati Irin. Irin akan ingat kejadian tu setiap kali Irin dekat dengan lelaki. Irin sedih mak. Irin tak kuat. Tolong Irin mak.” Ngongoi Irin. Dia sudah penat menangis. Ya Allah,Kau kuatkanlah hambaMu ini.
“Anak maktabahlah,Irin. Mak sentiasa mendoakan yang semua kejadian hitam tu akan pergi dari hidup anak mak. Irin berhak untuk bahagia. Mak nak tengok anak-anak mak rapat macam dulu semula.”
Share this novel