BAB 4

Humor Completed 508

“HAH! Aku dah agak! Kau mesti bela benda terkutuk! Aku dengar kau cakap
sorang-sorang! Wei Pak Mael! Kau hiduplah dengan benda kau ni! untuk
jadi bapak tiri aku kau jangan mimpilah! Mak aku dah tahu
segala-galanya-galanya,” ucap Deris yang muncul entah dari mana.

Mael cuba mengesan kelemahan tetapi entah kenapa kuasa dia tiba-tiba
hilang. Kuasa yang dijadikan sebagai radar mengesan sebarang pergerakan
tidak berfungsi. Kalau ada orang mendekatinya maka dia dapat rasakan.
Kini tidak. Hairan benar dia kala ini. Kehadiran Deris lelaki berambut
kerinting itu tidak disedarinya.

Maruf awal-awal lagi sudah ghaib apabila Deris muncul.

‘Kurang asam kau Maruf ! Tinggalkan aku sendiri,’ keluh Mael sendiri.

Deris terus menghunus parang yang tajam ke arah Mael. Lelaki tua itu
seakan tidak gentar dengan ugutan itu. Dia tahu Deris sudah lama
membencinya. Mungkin sebab Mael mahu mengorat ibu Deris. Itulah agenda
Deris. Mahu mengusir Mael dari kampung ini.

“Abang Deris…” tiba-tiba muncul gadis cantik di celah pohon pisang.
Wajah persis aktor Bollywood, Rani Mukhreje. Cun!

Pantas Deris menoleh. Terpaut hati nampaknya. Tiba-tiba sahaja Deris
tergoda. Si jejaka itu bagaikan terpukau dengan kecantikan yang luar
biasa menjelang tengah hari ini.

Mael ketawa mengekek dalam hati. Dia tahan lucu bila tengok Maruf jadi
perempuan. Bahaya sungguh kali ini. Mael fikir Maruf ada naluri keibuan
kali.

Gaya Maruf berjalan persis model. Hakikatnya Mael tengok Maruf
berkepala wanita tapi badan penuh bulu. Tapi sebaliknya bagi Deris. Di
matanya memang seorang perempuan melirik dan mengulum senyum. Deris jadi
lupa niat dia yang sebenar.

‘Ah sudah! Maruf ni gay ke? Mampuih aku kalau tidur malam-malam!’ gerutu
Mael sambil menahan lucu.

Tiba-tiba sahaja Maruf memeluk Deris. Dalam keadaan ini Mael ketawa
guling-guling sambil tepuk-tepuk tanah. Yang seronoknya Si Deris
membalas pelukan itu. Mael ketawa puas-puas tidak tertahan lagi tetapi
Deris bagaikan pekak dan tidak dengar Mael ketawa. Ekor matanya
merasakan kehangatan tubuh wanita.

“Awak sungguh lawa. Kenapa saya tiba-tiba memeluk awak ya?” Deris memuji
kemudian menyoal.

“Saya pun tak tahu. Mungkin saya memang lawa kot, saya pun tak sempat
nak tengok cermin sama ada saya ni lawa atau pun tidak,” balas Maruf .

“Tapi memang benar. Awak lawa dan cantik. Harum pula baunya. Boleh tak
awak lepaskan dakapan ini. Sesak nasaf saya ni,” pinta Deris.

Gigi taring Maruf mahu saja menggigit leher Deris tapi memikirkan Deris
ini bakal anak tirinya maka dia tidak jadi berbuat demikian. Maruf masih
menaruh perasaan pada ibu Si Deris ini. Teruknya. Bagaimana kalau Mael
mengamuk? Siapa mahu jawab? Maruf perlu selesaikan dengan baik-baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience