BAB 5

Humor Completed 508

HARI yang berlalu semakin teruk. Banyak pula ayam dan itik Hajah Siti
mati diserang pengganas yang tidak bertamadun. Sungguh tragis cara ayam
dan itik Hajah Maimun mati. Haiwan berkenaan sensitif mudah kena serangan
jantung secara mengejut kalau sudah terkejut. Ini mesti kena sergah
dengan kenakalan Hantu Raya belaan Pak Mael yang sangat comel itu.

Kebanyakan ayam dan itik itu mati tanpa kepala. Kalau doktor haiwan
datang buat pemeriksaan sekalipun pasti punca kematian sebenar adalah
terkena serangan jantung dan kemudian barulah dipenggal kepalanya.

Kalau dilihat dari celah reban, terdapat kesan cakaran. ‘Tak mungkin
musang seganas ini,’ Hajah Maimun menduga di dalam hati.

Siapa yang tidak terkejut, apabila hendak berikan makanan pada ayam dan
itiknya itu, tiba-tiba sahaja tiada seekor pun bernyawa. Perkara ini
benar-benar menyayat hati si isteri Pak Lebai Bulus . Hajah Maimun terus
merapatkan kelima-lima jari kanannya lalu dihempaskan di atas tapak
tangan yang satu lagi. Mempamerkan perasaan yang sangat marah.

Kebetulan pula Si Senah melenggang membawa bakul untuk ke pasar beli
ikan menapak di depan rumah Hajah Siti. Dia terlihat Hajah Maimun sedang
bertungkus-lumus mangkubumi jasad-jasad haiwan ternakannya bersama
genangan air mata. Syahdu sungguh Hajah Maimun tatkala ini.

Senah dengan lagak si dara singgah sebentar untuk bertanya khabar.

“Buat apa tu Hajah Maimun oihh? Tengah masak rendang ke?” Itu dia! Mudah
dan berkesan sekali pertanyaan Senah yang boleh meledakkan lava gunung
berapi.

“Aku tengah gali kubur untuk kau!” balas Mak Siti geram.

Senah sudah nampak tapi masih buat tidak tahu. Si janda anak lapan ini
baru sahaja mengetahui hal itu dengan mata kepalanya sendiri. Dia
bertambah terkejut apabila seekor demi seekor bangkai ayam dan itik
diletakkan ke dalam lubang paras lutut itu tanpa kepala dan ada pula
yang terburai isi perut. Penat Mak Siti gali lubang itu sendiri. Senah
tahu Mak Siti sedang hiba. Dia hendak bertanya tapi takut dimarahi pula.

“Apa yang kau tengok saja! Marilah bantu!” ucap Hajah Siti.

Mendengar sahaja Hajah Maimun bersuara guruh itu. Senah mula bagi alasan
yang dia sudah lambat untuk ke pasar. Cepat-cepat dia berlalu. Ngeri
benar tengok keadaan haiwan ternakan yang mati itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience