BAB 3

Humor Completed 508

PERASAAN geram sahaja terbuku di relung hatinya. Benci! menyampah! Semua
ada. Tidak cukup dengan itu dia ludah air liur ke sisi. Tidak
henti-henti dia memaki hamun makhluk yang ada di depannya. Sudah pandai
bergaya nampaknya. Sudahlah hanya tinggal bajunya sehelai itu sahaja
untuk dipakainya esok hari pergi kenduri rumah orang kahwin. Tapi Si
Maruf ni pula sudah pakai baju Melayunya. Kurang asam.

Sekiranya baju yang dipakai itu adalah untuk melepak sambil baca buku
pasti Mael tidak kisah. Yang buat Pak Mael naik angin, baju tersebtu
dipakai buat berkebun.

"Hoi Maruf !" pekik Pak Mael.

"Opocot!" melatah pula si Maruf dan terus menoleh. Kemudian dengan
selambanya menyambung kerja. Buat 'derk' saja.

"Kau tak habis buat perangai! apa yang kau angin sangat dengan aku ni
sampai baju aku pun kau kebas?" marah Mael sambil ekor matanya merenung
tajam ke arah hantu raya belaannya yang diberi nama Maruf kerana berbulu
hitam, 'Je' pada pangkal namanya merujuk pada dirinya sebagai pemilik
yang sah pada makhluk itu.

Maruf dengan wajah tidak bersalah masih menerus aktiviti yang berfaedah
itu dengan mencangkul tanah. Malas hendak melayan tuannya yang seperti
mengabaikan dirinya. Apa salahnya dia pakai baju Melayu, barulah nampak
kacak.

Mael melangkah menghampiri Maruf setelah paus berkecak pinggang sambil
membebel. Di tengah kebun pisang itu memerhatikan Maruf yang kononnya
rajin bekerja.

Mael berkopiah putih dan serebannya disangkut pada bahu itu lagak
seperti seorang haji. Ilmu agama tidak kuat sampai sanggup bela menatang
itu. Bagus sangatlah itu bela binatang yang ditegah. Tapi Mael apa
kisah asalkan kerjanya dapat dibereskan secepat mungkin.

Maruf berhempas pulas bekerja keras agar tuannya memberikannya makan
secukupnya. Sudah lama dia mengidam Kentucky Frick Chicken Hot Spicy.
Harap-harap dapatlah dia merasa. Selalu benar lihat iklan di Televisyen
dekat warung Walid-Walid itu. Meleleh air liur dibuatnya.

Kali ini Mael mengeluh panjang sebab melihat Maruf buat muka kasihan.
Muka sponsen katanya. Namun itu tidak dapat meredakan amarahnya. Mael
mahu marah lagi. Marah sebab dia dapat tahu bahawa Maruf sudah pandai
skodeng orang yang dia minat. Siapa lagi kalau bukan Si Senah janda anak
lapan.

“Maruf ! Kau mari sini!” panggil Mael sambil melambai deras.

Maruf yang buat-buat sibuk terus melepaskan cangkulnya. Dengan pasrah
dia melangkah.

“Apa hal kau skodeng makwe aku? Kau nampak ni?” Mael menunjukkan buku
limanya ke arah muka Maruf yang baru tiba di hadapannya.

“Salah ke?”

“Sudah tentulah salah! Dia tu bakal bini aku!” kata Mael sambil
membetulkan kain pelikatnya yang terasa sedikit terlondeh.

Hari ini dia malas buat kerja. Mahu rehat di rumah sahaja sambil kunyah
kerepek pisang. Selepas itu mahu tidur puas-puas sebab malam tadi tidak
lena tidurnya. Asyik mimpikan si Maruf mengorat pujaan hatinya.

Maruf tunduk-tunduk. Tidak mampu bertentang mata dengan Mael yang
sedang marah-marah. Dia tahu, kalau dia ingkar pada arahan Mael,
dirinya akan terasa terbakar sahaja. Dia tidak mahu kepanasan. Biarlah
dirinya terasa dingin membeku seperti salju yang turun di Korea Selatan.

Apalah daya Maruf seekor hantu raya yang kurang diberi perhatian. Jika
dulu, waktu isteri Mael masih hidup. Dia begitu bahagia sekali. Kini
Halimah sudah tidak ada. Dia mula kerinduan dan dahagakan kasih sayang.

“Apa yang kau fikirkan? Kau jangan nak buat fasal! Satu lagi aku nak
ingatkan! Aku tak sukalah kau asyik menyamar jadi aku aje. Kau pun tahu
aku ni tak handsome. Kau menyamarlah jadi Brad pitt ke, Aaron Aziz ke,
Leonardo DeCaprio ke…

barulah ada awek syok kat kau. Kenapa muka aku jugak yang kau pilih,”
gerutu Mael hampa.

Selalu sangat Maruf menyerupai dirinya. Sudah jenuh dia nasihatkan Maruf
supaya menyerupai jadi orang lain pula. Mael pula sudah puas baca
mantera meniup pada sekeping gambar Shah Rukh Khan untuk Maruf . Dia mahu
Maruf tiru lagak Shah Rukh Khan sahaja. Tapi tidak menjadi.

“Bos! Aku dah tak laratlah hidup membujang. Bolehkah bos carikan aku
awek? Paling tidak pun, kau tolong pinangkan aku pada Siti Nurhaliza.
Aku berkenan dekat dia. Suara dia! Fulamak, menusuk kalbu,” repek Maruf .

Semakin menjadi-jadi perangai gila Maruf ini. Dulu elok sahaja. Mungkin
Mael sudah lupa, dia pernah hempap batu atas kepala Maruf suatu ketika
dulu. Waktu itu Maruf masih kecil lagi tapi sudah pandai curi duit dia
pergi beli nasi kerabu dan makan sendiri. Siapa tidak angin.

Pecah kepala Maruf ketika itu. Tapi mujurlah atas belas kasihan
cepat-cepat Mael rawat semula. Tidak sampai hati rasanya melihat Maruf
meronta-ronta kesakitan sampai terkeluar otak. Hantu raya ada otak juga.
Otak jahat.

“Kau ni memang dah gila! Mana boleh pinang dia! Dia dah hak orang lain.
Kalau si debab anak Mak Leha Capik itu aku boleh pinangkan untuk kau,”
ucap Mael.

“Aku tidak mahu dia! Dia bisu! Macam mana aku hendak dengan dia menyanyi
kalau sudah bisu?” Maruf jual mahal. Sudah dibagi peluang tapi ‘demand’
pula.

Mael tiba-tiba duduk mencangkung. Tidak terlayan kerenah biol di Maruf
yang semakin menjadi-jadi. Hendak hantar ke hospital bahagia si Maruf
tidak layak berada di situ. Hendak hantar ke kubur dia bukan manusia.
Mael garu kepala dengan deras. Tercampak kupiahnya jatuh ke tanah.

Kemudian dia mendongak ke arah Maruf .

“Aih! Cepat benar kau tukar rupa. Tadi jadi muka aku sekarang jadi muka
datuk aku pula?” soal Mael.

“Tadi bos marah aku jadi muka bos! Biar aku jadi muka bekas majikan aku
yang dulu itu. Aku bangga jadi pekerja dia sebab dia selalu beri aku
minum darah. Kau ni…jangan harapkan darah, Milo pun kau tak pernah bagi
aku minum! Macam mana aku nak cerdas, sihat dan kuat?” Mael harus
menjawab sindirian itu. Jika tidak dia akan terus dibuli dengan
kata-kata oleh Si Maruf yang sudah naik kepala.

“Macam nilah, kejap lagi aku bagi kau minum darah angsa. Tadi dapat
rasakan angsa Sulaiman mampus kat tepi jalan kena langgar dengan beca.
Kau tunggu kejap aku pi ambil,” Mael memberi harapan pada Maruf .

‘Darah angsa buat apa?! Boring ar!’ rungut Maruf di hati.

Tidak berapa lama kemudian Mael kembali membawa seokor angsa yang telah
mati. Dia beri hantu raya itu minum darah dengan lahap sekalai.
Kasihannya dia tengok Maruf macam tidak cukup makan. Tapi memang benar,
sudah lama dan terlampau lama Maruf ikat perut. Kadang-kadang terpaksa
berpuasa menahan selera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience