BAB 8

Humor Completed 524

“BETUL Pian! Aku nampak sendiri! Ayah kau mati depan sana tu! Cepat
pergi tengok!” ucap Deris bersungguh-sungguh.

Pian terkejut besar bila dengar ayah dia mati dalam keadaan mengerikan.
Dia seperti tidak percaya sahaja cakap Deris.

“Kau tipu!” balas Pian di Warung Walid-Walid.

Semasa Deris dalam perjalanan ke sini tadi. Sudah seminggu dia demam.
Deman gara-gara disampuk oleh Hantu Raya Pak Mael tempoh hari. Baru
hari ini dia berasa kuat untuk melangkah ke warung Walid-Walid milik
Deraman.

Kala ini sudah tepat pukul 12 malam. Warung Walid-Walid pun sudah hendak
tutup tetapi ada lagi yang leka bermain dam haji, tidak pula menumpukan
perhatian terhadap ucapan Deris itu tadi. Masing-masing sibuk melayan
perasaan sahaja.

Deris yang tidak puas hati kerana dituduh menipu, segara dia tarik
tangan si Pian sambil diperhatikan Ropi. Si Ropi hidung kemik pula
beria-ia ingin tahu. Maka dia mengekori dari belakang. Cepat sungguh
Deris kayuh basikal sambil dibonceng oleh Pian. Ropi tidak sempat
mengejarnya.

Bagaimanalah tragisnya kematian ayah si Pian itu sampai Deris pun tidak
sanggup menatapnya. Tetapi demi persahabatan dia harus memberitahu
kepada Pian tentang kematian ayah si Pian itu. Walaupun Deris nampak
agak berani tapi sebenarnya dia pun penakut juga.

Ropi tertinggal di belakang. Termengah-mengah dia mengayuh basikal.
Maklumlah si Ropi hidung kemik ini ada asma. Silap hari bulan boleh
pengsan tengah jalan.

‘Alahai korang! Tinggalkan aku kat belakang sorang-sorang,’ gerutu Ropi.

Semakin lama dia berasa kayuhannya semakin perlahan. Seperti membonceng
sesuatu. Tidak lain dan tidak bukan Tila sedang tersengih. Sudah lama
Tila tidak membonceng basikal. Seronoknya dirasakan pada malam ini di
bawah terangnya sinar bulan yang mengambang penuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience