BAB 7

Humor Completed 508

KELIHATAN seorang lelaki berjalan sendiri di waktu tengah malam.
Wajahnya muram sekali. Mulutnya membebel sendiri. Entah apa yang
mengganggu fikirannya tiada siapa yang tahu. Mungkin juga dia kesunyian
agaknya.

Di atas jalan merah yang tidak berturap itu dia menapak perlahan-lahan.
Dia tidak takut pada sesuatu apa pun. Sungguh beraninya dia berjalan
tengah malam begini. Kabus dan asap tebal mula bertandang. Pandangan
seakan terhalang. Langkahnya sampai ke kuburan. Dia berhenti sekejap
melepaskan lelah setelah penat berjalan.

“Hello my friends! How are you! Long time not see,” tiba-tiba sahaja dia
disapa oleh wanita cantik berbadan langsing muncul dari celah-celah
batang pokok menuju ke arah lelaki yang sedang bermuram durja.

Lelaki itu duduk termangu sendiri di atas bongkah batu besar tepi
kuburan lama. Kehadiran wanita cantik itu tidak diendahkan bahkan dia
hanya tundukkan kepala sambil bermain dengan jari-jemarinya.

“Kau ni kenapa? Aku tegur tak jawab! Dah cukup macho sangatlah itu
dengan berwajah Hrithik Roshan!” kata si wanita rupawan.

“Kau bukan tau apa-apa pun Tila ! Aku ni yang sedang bersedih! Sudahlah
tak dapat makan masak lemak cili api, lepas tu pula terfikir kenapalah
tuan aku seperti abaikan aku,” rungutnya.

“Cool sikit Tam! Kau bukan tak tau hidup macam kita ini. Mana boleh
sedih beb. Apa kata malam ni kita berpesta… Aku dengar Kazam bela lembu
yang lagi besar. Jomlah… sudah lama kau tak join aku. Aku selalu sendiri
sahaja tidak berteman. Kalau kau ada best sikit.” ucap Kuntilanak atau
lebih mesra dengan panggilan Tila oleh Maruf .

Gaya penuh kelembutan tapi ucapan memang kasar. Tila sebenarnya peramah. Dia membetulkan kainnya yang menyapu tanah.

Maruf menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. Mungkin
benar ucap Tila . Dia tidak perlu bersedih dan hanya memikirkan
keseronokan sahaja. Lembu Kazam ada di kandang. Apa susah pergi melantak
(makan) dagingnya.

Tila berhajat selepas minum darah lembu dia nak cari susu kambing pula bagi mengekalkan kecantikan abadinya. Sering kali dia terbaca lewat iklan terpempang di tepi jalan susu kambing amatlah berkhasiat.

“Alamak!! Ada oranglah Tam. Cepat sembunyi!” cepat-cepat Tila menyorok.
Dia terus terbang bertenggek atas pohon ketapang yang ada di bahu jalan
depan kubur lama.

Maruf pula tidak dapat hendak ghaibkan dirinya kerana saat ini dia
berasa lemah. Terpaksalah dia menyorok belakang batu nisan. Silap
menyorok dia boleh dilihat di bawah sinaran bulan itu.

Kelibat seorang yang berkopiah putih dan berkain pelekat tanpa baju itu
menapak di jalan merah yang tidak berturap itu. Orang itu nampak gelisah
sahaja. Maruf dengar orang tua itu memanggil namanya.

“Maruf !!!” panggil Pak Mael.

Dia risau setelah terlupa bahawa pada malam ini dia perlu bagi Maruf
makan pulut kuning bersama dengan telur ayam kampung. Baru tadi sahaja
dia teringat. Maka dengan itu dia mesti mencari Maruf yang sudah merajuk
agaknya. Secara tidak langsung, Pak Mael juga kelihatan lemah tidak
berkuasa.

Tila yang di atas pokok pula sibuk layan walkmen, sambil-sambil menyorot
lebih baik dia dengar lagu Yuna, Dan Sebenarnya. Meletup. Sudah lama dia
berhasrat untuk berduet dengan artis itu di pentas.

Tanpa disedari oleh Pak Mael, sebuah lori angkut tanah lalu di lewat
tengah malam itu. Bukan main banyak laluan, jalan ini juga pemandu lori
itu pilih. Mahu cepat sampai rumah agaknya. Lori itu sungguh laju
walaupun keadaan jalan berlopak-lopak. Tidak sempat tekan brek. Pak
Mael pula tidak dapat berganjak. Lori itu melanggarnya dari belakang.
Jasad Pak Mael digilis lori.

“Bos!!!” Maruf melihat keadaan itu.

Pak Mael sudah berkecai daging. Tulangnya patah dan terputus semuanya.
Bercerai nyawa dan badan. Bayangkanlah serpihan daging Pak Mael
berteraburan di situ. Cebisan-cebisan daging manusia mati digilis lori
yang sungguh berat itu.

Tila yang di atas pokok terkerdip-kerdip matanya. Ngeri dirasakan. Dia
selama ini tidak pernah melihat manusia digilas lori kali ini terlihat
dengan mata kepalanya. Tila pekup mata dengan tangannya yang sudah
menjelma jadi kuntilanak berambut panjang mengurai dan berkuku panjang.

Maruf yang menyorok tadi terus meluru ke arah jasad Pak Mael yang sudah
tidak seperti manusia itu. Lori yang langgar Pak Mael terus berlalu
tanpa berhenti lagi. Pemandu itu fikir benda yang dilanggarnya itu
adalah hantu. Jadi dia tidak ambil peduli.

Tila melayang turun ke bawah. Melihat Maruf meratapi pemergian Pak Mael
dalam sekelip mata itu.

“Tila ! Kau kejar lori tadi! Aku terpaksa hisap darah tuan aku demi
mendapatkan kekuatan,” arah Maruf yang sudah naik marah.

Tila bersimpati lalu dia segera terbang. Tidak sanggup melihat
cebisan-cebisan itu. Dia terus terbang dan terbang mengejar lori tadi.
Dia juga jadi marah kerana kawan baiknya ditimpa malang.

Habislah pemandu lori itu. Maruf sudah mengamuk. Apakah mereka tidak
tahu bahawa Maruf sayangkan Pak Mael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience