BAB 9

Humor Completed 508

PIAN menangis kerana meratapi pemergian ayahnya dalam keadaan yang
sungguh mengerikan. Direbus dalam periuk besar bawah pokok pohon
beringin tegaknya tinggi. Daunnya rendang menyapu bumi. Hidup ayahnya
suka mabuk. Itulah dia si kaki botol. Hampir seperti lirik lagu dalam
filem lagenda hitam putih iaitu Bawang Putih Bawang Merah pula.

Teresak-esak tangisan itu. Deris juga tidak dapat menahan sebak. Azab
sungguh cara kematian itu. Siapalah punya kerja. Hingga tergamak buat
ayah Pian jadi macam itu. Ropi belum lagi tiba. Ke mana pula dia pergi.
Tadinya bersungguh mahu kejar. Sekarang Ropi menghilang. Bahaya sungguh!

Deris mendengar namanya diseru. Dia menoleh kiri dan kanan. Ditoleh ke
atas dan ke bawah. Tercari-cari arah suara itu dari mana datangnya.

“Deris…” meleret sahaja bunyinya.

Pian tidak dengar kerana dia menumpukan sepenuh perhatian pada jasad
ayahnya yang masak direbus itu. Kemungkinan ia dimasak oleh sesuatu
untuk dijadikan santapan. Lori si ayahnya pula entah ke mana. Teringat
fasal lori tiba lori sebuah lori muncul tanpa pemandu. Lori si ayah Pian
menghala tepat ke arah pohon beringin menuju dengan deras. Lori itu mahu
melanggar mereka.

“Deris!!” pekik Pian setelah matanya berbinar gara-gara pantulan lampu
lori tersebut.

Belum sempat mereka dilanggar, akhirnya brek sempat ditekan. Maka
keluarlah seorang pemuda kacak berhidung kemik.

“Ropi!” mereka berdua terkejut.

Ropi terjumpa lori ayah Pian tepi jalan ketika mengekori mereka berdua.
Dia cuba-cuba memandu. Nampak gayanya dia tidak lepas lesen GDL. Baginya
susah hendak memandu lori yang sebesar ini.

Mereka berdua bertambah terkejut lagi bila dibelakang Ropi berdirinya
satu jembalang berbulu dan bermata merah seperti mahu menerkam sahabat
mereka itu.

Tidak lama selepas muncul pula kuntilanak di atas kepala lori. Bertaring
panjang dan rambut menggerbang dituip sang angin. Wajahnya mereka
sungguh hodoh. Ropi terpinga-pinga melihat wajah Deris dan Pian berubah.
Mulutnya terlompong bagaikan terkejut terlihat sesuatu.

“Kamu berdua ni kenapa? Itu siapa dalam periuk besar itu? Ayah kau ke?
Kasihan! Mati rupanya. Padan muka! Siapa suruh ganggu langgar bos Maruf !
Sekarang tanggung akibatnya,” tiba-tiba Ropi bersuara seperti itu.

Tersengih Ropi ketika itu. Deris dan Pian usah cakap lagi berderau darah
jadinya. Tidak sangka Ropi boleh berbicara seperti itu.

“Sekarang tibalah giliran kamu berdua pula!” kata Ropi sambil menghunus
sebilah parang yang diambil dari perut lori.

Deris langkah seribu melihat Ropi seperti dirasuk. Kuntilanak yang
berada di atas kepala lori itu terbang mahu menyekat larian Deris.
Akhirnya langkah Deris terpaku di situ. Tidak lama kemudian tetakan
parang singgah di kepalanya. Maka tersembur darah. Kuntilanak itu pula
mencungkil mata Deris.

Pian pula tidak lari ke mana. Dia pasrah menjadi korban. Ropi menetak
tubuh Deris yang terkulai bertalu-talu. Berkecai sudah mayat Deris. Baju
Ropi habis kemerahan terpercit darah.

Maruf tidak menunggu lama. Segera dia mencekik leher Pian sampai naik
biru wajah lelaki muda itu. Lidahnya terjelir kerana tidak dapat
bernafas. Ropi meluru ke arah Pian pula. Selepas itu disembelih lelaki
itu. Darah terpacul terkena muka Maruf pula. Nampak sungguh
menyelerakannya dapat menghisap darah pemudah.

Kuntilanak di atas jalan itu lahap melatah daging Deris. Hilang sudah
rasa jijik kerana dirinya dipenuhi dendam. Dia gembira kerana dapat
membela nasib Maruf .

Pada malam itu telah terjadinya tragedi berdarah menggemparkan penduduk
Kampung Pasir Secotek. Baru sekarang mereka dengar ada kes mati ngeri
begitu. Mayat Pak Mael tidak pula kelihatan. Entah di mana kuburnya.
Mayat Deris dan Pian pula sungguh menghibakan sanak saudara terdekat.
Deris sudah tidak seperti manusia lagi. Dicencang lumat.

Pian yang bernasib malang itu turut mati di tempat kejadian bersama
ayahnya. Dua beranak mata di situ juga bawah pohon beringin.

Penduduk Kampung Pasir Secotek masih tidak dapat memburu siapa
pembunuhnya. Tok ketua pula sudah mati kutu. Masing-masing marah dengan
kejadian itu. Tetapi orang yang diburu belum ditemui dan tidak akan
ditemui lagi. Biarkan mereka berlalu pergi.

Di akhir kisah ini, Maruf sudah bertuan baru, Ropi namanya. Namun
sayangnya Maruf pada Pak Mael tidak berbelah bahagi. Ketulan-ketulan
tulang Pak Mael disimpan satu tempat. Hari demi hari dia menangis
mengenangkan malang menimpanya.

Ropi semenjak terkena sampukan Kuntilanak dia kini seperti orang bodoh
sahaja. Namun bila dia marah, Mael akan mengotakan amarahnya dan
melaksanakan dendam Ropi pada sesiapa sahaja. Kuntilanak itu pula setia
berteman dengan Hantu Raya berkenaan hingga kini walau ke mana sahaja
pergi. Mereka meninggalkan Kampung Pasir Secotek dan tinggal di dalam hutan.

Maruf mengerling sahaja melihat Tila menggosok perut. Dia kehairanan
melihat Tila senyum meleret. Mesti ada sebab membuatkan Tila nampak
bahagia sahaja. Maruf cuba meneka.

“Kau hamil ke?” soal Maruf .

“Ya, aku hamil,”

“Anak siapa?”

“Anak Ropi!” balas Tila .

“Chait!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience