BAB 6

Humor Completed 508

“AWAK jangan fikir yang bukan-bukan. Mungkin kerja musang kot,” duga Pak
Lebai Bulus yang sungguh bersikap optimis. Tidak mudah buruk sangka
biarpun bernasib malang. Baginya semua ini ketentuan ILAHI.

Hajah Maimun mula buat muka. Agak kurang senang dengan jawapan yang
diberikan oleh suaminya berkenaan hal yang berlaku pada pagi tadi. Dia
sengaja membatukkan dirinya sebelum menghidangkan nasi buat santapan si
suami. Tiba-tiba terdengar pula orang beri salam sambil mengetuk pintu
rumahnya.

Hajah Maimun baru sahaja hendak mengisi perut bersama suami tersayang yang
balik dari surau. Dengan susah payah Hajah Maimun bangun dari tempat
duduknya terus meluru ke pintu. Pak Lebai Bulus memerhati dengan ekor
matanya sambil terangkat kening.

Sebaik sahaja pintu dikuak, serta-merta Hajah Maimun berjegil mata.
Terkejut melihat ada seorang lagi Pak Lebai Bulus berdiri di muka pintu.

“Kau ni kenapa Siti? Terbeliak biji mata macam nampak hantu saja,” tegur
Pak Lebai Bulus .

Hajah Maimun kehilangan kata-kata. Nafasnya turun naik dengan tiba-tiba.
Siapa pula yang duduk bersila di depannya tadi? Berani-berani sungguh
hendak tumpang makan di rumah Hajah Siti. Mentang-mentang Hajah Siti
masak lauk yang sedap hari ini. Masak lemak cili api.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience