BILA hari sudah malam. Pak Mael rasa mengantuk. Dia mahu tidur awal
malam ini. Di atas tikar mengkuang dia rebahkan tubuh sambil lengan di
atas dahi seperti memikirkan masa depannya. Masa depan yang entah ke
mana dalam usia sudah menjangkau 70 tahun. Sungguhpun begitu nampaknya
dia masih kuat dan berkudrat untuk mengangkat cangkul dan batang-batang
kayu.
Bumbung zink ditatap. Terpekur dia di kala teringatkan isterinya yang
ketika dulu sedang mengurut betisnya. Dia rindu pada Halimah. Halimah
adalah isteri tercinta yang telah pergi meninggalkannya akbiat jatuh
dalam parit tersadung kulit durian tepi jalan. Waktu itu dia sedang leka
bernyanyi lagi P.Ramlee dalam filem Tiga Abdul itu. Liriknya berbunyi
seperti itu,
'Buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi,' lebih kurang
begitulah. Dan ternyata memang keruh sungguh saat sudah terhumban ke
dalam parit tersasar dari landasan jalan merah.
Halimah waktu itu baru sampai bahagian dia untuk menyanyikan lagu itu
tetapi tidak sempat pula dan terpaksa menelan air parit dengan lahap
sekali. Lemas begitu sahaja. Kasihan sungguh! Pak Mael tidak terus
menyelamatkan isterinya tetapi lebih sayangkan basikal tua.basikal
tuanya yang cepat-cepat dibawa naik. Adoilah!
Maka Halimah pun pergi tanpa diduga. Kulit durian punya pasal Pak Mael
memaki hamun kulit durian itu. Ingatkan maki hamun kerana menyebabkan
isterinya menemui ajal, tapi rupanya marah-marah sebab tiub tayar
basikalnya sudah pancit. Apa punya suami!
Lamunan Pak Mael terhenti tatkala orang suruhannya terbatuk. 'Kena flu
ya, kasihan...' ucap Pak Mael di dalam hati sambil memandang orang
suruhannya yang letih bersandar di dinding rumah yang berlubang itu.
Mana tidak kena flu, buat kerja tengah hujan. Kasihan hantu raya Pak
Mael. Tenagannya dikerahkan begitu sahaja tanpa diberi makan minum dan
pakai yang secukupnya. Dia sudah bosan berbogel. Sekali sekali mahu juga
dia merasa pakai mahal-mahal sepeti Polo, Levis dan kasut yang berjenama
terkenal seperti Adidas ke, baru bersemangat dia hendak buat kerja.
Tidak akan jadi seronok sekiranya buat kerja hanya pakai selipar jepun
sahaja. 'Low class!' desis si hantu raya itu.
Pak Mael malas hendak melayan karenah belaannya itu. Dibiarkan sahaja
begitu. Pak Mael tahu, esok mungkin legalah flu hantunya itu. Maklumlah
di hantu raya memang pandai berlakon. Tidak demam kata demam, kenyang
kata kapar. Biarlah....
Sedang Pak Mael enak dibuai mimpi indah bermasu kasih dengan Si Senah
yang selalu diintainya bermain-main di minda. Dalam mimpinya Si Senah
rancak mengalun langu yang lunak merdu. Lagu yang dibawa oleh Si Senah
adalah lagu Cintaku 100%. Dangdut lagi! Bangga Mas Idayu dapat protage
seperti Si Senah. Bolej ajak Senah join rancangan realiti Mentor selepas
ini.
Pak Mael tiba-tiba tidak selesa. Dia mengiring ke kanan. Matanya dibuka
perlahan-lahan.
"Bila aku tidur je kau mesti nak menyibuk! tepi! kau pergi tidur belah
sana, jangan tidur dekat, aku geli! kau tu banyak bulu!" Marah Pak Mael
pada hantu raya belaannya yang sungguh manja. Suka benar tidur dekat Pak
Mael. Sayang benar dia pada tuannya itu.
Dengan hampa dan kecewanya belaan Pak Mael mengesot badannya ke penjuru
dinding membawa rajuk di hati. Kesal sungguh. Sejak dia sudah besar
begini dia jarang dimanja-manja oleh Pak Mael. Kenapakah?
'Adakah disebabkan diriku jantan, maka dengan itu akan dituduh sukakan
kaum sejenis? Oh no! aku bukan seperti itu. Aku juga mahu memiliki Si
Senah itu,' repek hantu raya.
Semakin lama semakin sendu tangis hantu raya. Sebak di dada kerana
tuannya seperti sudah pinggirkan dirinya, Ini semua gara-gara Pak Mael
mula jatuh hati pada Si Senah janda anak lapan itu. Namun Senah nampak
seperti anak dara.
'Sedihnyaaaaaa,' raungnya di hati.
Share this novel