BAB 1

Romance Completed 3954

Sudah lama dia menantikan hari ini, jadi tidak hairanlah senyuman girang tak pernah lekang dari bibirnya, Siapa saja yang berada di tempatnya pasti akan merasakan yang sama.

Ini adalah penantian yang cukup lama, di mana hajatnya untuk membina mahligai telah tercapai.

Malah doanya bukan sahaja dikabulkan bahkan Allah mengurniakan dia seorang isteri yang serba serbi sempurna di matanya.

Radibah adalah seorang wanita yang menjadi idaman setiap lelaki dan bertuahnya Fazrul kerana dalam jutaan manusia di muka bumi ini, Allah telah mencatat bahawa dia adalah lelaki pilihan Radibah.

Sungguh dia merasa bertuah kerana tahu, bukan sedikit yang datang meminang Radibah yang rupawan, namun dia, lelaki biasa-biasa ini telah menjadi imam pilihan hidup si dara rebutan ramai.

Kalau nak dibandingkan Fazrul dengan Radibah, bagai enggang dengan pipit, langit dengan bumi.

Jauh bezanya dan sangatlah tidak sepadan.

Bukan Fazrul sahaja yang berkata sedemikian bahkan banyak soksek orang kampung yang mengutuk dirinya konon tidak sekufu dengan Radibah.

Radibah adalah wanita yang cantik, lemah lembut, berpendidikan dan seorang yang pandai menguruskan rumah tangga.

Radibah juga seorang yang taat kepada ibu bapanya.

Senang cerita, Radibah adalah wanita yang datang dengan pakej serba lengkap.

Mereka dijodohkan atas pilihan keluarga, baik Fazrul dan Radibah, kedua-duanya hanya menurut kata orang tua mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience