BAB 3

Romance Completed 3954

Radibah , walaupun Fazrul sudah bergelar suaminya, masih malu dan segan pada suaminya.

Bait bicara di hadapan suami perlahan dan sedikit sahaja.

Adakalanya Fazrul tidak mendengar dengan jelas suara isterinya itu yang seakan-akan berbisik.

Fazrul tersengih-sengih sendiri mengingat akan hal itu ketika dia berada di kebun memetik sawit atau membaja sawah.

Dia terkenang-kenang Radibah yang pemalu dan lemah-lembut itu.

Bagaimana Radibah tidak malu? Fazrul hanya dikenalinya setelah selesai akad nikah.

Dia tidak mengenali Fazrul sama sekali.

Hanya dikenalinya dengan curi-curi melalui perbualan ibu dan kakaknya semasa keluarga Fazrul datang merisiknya dahulu.

Di mata Radibah pula, suaminya itu seorang yang ringan tulang dan sentiasa berusaha mengambil hatinya.

Selalu saja dia menerima hadiah.Padahal dia tidak meminta-minta.

Dia tahu bahawa Fazrul sangat menyayanginya.Fazrul juga orang yang sangat menitik beratkan agama walaupun dia tahu pendidikan Fazrul bukanlah tinggi.

Radibah bersyukur kerana Allah telahmengabulkan doanya supaya dianugerahkan kepada jodoh yang baik dan beragama.

Kekayaan tidaklah berada di dalam senarai doanya kepada Allah.

Apa yang diimpikannya selama ini adalah seorang lelaki yang bisa memimpin tangannya masuk ke Syurga Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience