BAB 6

Romance Completed 3954

Fazrul buntu, apakah dia ada membuat salah sehingga surihatinya merasa dongkol hati terhadapnya.

Tetapi setelah diselidiki segenapfikiran, rasanya tidak ada pula.

Semua janjinya terhadap Radibah setakat inisudah ditunai.

Fazrul lesu, terus diangkat punggung mahu membersih diri dansolat.

Sebentar lagi anak-anaknya mahu pulang.

Fazrul lah yang akan menjemputnya.

Mula dari saat itulah, Radibah sudah tidak mahubercakap-cakap lagi dengannya.

Ditanya Fazrul berkali-kali tidak dipeduli.Mukanya hanya menekur saja ke lantai.

Hampir saja hilang pertimbangan Fazrul .“Apa aku ini bercakap dengan tunggulkah? Jika ada salah dijelaskan apamasalahnya.

Jangan bikin kusut fikiran dengan diam seribu bahasa seperti ini!”Fazrul terlepas juga suara kerasnya kepada Radibah .

Padahal selama hidup tidakpernah dia meninggi suara.

Namun kali ini sudah tidak mampu ditahan batinnyatentang perilaku Radibah yang begini.

Hidup berumahtangga jika tidak adabicara sekerat habuk apa namanya perhubungan! Bisa menjadikannya edan jikaberterusan begini.

Paling membimbangkan Fazrul ialah apabila Radibah seringmengunci kamar dari dalam bilik.

Diketuk berkali-kali tidak pula dihiraukan.Menunggu ketukan yang agak keras baru dibukanya.

Itupun wajahnya sepertiketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience