BAB 11

Romance Completed 3954

Kini senyumannya telahbergabung dengan air mata.

Ada gembira dan ada hiba!

Fazrul dan Radibah kini sama-sama sudah tua.

Radibah masihtetap sakit.

Kerana umur yang sudah tua, badannnya tidak pula secergas dahulu.Syukur, walaupun dia sakit, dia masih lagi taat beribadah kepada Allah.Sembahyang dengan hanya terbaring sambil mulut terkumat kamit.

Radibah sekarang sudah boleh berbicara dengan Fazrul .

Suaranya begitu perlahan dan halus.

Seakan berbisik.

Begitupun sudah cukup membuat Fazrul gembira.

Jika Fazrul mahu berangkat keluar, pasti akan ditanya apa mahu isterinya.

Pendek kata semua mahu dan hendak isteri kesayangannya itu dituruti.

Kerana bagi Fazrul, segalanya adalah kerana rasa cinta dan sayang serta amanah juga tanggungjawab.

Dia tidak mahu mensia-siakan janji yang sudah dipatri pada Allag saat melafazkan akad pada Radibah.

Fazrul telah memahami begitu dalamnya janji yang diambil daripada Allah taala di hari pernikahannya dengan Radibah .

Radibah bukan hanya seorang perempuan yang hanya layak disayangi dan dijadikan suri rumah di saat gembira ,cantik dan elok.

Tetapi ia juga harus disayangi, dipelihara di saat dia jatuh, sakit, lemah, marah, berada dalam keadaan teruk hingga tak dapat diterima akal sekalipun kerana pada saat itulah cinta yang sebenar-benarnya akan diuji.

Jika Radibah diuji dengan ‘gila’ yang bukan datang dari kemahuannya, Fazrul pula sebaliknya membuktikan bahawa dia cinta gila pada Radibah.

Cintanya bukan kerana paras rupa tapi dia menyintai seluruh apa yang ada pada isterinya itu kerana Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience