BAB 7

Romance Completed 3954

Seperti mahu menerima hukuman mati dari Fazrul .

Pakaian yang dibasuhjuga tidak terlipat olehnya.

Dilonggokkan sahaja di penjuru rumah.

PadahalRadibah orangnya rajin dan tidak pernah ada baju yang berlonggok di mana-mana.Apatah lagi baju yang bersih!

Semakin hari Radibah semakin menjauhi Fazrul .

Anak-anak jugasudah tidak keruan! Makan minum tiada yang mengatur, urusan rumahtangga sudahkacau bilau.

Hidup Fazrul jadi tidak tentu arah.

Sudah berapa bulan dia tidakpergi ke kebun.

Dia bimbangkan Radibah dan anak-anak.

Diajak pergi berubat dihospital Radibah tidak mahu.

Siapapun yang memujuk Radibah tetap enggan!.Jangan dia dikasari, nanti makin hatinya terkunci rapat serapatnya.

Tidak adasiapa yang boleh menyentuh.

Rumah Fazrul seperti dilanggar geroda.

Fazrul terkial-kial mengurus anak kecil dan juga anak-anaknya yang lain.

Sudah banyakhari anaknya tidak ke sekolah kerana Radibah tidak boleh ditinggal! Bimbangapa-apa terjadi padanya.

Sekarang keadaan Radibah makin parah.

Sudah pandai membuang-buang barang.

Baju-baju berlonggok dirasakannya menyemakkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience