BAB 9

Romance Completed 3954

Dilihatnya, Radibah sudah siapmenumpukkan pinggan di tangan, tinggal mahu dilayangkan saja.

Pantas direnggutFazrul .

Dirampas lagi piring-piring itu.

Berjaya.

Eh kuat sekali tenaga iniperempuan! Fazrul tidak mahu merampas barang itu semula.

Tenaga lelaki tidaksetanding dengan perempuan.

Bimbang nanti dia akan menyakiti Radibah .

Diatidak mahu bercakaran dengan Radibah berebut pinggan yang kotor itu.

Fazrul melihat saja Radibah membuang-buang pinggan.

Berlinang-linang air matanya.Aduhai Radibah , apakah penyakit yang kau deritakan ini.

Sehingga beginiperilakumu.

Kembalilah peribadimu yang dahulu Radibah .

Abang sudah letihmenangiskan keadaanmu.

Hati abang hiba Radibah ! Pulanglah Radibah ku yangdahulu.

Humaira si kecil yang sedari tadi diam menyaksikan drama ayahanda danbondanya berebut piring meluru kepangkuan.

Seolah-olah mengerti akan dukadihati bapanya kerana mengenangkan keadaan ibunya yang sudah gila meroyan!

Barang-barang di rumah semuanya mahu dibuang di dalam parit.Geram Radibah jika mendapati barang-barang yang sudah dikemaskan dan dibuangdi parit itu ada semula di dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience