Tahun demi tahun, Hidup Fazrul dan Radibah bertambah-tambahlah bahagia dengan disinari cahaya mata yang menjadi penyejuk bagi mata yang memandang dan hati yang penuh dengan kasih dan sayang.
Radibah seorang ibu yang lemah lembut terhadap anak-anaknya.
Fazrul juga tidaklahterlalu garang terhadap anak-anaknya.
Namun, Fazrul agak tegas terhadapanak-anaknya.
Radibah tidak pernah memukul anak-anaknya.
Radibah selalumenasihati Fazrul supaya jangan mendidik anak dengan kekerasan.
Anak-anak yangkerap di kasari akan berjiwa kasar juga sekiranya mereka besar kelak.
Jika Fazrul bersikap keras terhadap anak-anaknya, maka Radibah lah tempat anak-anakmengadu dan dipujuklah oleh Radibah sehingga hilanglah rajuknya dan jikadisuruh akan Radibah supaya kembali duduk di pangkuan Fazrul si anak mahumenurut! Bagitulah kasih Radibah terhadap anak-anaknya.
Bab solat amatlah Radibah pelihara terhadap anak-anaknya.Selagi belum terangkat punggung anak-anaknya untuk bersuci tidaklah akan diammulutnya dari berpesan.
Diselitnya beberapa kisah-kisah mengerikan tentangorang-orang yang tidak bersembahyang.
Tidak pernah dia mahu mengancam dengankekerasan dahulu.
Biasanya akan diancam dengan mulut sahaja.
Diajarkannyakisah-kisah mengenai segala mara bahaya orang yang tidak bersolat.
Semuaceritanya adalah benar yang dipelajarinya dan yang diulang telaahnya sendirisekiranya kisah itu mula luput dari ingatan.
Share this novel