BAB 2

Romance Completed 3954

Apatah lagi Radibah seorang yang pemalu dan seorang wanita yang wajar dijadikan muslimah contoh kerana sangat menitik beratkan amalan agama Islam.

Dia sangat menjaga peribadi sebagai wanita Muslimah.

Tudungnya labuh, bajunya longgar tidak menampakkan bayangan tubuhnya yang ramping dan amat sukar untuk melihat wajahnya kerana dia sering jalan menunduk melihat bumi.

Langsung mukanya tidak ditoleh.

Wanita solehah! Lelakimana yang tidak bahagia kalau Radibah menjadi suri hatinya.

Syurga dunia sudah berada di tangan Fazrul.

Fazrul hanya bekerja sebagai seorang petani.

Pendidikannya tidak tinggi.

Hanya tamat sekolah rendah.

Itupun sudah cukup bagus kerana dia tahu membaca dan menulis.

Dia tidak meneruskan belajar tinggi kerana dia merasakan otaknya tidak menampung segala ilmu di sekolah.

Mujur saja bapanya punya kebun sawit dan dusun.

Dapatlah dia menyara Radibah dengan hasil kebun yang ada.

Kebun sawit yang menjadi bahagiannya telah dilanyak separuh dan dibina rumah.

Radibah harus disediakan rumah yang selesa supaya nanti hatinya gembira dan dapat melayannya sepenuh hati.

Dia mahu membina keluarga yang bahagia dan dan kelak jika disinari cahayamata dia akan mengajarkan kasih sayang yang teramat erat! Itulah impiannya sejakmula-mula pandai berangan-angan untuk berkahwin sejak mula akil baligh lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience