BAB 5

Romance Completed 3954

Begitulah perilaku Radibah terhadap anak-anaknya.

Pelangi tidak sering ada menghiasi langit hidup Fazrul .

Panastidak selalu hingga ke petang.

Terkadang ada hujan yang menghinggap hari itu.Terhias oleh guruh dan kilat yang mewarnai sehari yang disangka selalucemerlang.

Selepas melahirkan anak yang keenam, Radibah sudah jarangbercakap-cakap dengan Fazrul .

Radibah lebih suka untuk mengurung diri di dalambilik.

Jika sebelum ini kepulangan Fazrul disambut dengan wajah manis danberbaju lawa.

Kini hanya senyuman sepi tak bernada.

Dicedoknya nasi laludituangnya air ke cingkir kaca.

Kemudian tidak ditunggu lagi Fazrul menjamu.Ditinggalkannya Fazrul termangu-mangu makan seorang diri.

Perut yang lapar tidakrasa mahu diisi kerana hati tidak gembira.

Kenapa suri hatinya sudah tidak mahumenemaninya bersantap lagi? Selepas habis makan diturut isterinya di kamar.Radibah hanya baring mengiring menghadap wajah si anak yang lena di atas katilsetelah kenyang minum susu dua puluh teguk.

Wajah Fazrul tidak dipandanglangsung.

Jeling pun tidak.

Radibah seolah-olah tekun memandang anak yangseumpamanya ada bahaya yang bakal menimpanya.

Padahal elok saja anak itu tidursambil mendengkur halus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience