BAB 3

Romance Series 4545

Surat yang berkumpul di dalam laci mejanya dilihat. Diambil salah satu surat dan dibaca. Hatinya berbunga-bunga dengan ayat yang tertulis.

"Thank god because he had sent me a beautiful angel."

Natasya tersenyum simpul. Ini semua dari abang bayang kesayangan. Sudah 4 tahun dia menghantar surat ni. Natasya ingin sahaja membalas tetapi dia malu.

Nama sebenar abang bayang pun tak tahu. Dia cuma tahu abang bayang tu mirip Shukri Yahaya, artis idamannya.

Sia-sia siapa tak tengok drama Shukri Yahaya berlakon. Mantap habis. Dari Asam Pedas untuk Dia, Dia..Isteri Luar Biasa, 7 Hari Mencintaiku, Andainya Takdir. OMG....handsome gila.

Baru-baru ini Shukri Yahaya berlakon dalam drama Vila Ghazara. Mantap habis. Natasya pasti tercongok depan tv pukul 7. Maghrib...jangan tanya. Pasti kelaut.

Selalu opah membebel tanpa dia ambil enteng sahaja. Jadi Shukri Yahaya berlakon....Full Stop.
Fans club Shukri Yahaya kut.

Lagi-lagi Shukri Yahaya berlakon dalam Drama SPLIT tv series. Best gila nak mati. Shukri Yahaya berlakon sebagai Mikael yang menghidap penyakit D.I.D. Atau lebih senang M.P.D.Multiple Personality Disorder...kata mudahnya split Personality.

Mikael ada 7 personaliti. Ada wataknya Hafez, badboys...Dhia, perempuan.... Adam,budak kecil......Sufian,orang tua.. Jef dan kid,kembar.....

Bagi Natasya, dia lebih suka watak Hafez walaupun dia cuma personality. Hafez tulah orang romantik plus nakal. Shukri Yahaya jadi badboy memang terbaiklah. Selamat Split ditayangkan pada pukul 11 malam. Tak ganggu waktu solat.

Natasya tergelak kecil apabila dia teringatkan Shukri Yahaya. Bilalah nak tunggu dia datang meminang?Jangan buat lawak Natasya. Shukri Yahaya dah kahwinlah.

Natasya tergelak seorang.Teringat juga pada Abang Bayang.Muka dia dah macam Shukri Yahaya. Aku kahwin jelah dengan dia walaupun dis klon Shukri Yahaya. Dahlah dia setiap minggu hantar surat dekat dia. Surat cintalah tu. Ala sweet macam Shukri Yahaya.

Stop berangan Shukri Yahaya sekarang. Dia menyimpan kembali surat dari abang bayang. Baik dia menolong opah di dapur buat makanan tengah hari.

@@@@@@

"Opah...."panggil Natasya sambil tersenyum manis kepada Opah yang sedang menguli Doh.Doh apa tu....

"Opah...dah tengah hari.Bila opah nak masak?rengek Natasya sambil memeluk lengan @@@ erat.

"Opah malas hari ni. Opah nak rasa air tangan cucu opah hari ni"sengih Opah kepada Natasya.
Natasya mencebik. Saja lah tu opah nak kenakannya.

"Saja jelah opah. Baru nak lengang kangkung tadi."rungut Natasya. Diambil juga ikan keli yang dah selamat disiangkan di dalam peti sejuk. Masak ikan keli cili apilah.Dibasuh ikan itu berhati-hati.

"Merungutlah.....Opah mengajuk nanti padan muka."provok opah.

"Ala..Opah. Ok..ok.. sya tak buat lagi.Apa Sya boleh buat untuk memujuk kembali hati opah yang terluka dicucuk pisau dapur?" gurau Natasya sambil mencebik mulutnya.Tertawa opah melihat muka Natasya. Cucu..cucu...

"Esok petang tolong opah hantar karipap dekat rumah hujung kampung dekat kawasan kubur itu....rumah mak senah,kawan opah. Dia cakap teringin nak makan karipap tangan opah." pesan opah.

" Jadi opah tengah buat karipap lah ni.Nanti jangan lupa bagi dekat Sya sikit. Dah lama tak makan karipap ni."

"Ingat pesan opah"

"Jauh tu...baik opah"terus Natasya meneruskan kerja memasak yang tertangguh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience