BAB 2

Romance Series 4545

"Papa, mana mama?"kata Ashraf yang sedang berdiri disebelah Tengku Muhammad.

"Papa janji nak jumpa mama."kata Kamal pula menyendeng di sebelah Ashraf.

"Mama cantik tak papa?"tanya Sufian pula.

"Papa, mama bila nak jaga kita?"ujar Danish tiba-tiba sambil melompat di belakang papanya.

"Siapa sebenarnya mama,papa?" sibuk pula Farish bertanya.

Cuma Naim sahaja duduk di belakang sekali. Dia seorang sahaja yang faham.Mereka semua ingin bergerak ke sebuah tempat mamanya tinggal.

Tengku Muhammad tersenyum pahit memandang Naim yang lemah sahaja. Dia seorang anak yang sangat memahami. Kalau di beritahu, Naim sahaja yang faham dan taat.Mereka semua baru berumur 5tahun tetapi Naim lebih matang dari semua.

"Kita dah sampai, princes"kata Papa sambil berdiri di hadapan pintu pagar sebuah tempat. Semua terkejut apabila mereka berhenti di tempat perkuburan orang islam.

"Jom masuk.."diajak semua anaknya memasuki tempat perkuburan. Terpaksa mereka mengikut papanya walaupun jalan tak rata dan bersimpang siur.

Sampailah tiba di sebuah kubur yang bertembok bertaburi batu putih. Papa menurunkan badannya lalu mengangkung. Dipegang kepala kubur itu.

"Siapa ni papa? Atuk ke?"tanya Ashraf polos. Semua adik beradiknya sudah mengelilingi kubur yang tidak diketahui.

Tiba-tiba, Naim jatuh terduduk dan menangis teresak-esak. Puas anak kecil itu mengenggam tanah kubur tersebut dengan sayu.

" Mama...." rintih Naim mengejutkan mereka semua.

"Mama....papa datang bawa anak kita. Kita ada 6 anak.."kata papa sambil berlinangan air mata.

Semua mula menangis dan memegang tembok kubur. Rupa-rupanya....mama dah lama meninggalkan mereka. Sejak lahir lagi,patutlah mereka tak pernah jumpa dengan mama mereka.

Papa, mama dalam ni ke?

Papa, mama dah meninggal ke?

Papa, kenapa mama tak nak keluar?

Tengku Muhammad hanya boleh membalas semua segala pertanyaan itu dengan air mata.

"Kita bacakan al-fatihah untuk mama"kata papa sambil menadah tangan. Semua anaknya membaca al-fatihah sambil menangis. Begitu hari pertama mereka berjumpa Mama mereka.

"Ehh...budak manja.Bagilah aku dulu." suara Danish memecahkan lamunan. Boleh pula Tengku Muhammad termenung di hadapan juadah.

"Aku dapat dululah."kata Ashraf sambil merebut ayam goreng di dalam mangkuk.

"Umur dah 26 tahun pun nak gaduh lagi ke?"sampuk papa sambil meneruskan makan.

"Danish ahh.. bukan nak mengalah pun"ngadu Ashraf manja.

"Jangan bodek papalah. Lagipun aku dapat dulu." kata Danish lagi.

"Kamal, amekkan kuah kari tu."kata Sufian sambil menguapkan nasi ke mulutnya.Penuh mulutnya dengab nasi.

Kamal mencebik.

"Amek sendirilah pemalas."kata Kamal sambil menyambung makannya.

Sufian mula bangun. Terus dia memandang Kamal tajam.

"Aku minta tolong pun tak boleh. Jangan sampai aku buat apa-apa dekat kau"ugut Sufian.

Kamal menahan. Disumpah Sufian di dalam hati. Diangkat kuah kari itu dan disimbah tepat ke muka Sufian. Terpercik semua dengan kuah kari. Terhenti Danish dan Ashraf bergaduh.

"Kau apahal pulak?"marah Danish meluru kepada Kamal.

"Habis baju I kotor. Kamal you memang nak kena."sampuk Farish yang dari tadi senyap sahaja.

"Suka hati akulah."Semua mula bangun dan mula bergaduh. Nain yang tak masuk campur kena jugak terpercik kuah-kuah yang dibalik. Kadang-kadang, dia yang kena banyak dari biasa.

"Anak-anak papa"sahut Papa cuba menenangkan princesnya tetapj tidak berhasil. Perit betul kepalanya memikirkan anak lelakinya.

"Sini kau"mereka semua mula bergaduh seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience