BAB 6

Romance Series 4545

Rawat.Papa dapat tahu abang dia. Bincang

Natasya bengong. Macam mana ni? Kesian pak cik ni terhantuk kepala di batu masa naik basikal.

Kalau angkat kang, aku tak pasti boleh hidup ke tak? Tak pasal aku jadi nenek kebayan bongkok 7. Pak cik boleh tahan berat jugak.

"Pak cik, bangun. Tak baik tidur dekat tengah panas." ditepuk muka pak cik itu..

Kau bergurau apa ni, Sya. Pak cik pengsan bukan tidur.

"Habis tu nak buat apa?" pening kepala Natasya memikirkan perkara ni.

Natasya tekad. Dia perlu angkat pak cik ni. Karang tak pasal-pasal aku kena tuduh bunuh orang pulak. Dah lah baru balik dari hantar karipap, kenalah pulak angkat orang.

Diletakkan badan pak cik di atas badannya. Sesaknya...aduh!

Diletakkan kembali pak cik itu. Kesian pula pak cik ni. Itulah pergi jalan-jalan tempat sunyi buat apa..Dah tak ada orang nak tolong.

Dah tak ada pilihan lain,Natasya. You can do it.

Diambil kedua-dua tangan pak cik itu dan diseretnya. Habis punggung pak cik bergeser dengan jalan tar. Selamat hari tak terik. Kalau tak, kurus pak cik itu.

"One...two...tarik"bergeraklah Natasya dengan susah payah membawa pak cik berumur 50 tahun itu.

Bakul karipap dikepitkan di ketiak erat. Habislah opah marah bakul dia bau masam...

$$$$$$

"Sakit...."jerit Tengku Muhammad apabila satu benda seperti ubat terkena di kepalanya. Terjaganya dari tidur. Tidurlah sangat.

Benda pertama yang dia lihat seorang perempuan tersenyum manis kepadanya. Suasana bilik yang dihuni pulak kayu belaka.

Belakang badannya sakit....Bagai digesel di tempat yang keras.

"Mak cik saya dekat mana ni?"tanya Tengku kepada mak cik ini. Berhenti kerja mak cik itu membubuh ubat di kepalanya.

"Rumah opah."balas mak cik itu selamba. Diletakkan kembali ubat di kepala lelaki itu.

"Arghh...."jeritnya lagi. Pedih gila.

"Lecehnya kamu ni. Aku ni nak menolong kamu. Bukan tambah sakit kamu. Macam budak kecil betullah kamu."bebel opah. Tulah kacau opah lagi memang kena sedaslah.

Dibaringkan kembali badannya di atas tikar mengkuang. Dibiarkan opah itu membubuh ubat di lengannya pula. Terdengar juga raungan dari Tengku.

Setelah selesai sahaja, Tengku cuba bangun tetapi dihalang oleh opah. Teris kena bebel lagi. Kesian Tengku Muhammad.

"Sya, bawakkan makanan untuk oranv ini"laung opah kuat terus datang seorang gadis manis membawa dulang makanan. Tengku tergamam..

"Pak cik, sila makan. Walaupun tak seberapa tapi, cubalah isi perut tu dulu."ujar Natasya lembut. Berlakon acah perempuan melayu terakhir.

Opah dah lama pergi ke dapur. Buat apa tah...

"Erhh...adik." terhenti Natasya ingin ke dapur. Dia duduk kembali di sebelah pak cik ni. Menunggu....

"Sebenarnya siapa yang bawa pak cik ke sini?" tanya Tengku serius. Seingat dia hanya naik basikal tadi.

Ergh...takkan aku nak cakap aku heret dia pulak. Mati aku kena saman kalau dia tahu...

"Tadi pak cik jatuh. Saya tolong pak cik. Kesian pak cik."kata Natasya.

"Oh..."selamat dia tak tanya macam mana aku bawak dia.

"Siapa nama adik?"tanya Tengku. Dia berasa mushkil pula. Muka gadis ni seperti familiar sahaja pada dirinya.

"Saya Puteri Nur Natasya binti Firdaus Zack."kata Natasya selamba.

Apa...Firdaus Zack.Tengku gusar. Firdaus Zack...ialah....

"Panggil opah kamu sekejap" arah Tengku dengab muka panik. Natasya terkocoh-kocoh memanggil opahnya dam mereka duduk di sisi lelaki itu semula.

"Betul ke nama bapa adik ni, Firdaus Zack?"tanya Tengku segera. Berkerut opah pada mulanya dan opah pun menganguk.

"Ye. Firdaus Zack bin Sulaiman Zack." terkejut Tengku dibuatnya. Betul ke apa yang didengarinya...

"Boleh saya nak tengok gambar bapanya,mak cik?"minta Tengku perlahan. Dia bagai tak boleh terima keadaan sekarang.

Opah mengambil dompetnya dan dihulurkan gambar kedua-dua ibu bapa Natasya. Natasya hanya membisu sahaja.

Teresak-esak Tengku menangis. Sangat deras air matanya mengalir membasahnya seluarnya. Ya Allah....kau dah makbulkan doa aku. Kau dah kurnia apa yang aku nak.Subhanallah sungguh mistik sekali.

"Saya Tengku Muhammad Zack Bin Tengku Sulaiman Zack, adik kepada Tengku Firdaus Zack bin Tengku Sulaiman Zack."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience