BAB 10

Romance Series 4545

Counting days.....Dah tak payah. Hari nilah hari Ahad sempena Pak ngah dan ambil aku pergi
KL.

Semangat betul Pak ngah bila Sya beritahu dia yang dia terima. Cakap datang pukul 8 pagi tepat. Semua hal dah beres mengenai pengambilan anak angkat. Natasya hanya goyang kaki je.

Opah hanya beriak biasa dengannya. Dia tahu opah sedih tetapi apa pilihannya. Dia nak sangat cucu dia berjaya.

Opah nanti hidup sorang-sorang je. Macam mana opah nanti? Walaupun opah tak ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, dia tetap risau dengan kesihatan opah.

Natasya meletakkan beg pakaian didalam boot kereta pakngah setelah pak ngah datang.Pak ngah sedang berbual dengan opah di dalam. Bincang apa pun dia tak tahu.

Natasya melihat rumah yang tempat dia membesar. Kenangan bersama opah dia takkan lupa. Opahlah ayah....opahlah ibu....opahlah kawan...

"Natasya..."laung Opah dari pintu utama. Terkocoh Natasya berlari ke arah opah. Dipandang muka sayu opah.

Opah terus memeluk tubuh kenit Natasya erat. Cuba melepaskan rindu yang menyesak hidupnya. Berpisah dengan cucu yang tidak pernah dia duga.

"Jaga diri baik-baik. Opah jauh dengan Sya. Nanti opah datanh sekali sekala."terdengar sedua opah membuatkan air mata Natasya jatuh.

"Opah, jaga diri opah. Natasya rindu opah"rintihnya.

"Jadi anak solehah. Jaga solat dan puasa"pesan opah sambil mengusap kepala Natasya.

"Opah, ada masalah telepon pak ngah. Nanti orang datang."

Usai sahaja sesi menangis rindu bagai, Natasya pun naik kereta Tengku. Dipandang sayu kampung halamannya.

Kereta mula bergerak meninggalkan rumah opah. Natasya hanya boleh memandang opah dari jauh melambaikan tangan.

Kereta bergerak membelah jalan raya. Hanya ditemani suara DJ.

"Sayang Sya dengan opah? "tanya Tengku hanya untuk membuang keheningan. Bosan kalau tak bercakap ni.

"Mestilah sayang. Opah dah jaga Sya dari lahir lagi. Opah cakap ibu dengan ayah meninggal masa Sya lahir"diluahkan segalanya. Nak buat apa sembunyi lagi. Ini bapa angkatnya sakarang.

"Ohh...."balas Tengku.

"Ergh....pak ngah, nak tanya boleh?"

"Tak boleh..."

"Ala pak ngah..."

"Boleh kalau Sya panggil pak ngah....papa dulu."kata Tengku selesa. Saja ingin menguji Natasya.

"Tapi..."

"Papa sekarang papa Sya. Lagipun, semua anak papa panggil papa..papa.Tak naklah pak ngah...
Too cliche.."Dibuatkan muka toya.

"Nak tanya apa...."tanya papa. Tadi semangat sangat nak tanya. Aduh....anak angkatku.

"Ayah Sya dulu..."

"Nak tanya pasal arwah ke? Ermm....nak cerita ke?"duga Papa saja ingin menyakat Natasya.

"Bolehlah..."rayu Natasya manja.Tersenyum manis kepada Papa barunya.

"Dulu, ayah Sya orang baik. Selalu tolong orang. Pemurah, pandai dan memang jadi idol kepada papa"cerita Papa. Dia terimbas kenangan lama. Natasya hanya khusyuk mendengar.

"Ayah Sya yang tolong papa carikan jodoh papa, mama. Dia sanggup bagi adik dia kahwin dulu dari dia."

"Tapi, disebabkan ayah Sya pilih ibu Sya....ayah papa buang ayah Sya"

Natasya tersentak. Patutlah dia tak pernah tahu dia ada keluarga belah ayah. Kesian ayah..

"Sampai itu, papa dah tak jumpa ayah Sya. Papa rindu abang papa sampai papa tahu ayah Sya me...ning...gal" air matanya tak boleh berhenti mengalir. Dilayan perasaan sambil memandu.

Jatuh kesian Natasya dibuatnya. Dialah yang mendesak papa. Ala...

"Pa...pa ,kalau pa..pa sedih tak payah cerita."pujuk Natasya. Masih gagap dalam mengatakan papa.

" Natasya perlu tahu."tegas Papa.

"Selepas abang papa meninggal, isteri papa meninggal lepas bersalin."tambah papa.

Patutlah Dia tak pernah lihat isteri papanya. Kesian pula Natasya melihatnya.

"Itu sebabnya papa nak Sya tolong papa. Anak papa itu tak pernah dapat kasih sayang seorang perempuan. Sya boleh tolong,papa"rayu Papa sambil menoleh melihat Natasya.

Natasya hanya diam. Dia tak tahu macam mana dan apa yang perlu dia balas? Dia bukan sesiapapun...

"Lepas ni kita jumpa Abang-abang Sya."kata Papa perlahan. Kereta mula bergerak membelah jalan raya menuju ke destinasi.

$$$$$$$

*Kita dah sampai"sapa Papa sambil kereta mula masuk ke dalam garai sebuah banglo 3 tingkat.

"Wow....."gumam Natasya. Tengku memang duduk didalam rumah besar. Bolehlah predict tetapi ini super best. Dahlah dalam perumahan elit.

"Jomlah masuk. Luggage tu biarlah.Kita jumpa dulu sepupu Sya. Pasti Sya excited..."kata papa sambil menghadiahkan senyuman manis.

Natasya pun keluar dari kereta dan mengikuri papa masuk ke dalam. Sampai di depan pintu, Natasya berhenti. Rasa gugupnya menguasai.

"Aip...Natasya jom masuk"papa menarik tangannya dan dia mula melangkah masuk ke dalam. Papa menariknya hingga ke ruang tamu. Dia hanya menunduk sahaja kepala.

"Anak-anak papa, perkenalkan ini Natasya."suara papa membuatkan semua anak-anaknya memandang kepada Natasya.

"Sya....."disiku perut Natasya selamba. Boleh pulak dia menunduk je...

Natasya pun melihat ke hadapan dan dia dapat melihat......OMG

Ada enam orang abangnya mirip artis malaya. Serius semua handsome.....

"Papa,serius cantik"semua anaknya bersuara galak. Semua tergamam melihat Natasya. Cantiknya...macam bidadari.

"Natasya duduklah"pelawa papa sambil duduk di sofa. Dia pun turut duduk di sebelahnya.

"Papa nak ke tandas. Cubalah berkenalan dengan diorang"terus papa meninggalkan Natasya. Natasya gugup.

"Hai, saya Puteri Nur Natasya"selamba sahaja dia perkenalkan diri. Sedangkan jantung berdegup pantas nak mati ni.

"Guys, jom"arah Danish dengan muka menakutkan. Semua bangun dan menghampiri Natasya. Natasya gugup.

Mereka mula menghimpit Natasya di dasar
sofa. Terkejut Natasya apabila 6 tubuh lelaki mula mengelilinginya.Natasya betul-betul takut.

"Adik kita takutlah"usik Danish dengan sengihan.

"Tapi, dia cantik sangat"Naim pula menyampuk.

"Nampak kampung sangat"kata Farish selamba.

Natasya yang tadi takut terus bertukar bengang. Dia kutuk aku....

"Mana ada.."kata Natasya perlahan.

"Dia pandai melawanlah"kata Kamal dengan senyuman.

"Adik, masuk bilik abang malam ni"pelawa Sufian pula. Serius Natasya takut gila sekarang.

"Adik comellah"puji Ashraf.

"Sabarlah guys...biarlah adik kita kenal kita"
arah Naim.

"Ana Naim. Abang sulung."

"Aku Danish. Abang kedua."

"Sufian..abang ketiga "

"I Farish. Abang keempat"

"Kamal....."suara misteri Habis kedengaran. Seriua macam hantu.

"Saya Ashraf"

"Kitorang kembar 6"serentak semua orang bercakap.

"Kalau awak nak tahu, kitorang kembar 6. Ana, Danish dengan Sufian kembar Januari."
terang Naim.

"I, Kamal dengan Ashraf kembar Disember."Kata Farish.

Natasya memandang semua muka abang-abangnya. Serius semua handsome gila nak mati mirip artis lelaki malaya.

Namun, dia tertatap muka Danish yang serius muka macam abang...ba....yang.

"Suka ke tengok muka aku. Tenunglah lagi. Kalau nak lebih dari tu, masuk bilik aku."Perli Danish selamba. Natasya tersenyum sinis.

"Dah kenal lah dengan Natasya?"Tiba-tiba papa muncul dari mana. Semua acah selamba buat tak tahu je. Natasya serius bengang. Acah baik...

"Naim, tolong Natasya angkat luggage dia dan tunjukkan bilik dia"arah papa dan semua pergi dari situ. Tinggallah Natasya tercengang di situ.Lalu, cepat dia mengikut Naim mengambil luggage di kereta.

Share this novel

ImanNatasha
2021-04-10 16:44:11 

ala tk boleh sambung kee


NovelPlus Premium

The best ads free experience