BAB 1

Romance Series 4545

"Opah, kenapa orang tak ada abang...adik...kakak..."tanya Natasya yang berumur 5 tahun.Dia sedang duduk di beranda rumah sambil bermain congkak dengan opah. Opah hanya tersenyum sahaja.

"Kenapa tanya?"balas opah sambil menggerakkan tangan mengambil guli dan dipindahkan ke lubang ke lain.

"Kawan orang selalu cakap. Dah lah tak ada mak....tak bapak...takkan adik,abang,kakak pun tak ada?"Natasya mula bersedih.Terus berhenti pergerakan tangan.

Opah hanya mengelengkan kepala.

"Tapi, Sya ada opah...."balas opah riang cuba menceriakan Natasya. Dia tahu peritnya hidup tanpa ibu bapa dan saudara. Nak buat macam mana takdir lebih menyelebihi Natasya. Bapanya meninggal masa ibunya bersalin. Selepas beberapa bulan, ibunya pula meninggalkan Natasya berseorangan.

Dahlah ibu Natasya,Nashirah anak tunggal perkahwinan dia dan suaminya.Saudara belah ayah Natasya....tak tahu mana menghilang. Tak pernah muncul dalam hidup Natasya.

"Orang nak main kejar-kejar. Opah boleh ke lari-lari"tanya Natasya sayu. Alahai cucuku...tak ada benda lain ke nak main?

Cubalah main benda lain. Kita main batu seremban.ajak opah. Bersemangat Natasya berlari ke luar mencari batu. Opah hanya mampu memandang sayu. Dia berjanji dengan anaknya dia akan sedaya upaya mendidik Natasya.

Bunyi gesekan benda di pasir memecahkan lamunan Nek Delima. Dia sedang duduk di tangga batu di hadapan rumah memandang Natasya yang sedang menyapu halaman dengan penyapu lidi.

Gembira Opah apabila dia berjaya mendidik Natasya. Menjaga aurat, batasnya dengan bukan muhrim dan maksiat yang semakin berleluasa sekarang. Abad ke 2020 tetapi sekarang baru 2018.

Natasya langsung tak kekok membuat kerja rumah yang sepatutnya perempuan yang berumur 21 tahun buat. Dah panjang dah umur Natasya. Tahun ni genap 21 tahun.

Kenapa Natasya tidak ke universiti? Alasan hanya untuk menjaga opahnya. Walaupun result Natasya 11A. Dia lagi selesa duduk dengan opah.

Opah hanya tersenyum sahaja apabila Natasya mendondangkan lagu Wany Hasrita. Sangat nyanyian Natasya. Kalau masuk mentor 7 pasti menang punya.

Opah sedar satu hari nanti dia akan meninggalkan Natasya. Dia tak tahu apa yang akan jadi nanti dan dia hanya mampu melepaskan segalanya kepada Allah.

Satu je dia tak berkenan dengan orang kampung di sini. Disebabkan Nashirah itu anak dara tercantik di kampung, dia selalu mendapat umpatan dan kejian. Sehingga Nashirah berkahwin dengan suaminya, Firdaus dan tinggal di bandar, baru tiada lagi mulut becok.

Tetapi, mulut orang kampung terpalit kepada Natasya pula. Kesian cucunya tiada kawan ingin bermain sejak kecil. Orang kata dia anak haramlah....anak luar nikahlah....

Bagus jugak Natasya tidaklah bersosial seperti anak dara orang lain. Opah sentiasa bersedih tetapi dia kena kuat untuk Natasya.

"Natasya, sini duduk dengan opah..."ajak opah membuatkan pergerakan Natasya berhenti. Terus dia meletakkan penyapu lidi di bawah tangga dan menuju ke arah opah.Dia duduk di sebelah opah kesayangannya.

*Ye...opah."

"Cantik betul anak opah sekarang."puji Opah kepada Natasya. Memang dia tak menipu Natasya sangat cantik seperti ibunya, Nashirah.
Tiada langsung jerawat di mukanya.

"Apa opah ni...puji pulak"tersimpul malu Natasya apabila dipuji begitu.

"Nanti...Natasya kena berdikari bila opah dah tak ada."Katanya sayu sambil mengusap lembut kepala Natasya yang berbalut shawl.

"Apa opah ni....opah tak akan tinggalkan Sya. Nanti Sya nangis macam mana?"provok Natasya sambil mengembangkan pipinya.

"Nanti biarlah suami Sya yang pujuk."

"Apa opah ni.. tak ada sesiapa pun nak masuk meminang. Ada hati ada suami."balas Natasya sambil tergelak kecil.

"Wait and see, Natasya"

"Pandai opah speakinv bagai..."ditepuk peha Opah perlahan melabuhkan tawa yang semakin riang.

Opah hanya tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience