BAB 7

Romance Series 4545

OMG....aku ada bapak saudara. Bapak aku Tengku beb....Jadi aku ni anak kerabat wei...Sila kembang...

Natasya hanya duduk di dapur. Bapa saudaranya Tengku Muhammad tengah berbincang dengan opahnya. Opahnya melarangnya untuk join sekaki. Dia cakap hal orang tua. Orang muda tak payah tahu.

Ewah...opah. Ini bapa saudara orang ni. First time jumpa.

Ayah...adik ayah datang. Pasti dia bagi duit banyakkan ayah. Lepas ni anak ayah kaya...

Wau...materialistik habis. Tak adalah. Natasya bukan nak sangat duit. Dia tahu dunia hanya sementara. Lepas ni mesti aku bahagia.

Ayah...orang nak tahu pasal ayah. Orang nak kenal ayah. Boleh tanya pak ngah.

"Apa yang diorang bincangkan?"bisiknya di dalam hati.

$$$$$$

"Jemput minum, Muhammad"pelawa opah. Dihulurkan air teh o kepada Tengku. Dia dah boleh duduk walaupun punggungnya sakit. Pedih bei..

"Terima kasih opah"balas Tengku. Dihirup air teh o itu perlahan. Sedap jugak ehh...

"Apa yang kamu nak sangat bincangkan?"suara opah mula tegang. Terkedu Tengku dibuatnya. Tapi, dia perlu katanya. Dia dah fikir masak-masak..

"Saya mohon sangat,opah. Saya nak jadikan Natasya sebagai anak angkat saya"

"Apa...."Terkejut opah apabila mendengar. Melepaskan Natasya...Berat sungguh baginya.

"Kau ingat senang-senang aku nak bagi cucu aku dekat kau. Kau tu pun aku tak kenal. Macam mana dengan bini kamu nanti? Dia boleh terima ke tidak?"habis satu persatu persoalan diberikan.Bahasa pun turut bertukar jadi kau...
aku.
Tengku hanya mendiamkan diri. Dia cuma ingin memberi kebahagian kepada anak abangnya. Cukuplah dia kurang mendapat belaian dari isteri, biarlah dia mendapat kebahagian dari anak angkat. Dia juga mempunyai agenda sendiri.

"Bini saya dah lama meninggal. Saya tinggal dengan anak saya yang semuanya lelaki. Lagipun...."perlu ke dia beritahu agendanya kepada opah.

"Apa...."muka opah sentiasa bengis. Membuatkan Tengku serba salah.

"Anak-anak saya tak pernah dapat kasih sayang dari seorang wanita. Kalau boleh...saya nak Natasya bantu saya bimbing anak-anak saya." katanya perlahan.

"Lagipun, saya rasa bertanggungjawab dengan Natasya."suara mula kendur.

"Anak kau ada berapa? Umur?"

"Anak saya ada 6. Semua umur 26 tahun.Kembar enam."katanya semangat. Macam boleh bagi green card je ni.

Muka opah pun sama mula kurang tegang. Dia tahu apa rasanya sebagai seorang adik kepada abang. Dia perlu tekad.

"Boleh, aku benarkan."Muka Tengku gembira. Ya Allah, terima kasih kau bagi peneman. Aku pun nak berbakti kepada abang aku.

"Tapi, ada 3 syarat."Tengku pelik. Dipandang muka Opah dalam. Kenapa ada syarat pula ni? .n jelah....

"Syarat pertama...aku nak kau bawa Natasya tinggal dengan kau. Pastikan dia duduk tempat yang selesa dan selamat kau."

Tengku lega. Syarat pertama tak terlalu susah. Memang itu niatnya. Bersama anak angkatnya.

"Syarat kedua....aku nak kau hantar dia masuk mana-mana universiti bagi dia pandai."

Tengku bernafas dengan tenang. Itu mudah sekali. Tak memerlukan apa sangat. Dia kaya boleh bagi Natasya belajar dekat mana-mana je.

"Syarat ketiga....."

$$$$$$

"Mana papa pergi.."habis semua anak-anaknya menyerbunya. Siapa tak risau papa balik nak dekat maghrib...

"Papa..."

"Kenapa kepala papa berbalut?"

"Kenapa lengan papa luka?"

"Kenapa papa jalan tak betul?"

"Kenapa seluar papa kotor?"

Habis semua persoalan ditanya. Itulah susah sangat dapat anak banyak sangat. Dah lah kembar 6. Adoh....

Diusapkan kepala setiap seorang anaknya. Disalurkan kasih sayang kepada anaknya. Peneman hidupnya sepanjang hayat.

"Kemas barang. Kita balik malam ni. Papa akan cerita dekat semua. Lepas tu papa ada surprise...."

"Apa dia, papa"serentak persoalan ditanya. Aduh....kembar.

"Mandi sekarang....."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience