BAB 9

Romance Series 4519

"Morning,papa"serentak semua keenam-enam anak turun ke meja makan.

"Morning, my boys"sapa papa mesra. Ini lah pengikat kepada isterinya dengan dirinya. Anak-anak penyeri hidupnya.

Mereka duduk di atas kerusi masing-masing. Berhadapan makanan yang tersedia. Siapa yang masa?

Mesti orang gaji mak nab. Dia datang untuk masak je....

"Papa, apa yang surprise sangat tu?" tanya Ashraf teruja sambil menyendeng dirinya kepada papa. Manja habis.

"Of course papa nak bagi kereta papa yang belambak dekat garaj. I ni MOA terkenal..."sampuk Farish sambil menyuap sandwich ke mulutnya.

"Eh...pondan. Kau tak layaklah. Baik bagi aku je. Aku kerja dengan papa"kata Sufian selamba.

"Aku tahu kereta kau pasti busuk macam kau, pengotor."Danish menyampuk.

"Lebih baik dari kereta tu jahanam..."Kamal sibuk. Selamba sahaja menenung muka Danish yang mula terbakar.

Tergelak semua dengan muka Danish. Tulah setan sangat.

"Weirdo, kau cuba bermain dengan aku ke?"sengih Danish sambil memijak kaki Kamal kuat. Terjerit Kamal dibuatnya.

"Setan mula beraksi nampaknya" Naim bergurau. Habis segala ahli keluarga menghampurkan tawa.

"Dah.....papa nak cakap ni"henti papa. Kalau nak ikutkan perangai anaknya, tak habis karang.

Semua mata tertumpu kepada papa. Tak sabar rasanya mendengar news..

"Papa....nak bagi kamu adik perempuan"

"Apa....." semua suara bersatu. Berdiri semua anak-anak dan menuju ke arah papa.

"Bila masa papa ada scandal ni?"tanya Kamal.

"Sampai hati papa duakan mama."kata Adam

" Mana anak haram tu"Danish mula bengang.

"Papa, biar betul papa sanggup buat benda terkutuk tu"Naim mengusap mukanya.

" Siapa datin sundal tu?"Farish mengusap dahinya.

"Papa ada scandal dengan PA papa ke?"Sufian pula menyampuk.

"Erh....duduk-duduk. Bagilah papa terangkan"
reda papa. Tak sangka sampai begitu anaknya berfikir.

"Sebenarnya, papa nak amik adik angkat perempuan untuk kamu."

"Cantik tak?"serentak suara bergema ruang makan banglo.

$$$$$$

Natasya melepak sahaja di beranda. Mendengar cicipan burung berterbangan di udara menenangkan fikiran yang serabut.

Hembusan bayu sepoi sepoi bahasa meniupkan shawl yang dipakai.

Pilihan....opah atau pak ngah...

Natasya sentiasa runsing dengan perkara ni. Sanggup ke dia tinggalkan opah dekat sini dan dia bersuka ria?

Tinggal dengan pak ngah dan sepupunya?

Ya Allah...Solat istikharah sudah ku lakukan. Tapi, kau hanya beri bayangan seorang lelaki mirip abang Bayang. Walaupun dia tak nampak mukanya, tetapi dari sisi belakang seperti abang bayang.

Sanggup ke kau tinggalkan Abang Bayang dekat sini?

Dia sendiri buntu. Dia sebenarnya berfikir mengenai opah atau Abang Bayang.

Dibiarkan suara lebah menghisap madu di pendengaran. Teringat dia kepada zaman kecil dia pernah cakap dia nak abang, adik ke atau kakak.

Nampaknya Allah dah makbulkan. Tak sabarnya jumpa abang sepupu. Opah cakap semua umur 26 tahun tua 5 tahun darinya.

Mesti best dapat abang macam protective, baik...

OMG.... I can't wait!

Rasanya dia perlu berkorban. Dia perlu meninggalkan ibu dan ayahnya di sini. Dia tekad.

Dia perlu bangkit.

"Ayah...ibu, Sya akan sambung belajar."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience