BAB 5

Romance Series 4545

Natasya jumpa papa bawak rumah.Rawat...

Natasya bangun dari tempat tidur. Lenguhnya semua badannya. Dijelingkan matanya ke arah jam.

"Baru pukul 7."bisiknya di dalam hati. Untunglah hari ni miss 'V' dapat cuti. Dapatlah dia bangun awal. Thank you miss V.

"Bangun...mana ada anak dara bangun lambat. Cepat tolong opah buat sarapan" suara opah mula memecahkan keheningan pagi yang serba indah.

Aihh...opah ni. Baru aku nak relaks sekejap...

Dibawa dirinya ke wardrobe. Diambil tuala dan kain batik lalu dia berlalu ke arah bilik air.

Usai sahaja mandi, disarungkan baju kurung moden dan berjalan ke arah dapur. Dapat dilihat opah tengah menggoreng sesuatu. Atas meja dah siap ada nasi lemak umpp...

"Sedapnya opah...Pandai opah masak"puji Natasya riang. Dipeluk tubuh kecil opah. Terkejut orang tua itu dibuatnya.

"Opocot, Natasya andartu" latah Opah yang disengajakan. Berkerut Natasya.

"Opah sengajakan...Orang bukan andartulah."sakit hati bila opahnya melatah dia andartu....

"Memang kau andartu pun. Sedar diri sikit."perli opah sambil meletakkan karipap yang digoreng ke dalam tupperware.

Natasya mencemik. Opah boleh kata dia tu andartu a.k.a kepada anak dara tua.

"Orang tak tua lagi"bertak Natasya sambil dikembungkan mulut. Ingat comellah Natasya oi...

Bila dia tidak dihiraukan, mulalah Natasya naik angin. Dia duduk di atas meja makan dan menyenduk nasi lemak. Diacah makan sedangkan hati sakit picar ni...

"Ala...cucu opah mengajuk. Tunggulah abang bayang pujukkan"kata opah sambil duduk di hadapan Natasya.

What....opah tahu abang bayang. OMG.....malulah aku.Mana opah tahu ni?

"Mana opah...."muka mula merah.

"Banyak kali opah perasan..surat cinta abang bayang. Setiap kali opah dengar ada oranv mengigau abang bayang......I LOVE YOU"

Cis...aku ada mengigau sampai macam tu ke? Malunya.....mana nak sorok ni?Opah ni tak boleh cover betullah.

"Opah, jangan cerita. Malulah"habis merah muka Natasya. Bukan sebab sambal nasi lemak...sebab sambal mulut opah. Kantoilah aku ada pakwe.

"Abang bayang"ajuk opah lagi dengan tawa. Lawaklah orang muda ni...Ada lagi hantar surat.

"Opah...."rengek Natasya.

"Dah....jangan lupa hantar karipap dekat hujung kampung tu."pesan opah.

"Yelah...opah. Tapi, janji kena keep it secret" ugut Natasya. Bukan tak tahu opah ni boleh je cerita dekat jiran sebelah...Malulah aku.

"Ikutlah suka hati opahlah"

"opah!"

$$$$$

Tengku Muhammad menunggang basikal mengelilingi kampung isterinya. Terimbas memori dia bersama isterinya. Rindunya.

Dia dapat bersama isterinya cuma 2 tahun. Mungkin kedengaran lama tetapi baginya sangat sekejap.

Belum cukup dia nak bermesra dengan isterinya Allah dah tarik awal-awal. Dia tahu Allah akan ambil haknya bila-bila masa dan dia redha.

Dia sedih kerana anaknya tidak dapat belaian seorang ibu. Dia tak tahu anaknya dapat menanggungnya. Sekarang, cuma anaknya menjadi meneman hidupnya yang mencelah 50 tahun. Dah tua dah aku...

Dia mengayuh pedal basikal berhati-hati. Maklumlah dah tua...Tak jauh daripadanya kelihatan seorang gadis manis yang berjalan kaki riang. Penuh keperempuanan.

Dia takkan terfikir untuk lahwin lain. Dia seorang yang setia. Takkan mencari pengganti.

Tetapi, adakah pegangannya membuatkan anaknya seksara? Hanya Allah yang tahu.

Tiba-tiba, seekor ulat sawa batik melintas dihadapannya. Terkejut diri sehingga basikal hilang kawalan.

Bushh.....Jatuh dirinya di tepi semak. Dia hanya terdengar panggilan suara seorang
gadis sebelum semua gelap....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience