BAB 8

Romance Series 4545

Natasya bincang dgn opah

Opah hanya senyap dari semalam. Makan malam senyap...solat maghrib berjemaah senyap....solat isyak berjemaah senyap.

Dahlah tak cerita apa-apa pun perbincangan acah agung antara bapa saudara. Kesiannya ketandusan cerita.

Ayah...tengok opah.

Ibu...tengok opah.

Kali ini, dia bangun awal alang-alang 'miss v' kena kerja. Nak memujuk orang tua kena buat baik. Hari ni kita masak mee udang khas untuk opah.

Bau je pasti jadi gila kelaparan. Digaul kuah mee udang perlahan dan ditutup api. Dihirup sedikit kuahnya. Fuh...ramailah calon datang dekat aku.

Perasan jelah Natasya oi. Siapa nakkan kau ni? Abang Bayang..

Tergelaknya sedikit. Alahai Abang Bayang kekasih hati suratku. Tak pernah jumpa dengan Abang Bayang kecuali hari tu.

"Apa tersengih pagi-pagi ni"tegur opah yanv baru turun dari biliknya.

"Tak adalah opah. Opah...Sya masak mee udang khas untuk opah"dikeluarkan suara menggodanya. Nak goda opah ni.

"Dah bau dari dalam bilik. Pasti ada makna ni. Ada udang di sebalik mee ni"Opah duduk di meja makan menunggu hidangannya sampai.

Semangkuk mee udang siap di hadapan opah. Terliur opah di buatnya.

"Memanglah opah. Nama pun mee udang. Pastilah ada udang dalam mee"seloroh Natasya selamba. Mereka ketawa kegembiraan.

Natasya duduk di hadapan opah sambil menikmati mee udang. Suasana hening sahaja pada waktu pagi yang tak indah manapun.

"Cakaplah apa yang secret sangat tu?"Opah memulakan perbualan. Dia tahu apa yang sedang bermain di dalam kepala cucunya.

"Tahu-tahu je opah. Apa yang sebenarnya opah cakap dengan pak ngah?"terus ditanya apa yang berserabut di dalam fikirannya.

"Betul nak tahu?"

"Betullah opah.." Natasya bengang. Boleh pulak opah main tarik tali.

"Natasya kena buat pilihan dalam hidup. Setiap keputusan Sya terpulang kepada Sya. Opah tak kisah."

Opah melepaskan keluhan.

"Sama ada Natasya jadi anak angkat pak ngah dan tinggal dengan pak ngah atau tinggal dengan opah dan hidup dalam tanda tanya mengenai parent Sya"

"Apa maksud opah?"Natasya bertanya.Dia kurang dengar. Terkejut dia apabila terdengar apa yang dikatakan oleh opah. Jadi anak pak ngah.....atau tinggal dengan opah.

"Puteri Nur Natasya ingin menjadi anak angkat kepada Tengku Muhammad atau...."

"Tinggal dengan opah"

Tersedak Natasya dibuatnya. Habis mee udang tersembut keluar. Selamat opah terselamat.

"Sya....sya"

"Opah mohon sangat....tinggallah dengan pak ngah. Opah tak tahu berapa lama lagi opah hidup. Opah nak cucu opah bahagia dengan papa baru."suara opah mula lembut. Memohon simpati.

Natasya serba salah jadinya. Tangannya siap digengam erat tangan opah berkedut. Pandangan mata opah penuh dengan harapan.

"Sya tak boleh..opah. Macam mana dengan opah?"tanya penuh risau.

"Cucuku, opah nak Sya berjaya. Nanti pak ngah bagi kemewahan kepada Sya, bagi pendidikan pada Sya dan keselamatan bersama orang tersayang."

"Lagi satu, kamu ada 6 abang angkat. Mesti best macam kamu doa selalu."

"Opah...."

"Ini sahaja pesan opah kepada Sya. Opah nak bagi tanggungjawab opah kepada orang yang opah percaya."

"Nanti hari Ahad, pak ngah kamu akan ambil kamu."tambah opah lagi.

"Orang tak buat pilihan lagi opah"marah Natasya.Dia dalam dilema dalam memilih. Ya Allah....

"Buatlah istikharah selalu."

Natasya melepaskan keluhan berat.

$$$$$$

Tengku Muhammad menghabiskan salam pertama. Malam ni dia baru habis solat istikharah. Betul ke pilihan dia....

Esok baru dia berbincang dengan anak-anaknya. Natasya....Terima ke budak tu.

Tengku Muhammad melepaskan keluhan.Diangkat tangan dan mula berdoa.

Ya Allah....
Aku ingin bahagiakan anakku.
Rahmatilah mereka.
Bagi mereka hidayah untuk terima anaj angkatku.
Aku merayu....

Sedikit lain doanya dari selalu. Dia akan berdoa isterinya, anaknya dan parentnya. Hari ni, khas untuk Natasya.

Dia tak boleh nafikan Natasya mirip isteri masa remaja. Rindunya....

Sayang, abang nak sayang........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience