7 : Sahabat Lama

Drama Series 250

SEPERTI yang dijanjikan. Sofina menunggu penuh sabar di tempat mereka pertama kali bertemu.

Iaitu di sekolah rendah yang sudah lama tutup. Sekolah tempat dia belajar dulu, alasan sekolah ini ditinggal terbengkalai kerana kebakaran. Mungkin sudah empat tahun berlalu. Dan ya, dia tak mengalami hal itu.

Dapat bayang keadaan sekolah lama yang ditinggal tak terurus? Pastilah agak buruk rupanya dengan dinding yang merekah dan kehitaman kesan dari peristiwa kebakaran itu.

Meskipun suasana sekeliling tak menyeramkan kerana masih siang hari, namun disebabkan kawasan ini jauh dari perumahan. Dan jarang orang lalu lalang membuatnya terlihat sunyi sepi dan sedikit menakutkan.

Linda menghampiri Sofina yang duduk melamun sendirian di kerusi panjang. Mereka sedang berada di kantin.

"Kau yakin ke perempuan tu nak datang? Entah-entah dia tak ingat dah tempat ni." ujar Linda meluahkan keresahannya.

Sofina kekal dengan raut tenangnya. Senyuman mekar bak bunga mawar tak lepas dari bibir mungilnya. Tak ada lelaki yang tak terpesona dengan kejelitaannya. Kepribadiannya yang anggun membuat dia disukai ramai orang.

Kerana itulah tiada seorang pun yang berpihak pada Reen. Kerana dimata mereka, Sofina bagaikan malaikat polos yang sering dihina oleh Reen yang merupakan penjahat.

Tetapi tidak dengan mereka yang berada di sini. Para pembuli yang tahu sifat asli Sofina, tapi mereka tak kisah. Yang penting mereka dapat 'mainan' yang menyenangkan.

Linda mendengus halus bila pertanyaannya dibiarkan bagai angin berlalu. Sofina dibiarkan melamun seorang diri.

Tangan menongkat dagu. Sesekali dia bersenandung mengisi bosan.

"Kesian kau, Reen. Sepatutnya dulu kau jangan tolong aku. Yah, tapi bukan salah aku kau menderita." omelnya sendiri. Tak semenanya kenangan semasa berada dibangku sekolah terimbau kembali.

Flashback beberapa tahun yang lalu. [Sofina's POV]

Kereta yang pada zaman itu boleh dikatakan mewah, berhenti tepat di depan pagar sekolah rendah.

"Cik Sofina, kita dah sampai."

Sofina keluar dari perut kereta setelah pintu dibuka oleh driver peribadi keluarganya.

Pemandu peribadinya langsung meminta diri selepas memastikan anak majikannya itu selamat melepasi pagar.

Sofina tak pedulikan tatapan benci para pelajar perempuan. Dia tahu mereka iri padanya. Dia berjalan dengan percaya diri.

Dia yang sejak kecil memiliki wajah yang comel dan suara yang lembut, sentiasa berjaya memikat hati orang sekeliling. Tapi begitulah hidup jika ada yang suka, pasti ada yang benci padanya yang memiliki segalanya.

Namun begitu, dia yang sempurna tanpa cacat cela sedikitpun mula merasa iri kepada seseorang.

Sofina berpaling ke pintu pagar semula apabila terdengar bunyi motosikal yang dia kenali.

"Bye Ayah! Hati-hati! Reen balik awal tau harini! Jangan lupa! Bye bye!"

Leka Sofina memerhati telatah ceria gadis yang dihantar ayahnya dengan moto itu. Entah sejak bila, dia selalu perhati gadis itu.

"Bestnya ayah hantar..." perasaan cemburu mula timbul memikirkan gadis miskin itu memiliki apa yang dia tak ada.

Disebabkan penampilannya seperti anak orang kaya, ditambah wajah comelnya yang putih mulus membuatkan dirinya dikucilkan. Tambahan pula, dia sejenis yang tak pandai cari kawan.

Sendirian tanpa seorang pun teman membuatkan Sofina kesepian di sekolah.

Hinggalah suatu hari, dia nekad nak cari kawan.

Semasa rehat di kantin. Sofina beranikan diri mendekati para pelajar perempuan sekelasnya yang sedang asyik berbual.

"Hai. Saya nak duduk sini boleh?" dia cuba beramah mesra meskipun terasa kekok kerana tak biasa.

Para pelajar perempuan yang asyik tertawa lepas itu serta merta berhenti. Muka masing-masing kekok dan terlihat tak suka dengan kedatangan Sofina. Mereka memandang satu sama lain bersama pandangan yang cuma mereka mengerti.

"Sorry, kawan kami duduk sini. Dia pergi tandas." jawap salah seorang dari mereka. Biarpun meja makan panjang itu muat ramai.

Sofina merasa sedikit cemas ditolak. Fikirnya kalau dia ditolak kali ni, selamanya dia takkan dapat kawan.

"K-Kalau macam tu. Apa kata saya belanja awak semua makan. Nak tak? Beli je apa yang awak nak! Saya bayarkan!" dia tetap tak putus asa.

Sekali lagi para pelajar itu berbicara melalui pandangan mata. Kali ini lebih sinis. Ada yang menahan tawa.

Para pelajar itu pakat bangun dari kerusi ingin ke meja lain. Hingga membuatkan Sofina terkebil-kebil sendiri.

"Tahu la kaya. Tak payah la nak menunjuk sangat. Belanja konon." perli salah seorang dari mereka sambil sengaja melanggar bahu Sofina.

Sofina teranjak ke belakang. Tergamam tak terkata. Mungkin tak percaya dia dibenci sebegitu rupa.

"Pft! Datang sekolah pun pakai make up ke. Putih dah macam orang cina."

"Anak orang kaya kan. Pergi la makan dengan anak orang kaya juga. Sibok je!"

Mereka pergi ke meja yang agak jauh. Sambil bergelak tawa. Sinis.

Pedih. Hatinya sakit. Ini pertama kalinya dia dikucilkan atas alasan yang tak munasabah.

Akhirnya dia makan seorang diri di meja kosong. Sendirian. Sofina tak mampu menutupi kesedihan dari wajah muramnya itu.

Tak!

"Duduk situ!"

"Tak nak! Nak duk sebelah kau!"

"Haish! Mengada kau ni."

Terkejut Sofina dengan kemunculan dua makhluk di depannya.

"Hai, sorang kan. Kitorang duduk sini. Boleh?" Reen tayang sengihan comelnya.

"Dah duduk baru nak tanya. Hai, saya Kevin. Awak nama apa?" Kevin beralih kepada Sofina.

Terpana Sofina sampai tak berkedip mata. Dia pernah dengar rumor tentang dua orang di depannya itu. Sepasang sahabat yang terkenal di sekolah tersebut. Dua orang pelajar yang sangat disenangi semua orang dengan sikap ramahnya yang tak kenal tempat.

Yang namanya Kevin, dengar cerita pelajar yang aktif dalam bidang bela diri. Sekejap masuk taekwondo, kejap silat, last-last katanya berlatih dengan pak sedaranya di gym yang turut dimiliki pak sedaranya itu.

Yang namanya Reen pula, cemerlang dalam akademik. Dan kalau tak silap selalu menempati tempat pertama dalam setiap peperiksaan. Pelajar teladan kesayangan semua guru. Gadis inilah gadis yang selalu dia perhati.

Melihat reaksi gugup Sofina, Reen tersenyum senang hingga menampakkan lesung pipit pada kedua pipi tembamnya. Shomel!

Dia mendekati Kevin kemudian berbisik perlahan. Senyuman mekar tetap diukir tak mahu Sofina canggung.

"Lolipop kau ada lagi? Aku punya dah habis." seperlahan yang mungkin bisikkan Reen.

Kevin berkerut hairan. Dia tak balas dengan bisikkan, terus dengan suara petirnya.

"Bukan ke kau beli lima batang? Takkan la dah habis. Kau telan ke? Minah ni hantu lolipop betul la! Aku dah kata jangan makan banyak sangat. Buruk gigi tu baru tau! Sakit gigi mula la mengadu, menangis bawah ketiak aku- Aduh! Ssstt sakit lah!"

Mengaduh sakit Kevin sambil menggosok belakang kepalanya yang dihempuk sekali. Sofina pula terkejut dengan gurauan kasar dua orang itu.

"Bising lah! Kau pun beli jugak kan." Reen tak endahkan bebelan Kevin, tangannya menyeluk poket seluar kawannya itu.

Sebatang lolipop berperisa strawberi dikeluarkan kemudian diberi kepada Sofina. Terpinga-pinga Sofina kebingungan dengan situasi yang dihadapi.

"Nah! Sofina murid baru kan. Kalau takde yang nak berkawan dengan awak, biar kitorang yang jadi kawan awak. Mulai hari ni kita kawan." Reen hulur sebelah tangan tanda perkenalan. Senyuman ramah tak lekang dari wajah manisnya.

Sofina tergamam sesaat dikala namanya disebut. Dia tetap tanya padahal dah tahu. Tetapi daripada kebingungan dia lebih merasa terharu. Matanya berkaca-kaca, mulut mungilnya bergetar menahan tangis.

Salaman tangan Reen disambut. "Sa-Saya Sofina. Terima kasih."

Dia terus tunduk apabila air matanya yang bertakung mula tumpah. Kalut Reen pergi ke sebelah gadis itu untuk memujuk. Dia tak ada niat nak buat gadis itu menangis.

Kevin yang menjadi pemerhati, memilih untuk diam. Dia membiarkan Reen memujuk Sofina yang mula menangis.

"Awak berdua orang pertama yang sudi berkawan dengan saya. Padahal sejak saya pindah sini, takde sorang pun yang nak dekat dengan saya. Terima kasih! Terima kasih banyak! Jangan tarik balik tau janji nak berkawan dengan saya sampai bila-bila. Saya janji saya akan jadi kawan yang baik." Sofina separa meraung dalam tangisan. Pinggang kecil Reen dipeluk.

Reen yang dipeluk secara tiba-tiba, merasa malu tercampur kekok pula. Walau begitu, dia tetap menenangkan Sofina yang menangis dalam pelukkan. Pundak gadis itu ditepuk lembut.

"Astaga," Kevin tersenyum kecil. Dia berlagak macho, wahal dalam hati dia ikut terharu.

Sejak hari itu, Sofina mula rapat dengan Reen dan Kevin. Orang yang berhati baik yang sudi berteman dengannya. Dia suka berteman dengan Reen, dia juga mulai menyukai Kevin yang hangat padanya.

Hinggalah tiba suatu hari. Satu kebenaran yang tak disangka terbongkar.

Sepulang sekolah, seperti biasa Sofina menunggu pemandu peribadi keluarganya datang jemput. Namun, tak disangka. Bukan orang yang ditunggu datang, malah papanya sendiri menjemputnya.

Sofina, Reen dan Kevin sedang berjalan melepasi pagar sekolah. Pandangan Sofina tercatap kepada seorang lelaki dewasa berkemeja kemas sedang bersandar dikereta mewah.

"Eh papa!" bersinar mata Sofina sembari berlari riang ke arah bapanya.

Reen dan Kevin cuma tersenyum memerhati. Dapat mereka buat kesimpulan bahwa lelaki dewasa itu merupakan papa yang sering diceritakan Sofina.

Usai melerai pelukkan anak tunggal kesayangannya, Encik Afnan melihat ke bawah. Dimana ada dua budak pendek sedang tersengih padanya.

"Oh! Ini ke kawan yang Fina selalu cerita?" Encik Afnan yang berwajah lembut itu tanpa ragu mengelus kepala Reen dan Kevin yang lebih rendah darinya.

Kevin dan Reen malu-malu tai kucing. Sofina pula terlebih ramah memperkenalkan mereka. Sejujurnya dia lebih merasa teruja kerana dah lama papanya tak datang jemput. Maklumlah kerja pejabat, sibuk memanjang.

Hari ini entah angin apa, papanya datang jemput. Mungkin kerana rengekkannya semalam.

Kevin melirik Reen disebelahnya. Dia perasan gadis itu dari tadi lap peluh.

Kevin mendongak ke atas melihat langit yang amat cerah. Benar, saat ini kan tengah hari, tak pelik la matahari terpacak atas kepala. Bahang panas harini lain macam.

"Apa?" Reen menoleh bila bahunya dicuit.

"Jom tunggu kat tempat teduh. Panas lah. Kau pun dah macam mandi peluh." bisik Kevin.

Reen angguk setuju. Sofina perasan hal itu. Senyumannya memudar serta merta. Entah mengapa, dia tak suka melihat keakraban Reen dan Kevin.

Reen dan Kevin tak jadi berteduh apabila datang moto kapcai Hilman, parking berhampiran mereka. Hilman turun dari motosikal.

Raut Reen bertukar cerah seraya mendapatkan ayahnya yang tampak keletihan. Hilman masih tak perasan dua beranak yang sedang memerhatinya.

"Nampak penat je pak cik. Tak balik kerja lagi ke?" Kevin sengaja beramah mesra dengan jirannya itu.

Hilman yang tak pernah senyum itu, menjawap dengan keluhan berat. Wajah penatnya tak dapat disembunyikan.

"Ini pun pak cik minta masa sekejap saja dengan bos. Pak cik nak minta tolong korang berdua, boleh?" Hilman terlihat serba salah minta bantuan dari budak-budak.

"Boleh je. Lagipun saya bosan juga duduk rumah. Minta tolong apa pak cik?"

"Kenapa ayah? Budak tu buat hal lagi ke?" soal Reen, jelas mengkhawatirkan ayahnya.

Hilman mengangguk. "Adik kau tu la. Sejak berkawan dengan budak-budak nakal tu, selalu tak balik rumah. Entah apa yang dibuatnya. Risau pula aku."

Hilman memicit dahi. Sakit kepala memikirkan sikap nakal anaknya yang lagi seorang.

Reen dan Kevin mengiyakan tanpa fikir panjang. Lagipun bukan sekali dua mereka mengurusi masalah adik Reen.

Reen menumbuk tapak tangannya sendiri. Muka 'kak ros'nya terpampang. "Dapat kat aku, siap la budak tu. Aku ganyang dengan batu lesung."

Kevin tak hiraukan Reen kerana sudah terbiasa. Dia malah hairan dengan kedatangan Encik Afnan dan Sofina dari belakang Hilman.

"Abang Man kan?" tegur Encik Afnan.

Tersentak Hilman bahunya disapa dari belakang. Dia membalik tubuh. Dan disaat itulah dia terkesima dengan seseorang yang sangat dikenali itu.

Makin melebar senyuman Encik Afnan tatkala sudah dapat kepastian setelah lihat muka Hilman dari dekat. Hilman didakap erat serupa dah lama tak jumpa. Hilman terkejut tapi dia biarkan saja.

Reen, Kevin dan Sofina pastilah tambah terkejut menyaksikan dua lelaki dewasa itu berpelukkan.

"Ya Allah, dah lama tak jumpa. Bang Man apa khabar? Sihat? Tak sangka abang dah kahwin." usai melerai pelukkan, soalan terus keluar mulut Encik Afnan.

Hilman tampak kekok. Canggung mungkin dah lama tak jumpa.

"Dua orang dah anak aku." lain yang ditanya, lain pulak dijawap.

Kevin, Sofina dan Reen berjalan ke pondok untuk berteduh. Membiarkan dua orang itu berborak meskipun mereka masih shock. Macam mana ayah Reen dengan papa Sofina boleh kenal? Siap panggil abang lagi.

Dalam kereta, mata bundar Sofina ralit melamun ke luar tingkap. Encik Afnan yang sedang memandu sedari tadi tak lekang dengan senyuman.

"Pa," panggilnya bernada biasa.

"Ya, sayang. Ada apa?" sahut papanya yang sentiasa lembut itu.

"Kalau papa dengan ayah Reen adik beradik. Kiranya ayah Reen pun anak nenda lah. Kan?" Sofina masih memandang ke luar. Langit biru dilihat tak menarik. Sekadar dilihat untuk hilangkan bosan.

Encik Afnan kembali teruja apabila abang sulungnya disebut.

"Ya, kiranya Fina dengan Reen sepupu. Mesti Fina suka kan Reen ada ikatan darah Fina. Wah! Papa masih tak sangka. Rupanya Abang Man dah kahwin. Anak dua pulak tu. Dah lama tak jumpa, rupa pun dah lain dah."

"Sepupu dengan Reen..." Sofina menganggapi dengan ala kadar. Dia tak faham dengan perasaannya saat ini. Bukankah sepatutnya dia seronok kerana dengan itu persahabatan mereka kian erat.

Dia membiarkan bagai angin berlalu celotehan papanya.

"Kalau Fina nak tahu. Pak cik kamu tu popular zaman sekolah dulu. Boleh kira dengan jari berapa orang perempuan yang tak sukakan dia. Yang lain semua kejarkan dia. Tengok la anak dia pun comel. Tapi tak sangka perangai nakal Abang Man turun kat anak lelaki dia." Encik Afnan nostalgia sendiri. Ayat terakhirnya disertakan dengan ketawa besar.

Sofina berpaling ke hadapan.

"Tapi kenapa ayah Reen tak pernah datang rumah nenda. Dia kan anak nenda juga. Dia pergi mana selama ni? Rumah dia jauh ke?" soalnya polos. Dan dibalik kepolosan itu terdapat satu perasaan kotor mula timbul.

Raut wajah Encik Afnan sedikit berubah. Dia tersenyum tawar.

"Itu Fina tak perlu tahu."

End Flashback. Kembali Ke Masa Kini.

Kreekkk!

Bunyi geselan pagar berkarat mengembalikan Sofina ke dunia nyata. Lamunan yang panjang hancur berderai.

Bibirnya yang cantik terbentuk mengukir senyum manis. Siapa lagi kalau bukan Reen yang datang. Sahabat lamanya.

Dia bangun dari kerusi panjang tersebut untuk menyambut kedatangan 'tamu terhormat'. Rambut panjangnya digerai. Lurus dan berwarna brown.

Dari kejauhan dia sudah nampak satu sosok perempuan yang berlari ke mari. Setiba Reen di depan kantin.

Reen memegang lutut terbongkok mencari nafas. Nafasnya yang terengah-engah ditenangkan secepat mungkin. Tergesa-gesa dia berlari kemari ingin tahu sejauh mana Sofina tahu tentang ayahnya.

Setelah nafasnya mula teratur. Reen berdiri tegak. Meskipun jarak yang jauh, namun dapat dia lihat banyak mata yang sedang memerhatinya. Dan pastilah sorot mata yang memiliki maksud yang tak baik.

Sejujurnya dia tak sangka Sofina bawa geng seramai ini. Disaat matanya bersabung dengan mata Sofina. Reen beranikan diri semula.

Tak apa! Aku datang cuma nak bercakap empat mata dengan dia. Kalau aku tak buat dia marah. Mungkin aku boleh keluar dengan selamat.

"Jangan kau berani kacau ayah aku. Kalau tak aku bagitahu satu dunia siapa bapak kandung kau. Jangan ingat kau sorang saja tahu rahsia aku. Aku pun tahu rahsia besar kau." ugutan keras tanpa sedar keluar dari mulut Reen.

Bukan itu yang aku nak cakap! Kenapa otak dengan mulut aku tak selari?!

Reen rasa nak tampar mulut sendiri. Kegelisahan mulai terasa bila perasan air muka Sofina berubah serius. Padahal niatnya ingin berbicara secara damai.

Raut dingin Sofina sekejap cuma. Tak lama selepas itu dia melukis senyuman mekar. Senyuman yang cukup difahami oleh Linda.

Linda mengangguk kepada orang-orang dibelakang Reen.

"A-Apa ni?! Lepaslah!" terkejut Reen apabila kedua tangannya dipegang. Dia meronta minta dilepaskan tetapi tenaga dua orang lelaki yang memegangnya terlalu kuat.

Jantungnya berdebar kencang. Pantas dia berpaling ke arah Sofina yang berdiri tenang tak berganjak.

"Sofina apa ni?! Tak, aku minta maaf! Aku takde niat nak ugut kau! Hei Fina! Suruh diorang lepaskan aku!" Reen separuh merayu. Keringat dingin membasahi setiap inci tubuhnya. Ini pertama kalinya dia setakut ini.

Kerana selama ini dia cuma dibuli geng-geng perempuan. Yang lelaki hanya memerhati. Tapi kini, berbeza. Situasinya terbalik. Lelaki yang memegangnya menariknya ke arah lorong yang sempit dan kotor.

Budak kecik pun tahu, apa yang akan diperbuat para lelaki bermata penuh nafsu itu bila membawa perempuan ke lorong.

"Sofina tolonglah! Aku minta maaf!" mahu tak mahu terpaksa Reen merayu orang yang paling dibencinya itu.

Satu persatu para lelaki datang ke lorong sempit tersebut. Tiada langsung belas kasihan dari mereka. Yang ada malah tawa besar yang teruja mahu melepaskan hasrat nafsu. Mereka bukan para pelajar dari kolej yang sama, kerana itu mereka tak kenal Reen.

Linda bersandar di dinding lorong. Santai memeluk tubuh sambil memerhati Reen yang masih meronta.

Para lelaki itu tak sentuh Reen, mereka cuma menilik badan Reen dari atas sampai bawah dengan pandangan nakal.

"Korang jangan lebih-lebih pulak. Aku tak suruh korang r**ol dia. Cukup buat dia trauma saja." Linda beri peringatan buat sekian kali.

"Ya ya, kitorang faham la. Dah berapa kali bagitahu benda sama. Senior ni... pergi main jauh-jauh la. Kitorang nak main dengan akak ni." jawap salah seorang dari mereka. Usai berkata begitu dia bergelak tawa dengan rakan-rakannya yang lain.

Linda berdecit geram kerana pesanannya dianggap remeh.

"Linda!" panggil Reen tergesa-gesa. Tuhan saja tahu betapa takutnya dia saat ini. Dia mengaku dia b**oh sebab datang seorang diri. Padahal dia dah tahu dia takkan diperlakukan secara baik jika dipanggil Sofina.

"Apa?" Linda tampak serba salah. Dia menghindari contact mata dengan Reen yang sedang berharap bantuan darinya.

Sejujurnya dia merasa agak kasihan melihat Reen yang hampir menangis. Timbul perasaan simpati buat pertama kalinya.

"Aku tahu kau bencikan aku. Tapi kau lebih bencikan Sofina kan! Orang yang kau suka dalam diam tu, sukakan Sofina! Sebab tu kau ikut dia macam hamba abdi kan. Tak tak! Maafkan aku! Aku bukan nak ejek kau. Tapi betul la kan! Aku akan tolong kau dapatkan orang yang kau suka tu! Sekarang tolong lepaskan aku!" Reen mencuba segala cara untuk mengumpan perempuan itu. Satu-satunya harapan dia sekarang adalah Linda.

Kebetulan dia tahu rahsia gadis itu.

Benar seperti yang diduga, Linda tampak terkedu. Jika tak dibantah, maknanya perkara itu benar.

"Ketepi."

Satu suara garau muncul dari belakang Linda. Linda sekali lagi tergamam. Lidahnya kelu. Semua mata tertumpu pada orang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience