MEMUAKKAN
Itulah yang sering aku alami akhir-akhir ini. Dunia sampah ini benar-benar busuk sampai buat aku muak untuk bernafas.
BUKK!
Tubuhku yang lemah ditolak kasar ke dinding. Rambut separa bahu yang serabai menutupi wajahku. Tubuhku yang terasa remuk terduduk kerana lututku sudah tak memberi kerja sama. Aku hanya tertunduk tatkala para pembuli sampah itu seronok ketawa sinis.
Lorong sepi dan lenggang inilah yang menjadi tempat mereka untuk melepaskan amarah padaku setiap hari.
Lima orang perempuan memukulku manakala sisanya lagi hanya menjadi penonton. Puak penonton s**lan itu tak ada bezanya dengan pembuli kerana perbuatan mereka sama busuk. Mereka tertawa mengejek seolah penindasan terhadapku suatu hal yang lucu.
"Reen!"
Aku yang masih menunduk dapat kulihat kaki seseorang berhenti dihadapanku. Si sampah ni nak apa lagi? Padahal dia yang paling banyak memukulku.
Perempuan itu duduk mencangkung tepat didepanku.
"Argh!" aku terjerit kecil apabila rambutku dicengkam kasar lalu didongak secara paksa.
"Kau pekak ke? Berani kau tak menyahut aku panggil." ucap Linda serupa samseng jalanan.
Mukaku yang tadinya berkerut sakit, terus ku lempar sengihan mengejek. Pandangan tajam perempuan itu kubalas berani.
"Diam la kau, dasar hamba Sofina." balasku sinis.
Tuih!
"Argh!" Linda terjerit spontan apabila ludahku mengenai tepat ke mukanya. Rambutku yang dicengkam dilepas kasar.
Linda bingkas berdiri menjauh dariku. Berbakul makian dituju kepadaku.
"B**g*at perempuan ni!! Kotor muka aku!"
Terkedek-kedek serupa itik seorang perempuan lain datang memberi tisu kepada Linda. Cepat Linda lap mukanya yang tak berapa siap itu.
Kalut beberapa dari mereka mengerumuni Linda dengan penuh kerisauan seolah-olah Linda baru dipukul. Tawa perlian terlepas dari bibir lesuku.
"Dah macam lalat keliling sampah." desisku perlahan.
Pandanganku mulai kabur. Kepalaku berdenyut-denyut seperti mahu pecah akibat hentakkan tadi. Aku harus segera beredar dari sini.
Mataku tanpa sengaja bertembung dengan seorang perempuan berambut perang, yang duduk tenang di pelosok dinding. Salah seorang penonton yang melihat setiap kejadian buliku.
Atau lebih tepatnya... perempuan itulah 'ketua' sebenar dari para pembuli itu.
Setiap kali muka itu muncul didepanku, benciku padanya makin meluap-luap. Dendam yang kusimpan tumbuh membesar dari hari ke hari. Perempuan munafik yang bertopengkan muka ayu itu, kenapa dia tak mati saja?
"Reen sini kau! Dari tadi aku tak tahan nak bunuh perempuan ni!" tempik Linda menyinga. Rupanya saat ini persis seperti singa yang ingin terkam mangsa.
"Linda, sabar la. Jangan macam ni." pujuk Airis lembut. Perempuan inilah yang memberi tisu tadi.
"Lepaslah! Aku nak bunuh perempuan jal**g tu! Berani dia ludah muka aku!"
Linda meronta ingin menerkam aku tetapi tak berjaya kerana ditahan dan dipujuk oleh lalat-lalat disekelilingnya.
Linda terkenal sebagai perempuan yang paling baran didalam kelompok para pembuli itu. Kisah pulak aku! Si sampah tu hanya berani bila ada geng-geng dia saja. Acah terpaling baran.
Aku berjaya berdiri dengan sisa kudrat yang ada sambil berpaut pada dinding. Dapat ku rasa lututku gementar. Tubuhku pasti penuh dengan lebam dan luka.
"Kau nak mati ke?! Mana kau nak pergi, hah?!" lantang tempikkan Linda yang menuju ke arahku. Garang betul muka perempuan tu, macam la aku takut.
Langkahku terhenti apabila Linda sudah berdiri tepat didepanku. Mata kuyu ku yang hampir terkatup aku gagahi jua.
"Kau cakap apa tadi. Kau nak bunuh aku? Kau pernah bunuh orang ke, Linda?" perliku selamba. Sengaja mahu panaskan lagi hati yang sedia bergelegak itu.
Seperti yang diduga dari Linda si terpaling baran.
"Kau ni dari tadi cabar aku." Linda angkat tangan tinggi ingin menamparku.
Aku biarkan saja kerana aku tahu kejap lagi mesti ada yang menyampuk. Orang yang selalu leraikan pergaduhan.
"Cukup!"
Mataku yang tersembunyi api dendam memerhati tajam orang yang menghalang Linda.
"Tck..." decit Linda menahan marah sambil membuang muka. Hamba suruhan kan, mana berani lawan tuan dia.
"Kau baik sangat la, Sofina! Biar aku saja yang bagi pengajaran kat perempuan ni." bentak Linda. Bahunya dipaut lembut oleh Sofina.
Sofina tersenyum simpul padanya.
"Kan saya dah cakap tak apa. Yang awak marah sangat ni kenapa? Yang kena kan saya." katanya selembut sutera. Aku yang mendengar rasa nak muntah hijau.
Linda sembunyi dengus tak puas hati. Perhatiannya beralih kepadaku.
"Kau beruntung hari ni boleh lepas. Esok jangan harap. Aku tak puas hati lagi selagi kau bernafas." pesannya sempat menunjal kepalaku seraya berjalan ke arah teman-temannya.
Tak puas hati selagi bernafas? Kalau macam tu tak payah bernafas.
"Jom lah! Aku lapar." Linda merangkul mesra leher kawan lelakinya. Bergelak tawa mereka sesudah menyiksa orang.
Airis, perempuan pengecut ini pandang serba salah kepada Sofina yang masih berdiri disebelahku.
"Sofi tak nak pergi ke?" soalnya behati-hati. Ini seorang, hamba penjilat Sofina yang aku tak suka selepas Linda.
Dia memang tak buli aku tapi sikap dia sama dengan Sofina. Pura-pura naif padahal bergabung dengan kelompok pembuli.
Airis pergi mengikuti Linda setelah menerima penolakkan baik dari Sofina. Dan kini tinggallah aku dan Sofina dilorong sepi ini.
Sesak dadaku berada ditempat yang sama dengan perempuan tu. Langkahku pincang ke arah bag yang sudah kotor. Buku yang bertaburan kukutip satu persatu tanpa hiraukan Sofina.
Baru sahaja buku terakhir mahu ku kutip, buku itu dipijak Sofina. Tindakkanku terbantut dan aku tak merasakan apa-apa kerana sudah terbiasa.
"Bagus Reen. Aku suka kau yang sekarang. Teruskan tunduk dibawah tapak kaki aku. Dan saksikan hidup yang aku bahagia." ujar Sofina masih dengan rupa munafiknya.
Wajahku kekal tunduk. Aku... bukannya tak mampu melawan. Tapi ada sebab kenapa aku pasrahkan diri.
Perempuan tu bukan pembuli biasa yang aku boleh lawan dengan modal berani. Dia licik, munafik, ramai support dibelakang dia sampai aku tak boleh lawan seorang diri.
Heels yang memijak bukuku tadi diangkat. Sofina berjalan pergi sambil melambai tangan.
"Bye Reen!"
Aku abaikan saja. Suara lemah gemalai itu memang selalu berjaya buat aku marah. Tapi hari ini entah kenapa, aku malas nak layan emosi yang kian mati.
Bag aku galas ke bahu. Tubuh yang terasa remuk aku gagahi juga berdiri. Terpincang-pincang aku berjalan keluar dari lorong itu.
Keluhan kecil terlepas dari bibir keringku.
"S**l aku muak..." gumamku perlahan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Heroine/female lead : Putri Naureen
Umur : 22 thn
Hobi : melukis, baca buku
Tinggi : 167cm
Share this novel