EDEN berjalan di laluan koridor pejabat lecture. Berselisih dia dengan beberapa pelajar lain. Dirinya dipandang atas bawah seolah-olah dia makhluk langka yang jarang ditemui.
Bisikkan dari pelajar tersebut dibiar bagai angin berlalu.
"Eh, dah nak kiamat ke? Eden masuk kolej! Rasanya sebulan sekali aku nampak batang hidung dia."
"Sshhh! Diam la! Kalau dia dengar mati kau. Aku tak nak masuk campur. Kau mati pun aku tak nak datang."
"Ishh! Kau ni! Apa yang orang-orang takutkan sangat? Selalunya orang muka ganas macam dia, hati dia lembut." si kawan masih berani berkata.
Kawan yang lagi satu sudah gelisah apabila melihat Eden berhenti statik.
"Si beng*p ni! Hati lembut apanya. Kau tak tahu ke, dia selalu pukul orang lepas berhenti jadi atlet!" bisiknya keras. Berharap kawannya yang berani itu menutup mulut.
Dari gossip yang beredar, katanya Eden mengisi masa lapangnya dengan memukul orang. Tetapi kebanyakkan yang dia belasah adalah orang-orang yang mengganggunya semasa bermain game di cyber cafe.
Sementara itu, Eden berdiri tegak di depan bilik pejabat Profesor Zainal, merangkap bapanya.
Tidak kedengaran jelas tetapi sayup-sayup halwa telinganya menangkap suara desahan perempuan dari dalam.
"Kat sini pun on. Jijik." gumamnya sinis.
Eden mengoyak senyum sinis selajur membuka pintu yang tak dikunci itu.
"Aaaakh!!" terkejut bukan kepalang lagi Sofina. Secepat kilat dia mengancing semula bajunya.
Prof Zainal menjaga jarak dari gadis itu sambil berdehem kecil. Menutup rasa malu dan canggung.
Boleh pulak lupa kunci pintu, kan dah kantoi. Yah, walaupun Eden sudah tahu sikap buruk ayahnya.
Sofina turun dari meja. Skirt paras paha yang tersingkap dilabuhkan.
"E-Eden, Hai. Bu-Buat apa kat sini?" sapa Sofina mengawal suasana yang kekok. Meskipun sempat gelabah, dia cuba bertenang melawan pandangan tajam pemuda itu.
Prof Zainal menghela keluhan berat lalu berjalan menghampiri Eden. Tak tahan dengan pandangan mata yang memerhati mereka dengan penuh hina itu.
"Eden kamu ni. Dah berapa kali saya pesan ketuk pintu dulu kalau nak masuk. Kamu tak belajar adab ke." ujar Prof Zainal sedikit tegas.
Dia keluarkan dompet dari kocek belakang. Sekeping black card dihulur.
"Ini ambil buat belanja. Kamu datang sebab nak duit saja kan."
Eden yang setinggi tiang api itu memandang rendah bapanya yang lebih rendah darinya.
"Rasuah la ni. Faham-faham." katanya selamba mengambil kad yang dihulur. Rezeki takkan nak tolak kan.
"Kalau kamu dah selesai. Tunggu apa lagi, keluar la. Memang itu kan tujuan kamu datang ni." bicara Prof Zainal sebelum bergerak ke mejanya.
Dia melabuh duduk dan bersikap seperti tak terjadi apa-apa. Sofina terkontang kanting sendirian di penjuru pejabat. Dia nak keluar tapi tak berani nak lalu di depan Eden yang berdekatan pintu.
Sepertinya lelaki itu sengaja.
"Hmm..." Eden belek depan belakang kad kredit exclusive tersebut. Datar mukanya seperti tak terganggu langsung dengan perbuatan jijik bapanya tadi.
Ya, seperti yang dikatakan. Dia sudah terbiasa. Di dalam pejabat bapanya pun tercium bau air m*ni.
"Daddy halau saya. Tapi tak halau perempuan tu. Asal? Nak sambung buat projek?" bicara Eden tanpa sedikit pun rasa takut terhadap bapanya.
"Eden, kamu..." Prof Zainal sempat terpancing emosi mendapat ejekkan sinis dari sang anak.
Sofina menciut takut tatkala Eden menjelingnya.
"Sa-Saya keluar dulu. Prof, Eden." Sofina melangkah luas keluar dari ruangan pejabat tersebut.
Kepergian Sofina membuatkan suasana di antara anak dan bapak itu semakin mencekam. Meskipun Eden tampak tenang, tetapi tidak dengan isi fikirannya.
Prof Zainal melihat tepat kepada anaknya. Kemarahan yang membakar sesaat, sudah sejuk.
"Kita kat luar. Tolong bersikap formal. Jangan panggil daddy." dia sengaja menukar topik.
"Malu agaknya ada anak macam aku. Padahal aku lagi malu ada bapak macam kau." gerutu Eden dengar tak dengar.
"Apa kamu cakap?! Kamu mengata saya?"
"Tak la, perasan Prof ni."
Black card disimpan dalam kocek seluar belakangnya. Eden mengatur langkah beredar dari situ.
Sejurus pintu ditutup. Dia hampir terlanggar badan Kevin yang kebetulan lewat di situ. Kevin sambung berjalan sambil buat derk je.
"Oi!"
Kevin berpaling ke belakang tatkala dipanggil oleh Eden yang menghampirinya.
Sebaris senyum diberi. "Oh Eden rupanya. Lama tak nampak. Ada apa?"
Naik menyampah Eden dengan senyuman palsu pemuda berkaca mata itu.
Tangan menyeluk kocek seluar. Sebelum dihulur cincin emas putih.
"Kawan kau punya." usai berkata begini. Eden berlalu pergi tanpa hiraukan muka bingung Kevin.
Kevin menatap lama cincin kecil dalam genggamannya.
"Ini kan cincin tunang Reen..." lalu dikerling ke arah Eden yang sudah jauh.
"Macam mana boleh ada dengan dia?" monolognya musykil.
*
*
REEN menelusuri basement tempat letak kereta. Dia meluas pandangan tercari-cari keberadaan kereta milik tunangnya, Farrel.
Sesuai janji, mereka akan makan bersama hari ini.
"Putri! Sini!"
Sejenak pandangan Reen tercantap lekat pada sosok figuran yang sedang berdiri di sebelah kereta BMW 430i putih, yang terletak sepuluh meter dari situ.
Berlari anak dia menghampiri Farrel yang melambai padanya. Setelah tiba di hadapan jejaka itu, masing-masing dari mereka membisu sambil tilik penampilan sesama sendiri.
Reen menunduk tak tahan dengan suasana yang canggung. Situasi ini sudah sering dia hadapi. Setiap kali beradu mulut, mereka akan kembali berbaik tanpa kata maaf.
"Tak ada kelas kan lepas ni?" Farrel menggosok belakang leher, kekok.
Reen berfikir sejenak sebelum menjawap. "Tak ada."
Daun pintu kereta sebelah pemandu dibuka. Farrel mempersilakan gadis itu masuk.
"Masuk lah. Aku dah fikir nak makan kat mana. Kau ikut saja." ucapnya lembut tetapi hambar.
"O-Ok." baru sahaja Reen hendak masuk ke dalam perut kereta.
"Sorry lambat, guys!"
Kemunculan pengganggu- eh silap, kemunculan Sofina membuatnya tak jadi nak melabuh duduk. Belum lima minit berbaik, sudah ada kejutan buatnya. Baik sungguh hati Farrel membawa musuh ketat Reen kemari. Meskipun lelaki itu sudah tahu hubungan mereka bagaimana.
Farrel membalas sapaan ramah Sofina. Tak dipedulikan tatapan sinis Reen.
"Lama ke tunggu? Sorry la I jumpa kawan jap tadi." Sofina berkata lembut dengan riak serba salahnya.
"Tak lah, I dengan Putri pun baru saja sampai."
Menyampah Reen dibuatnya bila merasa dirinya seperti orang ketiga diantara pasangan rupawan itu.
Dia dah pelik Farrel mengajaknya makan dan menonton wayang, padahal sebelum ni selalunya cafe atau perpustakaan saja yang menjadi tempat mereka 'dating'.
Rupanya diajak kekasih gelap. Hampeh betul. Dasar tunang sampah.
Sofina beralih kepada Reen. Bibir menguntum senyum manis tatkala mata bertemu mata.
"Aku rasa serba salah sebenarnya kacau korang dating. Kau tak kisah kan, Reen?" senyuman cantik yang mampu memikat setiap lelaki ini, sungguh menjengkelkan dimata Reen.
Dasar munafik. Reen amat mengenali akan setiap maksud tersirat dari ayat Sofina. Dia tahu dia takkan mampu membantah semua keinginan gadis licik itu.
Reen menghela keluhan malas. Dia berbalik tubuh ingin membuka pintu kereta.
"Sejak bila kau kisah pasal pendapat aku." jawapnya ketus.
"Reen!"
Sekali lagi perbuatan Reen yang hendak memasuki kereta terbantut dengan kehadiran Kevin.
Farrel mendengus geram apabila Kevin yang berlari tergesa-gesa, tiba di tempat mereka. Sofina terlihat sedikit terkejut dengan kehadiran tak terduga itu.
"Kevin..." tak berkedip mata Sofina yang memandang lekat pemuda itu. Dia tampak terpana.
Reen yang perasan hal tersebut, mengabaikan saja.
"Nak apa?" dengan muka malasnya dia bertanya kepada Kevin.
Kevin tampak ragu-ragu mahu serahkan sesuatu yang digenggam erat.
"Aku nak pulangkan barang kau yang jatuh." dia tak melirik sedikit pun pada Sofina yang menatapnya sejak tadi. Malahan, tumpuannya hanya fokus pada Reen seorang.
Reen mengeluh halus. "Ikut aku."
Tangan Kevin ditarik untuk mengikuti langkahnya yang menjauh sedikit dari mereka.
Pegangan tangan dilepas. Tangan dihulur meminta sesuatu.
"Mana barang aku? Cepatlah aku nak pergi makan dengan dua ekor musang tu." pinta Reen pastilah suaranya tak didengari oleh musuh dan tunangnya itu. Sejujurnya dia dah tak sabar nak balik rumah.
Dia berniat makan sekadarnya saja, setelah itu dia akan minta diri pulang ke rumah. Tengok wayang? Nantilah dia bagi alasan sakit perut ke apa. Lagipun dua ekor musang tu lagi seronok kalau tak ada dia.
"Macam mana kau boleh hilangkan barang penting macam ni." ucap Kevin sambil meletakkan cincin ke atas tapak tangan gadis itu.
Cincin tersebut ditatap seketika oleh Reen tanpa sebarang perasaan. Cincin disumbat ke dalam kocek seluarnya.
"Hilang lagi bagus. Apa apapun, thanks. Kau jumpa kat mana?" soal Reen tak pedulikan Farrel dan Sofina yang sudah masuk ke dalam kereta.
"Bukan aku. Orang lain yang jumpa, dia pass la kat aku. Kan aku saja kawan paling rapat dengan kau." menyempat Kevin membangga diri.
"Siapa yang jumpa?"
"Itu tak penting! Sekarang ni aku nak tanya. Apahal pulak minah tu ikut sekali? Bukan ke kau kata Farrel ajak makan berdua saja ke?" muka Kevin terus berubah tak puas hati. Dipandang kereta Farrel macam nak tembus.
"Farrel tak cakap pun berdua." balas Reen acuh tak acuh.
"Dan dia tak bagitahu kau pun dia ajak Sofina sekali kan. Hah, shiball sekiya punya jantan. Dia memang tak layak dipanggil jantan. Kambing punya orang. Apa yang buat kau boleh tahan dengan orang macam tu, hah? Kau ni terlalu baik hati la, Reen!" tetiba membebel pulak mamat nerd ni.
Reen buat dono saja dengan bebelan sahabatnya itu. Kunci motosikalnya dihulur, membuatkan pemuda itu bingung.
"Tolong bawa balik muto aku. Aku malas nak singgah sini. Nak balik rumah terus." pinta Reen. Terus tukar topik sebelum diomel lebih panjang.
Kevin menjeling ke arah kereta Farrel yang telah keluar dari kotak parking. Bunyi hon juga sudah berbunyi.
"Aku bawa muto juga hari ni. Kalau aku bawa balik muto kau. Habis muto aku macam mana? Tapi tak apalah. Kau pergilah makan puas-puas. Pandai la aku cari cara." bertukar lembut nadanya dihujung ayat.
Kunci mutosikal yang dihulur diambil. Reen terlihat serba salah pula.
"Tak menyusahkan kau ke?"
Kevin tersenyum tipis. Namun diberi yang paling manis buat gadis didepannya itu.
Mana mungkin dia sanggup menolak permintaan dari gadis yang disukainya.
"Reen, alang-alang orang nak belanja. Kau order saja yang paling mahal. Dia tu banyak duit. Order yang sedap-sedap. Bila perut kenyang, tidur pun lena. Yang paling penting, makan saja. Jangan pedulikan diorang! Jangan lirik sikit pun!" pesan Kevin tulus dari lubuk hati. Dia tahu Reen tak seb*doh itu sampai tak mengerti maksud tersembunyi dari pesannya.
Sesiapa pun dapat lihat hubungan mesra antara Farrel dan Sofina.
Reen membiarkan kepalanya dielus kejap oleh Kevin. Dia sungguh berterima kasih dengan perhatian dari Kevin, sahabatnya yang paling berharga.
"Jangan pedulikan diorang, Reen. Aku serius. Aku tak nak kau sakit hati. Kalau ikutkan hati, aku tak nak lepaskan kau pergi. Tapi siapa la aku nak halang. Apa apapun hati-hati."
"Hmm. Kau pun, hati-hati bawa muto." usai meminta diri Reen bergegas meloloskan diri ke dalam kereta yang setia menunggunya.
Kevin yang ditinggal terkontang kanting seorang diri. Mamandang berat kepergian Reen.
Tak lama berdiam diri serupa patung di situ. Kevin tertawa kecil secara tiba-tiba. Seolah mengejek diri sendiri.
"Dramatik betul. Macam la dia nak pergi jauh." getusnya perlahan.
Baru lima langkah dia berjalan ingin menuju ke arah tempat mutosikal Reen berada. Langkah luas Kevin terhenti mendadak.
Eden yang sedang santai berbaring atas seat muto berenjin besarnya. Mungkin disebabkan pemuda ini parkir mutonya dicelah kereta, kerana itulah mereka tak nampak kehadirannya.
Agak-agak Eden dengar tak semua percakapannya tadi?
Jaket kulit hitam yang menutupi muka Eden diselak kasar. Namun begitu, Eden masih dengan lakonan tidurnya.
"Kau tak tidur kan. Kau dengar?" tanya Kevin.
"Kevin Emerson Si Super Rookie bekas atlet MMA yang selalu pegang gelar juara tak terkalah. Satu-satunya atlet kesayangan semua pelatih." Eden bersuara dengan mata tertutupnya.
*MMA : Mix Martial Arts
Kevin menanti ocehan apa lagi yang keluar dari mulut pelajar pembuat onar itu.
Eden bangun dari baringan bersama satu sengihan sinis.
"17 kali bertanding, 17 kali menang. Tapi kalah dengan perempuan. Perempuan yang biasa dan lemah. Ada apa dengan si petarung tak terkalah. Taring dah hilang ke?" Eden mengejek tanpa hiraukan air muka Kevin yang tetap tak berubah. Stay cool yah!
"Malu pula aku sebagai orang yang pernah dikalahkan kau. Harga diri aku tercalar, jangan kata yang perempuan biasa tu lagi kuat dari aku." sambungnya lagi. Puas hatinya dapat panaskan hati Kevin yang dimatanya, berlagak tenang.
Sangat menyebalkan.
Kevin mendekat setapak berhadapan dengan Eden yang tinggi sedikit darinya.
"Aku tak faham apa maksud kau. Dan aku tak tahu apa yang ada dalam otak kau. Pesan aku satu, jangan sesekali pergunakan dia untuk kalahkan aku." pesan yang lebih kepada amaran itu ditekan dengan serius.
Eden kekal dengan senyuman mengejeknya. Kedua tangan disumbat dalam kocek seluar. Tak gerun sedikit pun dengan amaran itu. Malahan dia semakin suka dapat lihat sosok Kevin yang satu ini. Sosok yang hanya ditunjukkan di dalam Ring.
"Entah la. Masa depan kita tak tahu. Entah-entah bila kau dah tak berguna, sampai masa dia sendiri datang cari aku. Kita tak tahu isi hati orang kan." Eden mengangkat kedua bahunya bersahaja. Sengaja nak provok Kevin.
Kevin mengepal penumpuk. Eden yang sengaja memprovokasinya itu memang minta penumpuk.
Eden pandang atas bawah. Tak percaya. "Tapi, hah! Serius la kau sukakan perempuan biasa macam tu. Buruk juga taste kau."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s : Eden & Kevin sama sama bekas atlet MMA atau bela diri campuran.
Share this novel