6 : Pengecut

Drama Series 250

        REEN buat derk je dengan ocehan entah apa-apa dari Sofina yang berada di hadapannya.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni? Aku ni dah macam orang gila pula bercakap dengan kau. Tak ada mulut ke nak jawap?" bebel Sofina dengan mimik rajuknya. Straw dalam gelas dikacau lalu disedut.

Reen yang pura-pura sibuk dengan telefon, akhirnya mengangkat muka malasnya.

Bersama helaan nafas panjang dia menjawap. "Kau boleh diam tak? Aku jijik dengan lakonan munafik kau tu. Buat macam biasa saja. Farrel pun tak ada."

Dan dia kembali membelek telefon. Mereka yang sedang tunggu Farrel kembali dari tandas. Menunggu penuh sabar di sebuah kedai di dalam mall. Terpaksalah Reen berduaan sebentar dengan musuhnya.

"Macam biasa ya..."

Sinis Sofina memerhati pemakaian gadis didepannya itu. Reen yang perasan dirinya diperhati, mengangkat muka sekali lagi.

"Kau nak apa lagi? Pandang aku atas bawah." tukas Reen kasar.

"Kau keluar date dengan tunang pakai baju t-shirt dengan seluar cargo je. Dengan rambut- haa! Serius la Reen? Patut la Farrel selalu mengadu yang kau tak pernah layan dia elok. Diri sendiri pun kau tak reti jaga. Inikan pula nak jaga tunang." bebelan Sofina yang acah macam hubungan mereka rapat ini sungguh menyebalkan.

Geram kerana ucapannya tak ditanggapi. Sofina sambung lagi dengan riak percaya dirinya.

"Oke la aku faham. Mesti kau tak ada duit kan nak beli baju. Kalau ada pun cukup-cukup makan je."

Air muka Reen tak berubah. Tetap tenang tetapi semakin tajam. "Hey perempuan j*lang."

"J*-J*lang kau kata?!" malahan Sofina yang melenting. Membulat biji matanya tak percaya Reen mampu melontarkan kata-kata kasar.

"Ya, j*lang. Besar kepala kau eh. Mentang-mentang aku diam selama ni. Kau rasa kau dah menang. Kau rasa kau boleh pijak aku sesuka hati. Ya, kau boleh pijak aku. Buli aku, hasut orang lain supaya bencikan aku. Ambiklah Farrel tu. Aku tak hamak sikit pun. Tapi ingat, jangan usik hal peribadi aku." ayat terakhirnya ditekan.

Tercengang Sofina sampai tak terkata.

"Lantak aku la nak pakai baju apa pun. Ada aku mengemis duit haram kau ke? Tak ada kan." sambungnya lagi.

Reen angkat punggung dari kerusi. Sling bag hitamnya disilang dibahu. Bersedia ingin beredar dari situ. Pergi mampus la si Farrel tu. Sembelit ke apa lama kemain.

Dia tahu dia tak boleh bereaksi berlebihan pada provokasi Sofina. Tapi... ah lantak lah!

Meskipun agak tak sedap hati bila melihat Sofina menunduk tak menjawap.

"Argh!"

Sontak Reen membalik tubuh tatkala jeritan separa nyaring dari Sofina bergema dalam kedai ini.

Kening cantiknya berkerut kehairanan melihat gadis itu yang menyimbah air ke atas kepalanya sendiri! What tf?!

Apa lagi yang perempuan licik tu plan nak kenakan aku?

Dalam sekejap mereka berdua menjadi pusat perhatian semua orang yang ada. Ada yang cuma lirik-lirik kemudian berbisik.

Situasi yang paling Reen benci. Situasi yang mudah dinilai orang lain iaitu dia penjahat, dan Sofina korban.

"Reen... aku kan cakap saja. Marah sekalipun jangan la malukan aku macam ni. Kita... kat tempat awam kan." gementar suara Sofina. Membiarkan air menitis dari rambutnya yang tergerai.

Reen menahan berang menyaksikan lakonan air mata gadis itu. Dasar perempuan licik!

"Kau yang malukan aku sekarang ni masalahnya." perlahan Reen menekan suara.

"Fina!" datang Farrel tergesa-gesa mendapatkan Sofina. Kedua bahu gadis itu dipegang lembut. Wajah sugul itu dibelek runsing.

"Apa yang dah jadi ni? Kenapa habis basah lencun? Fina! Y-You nangis?" tergamam Farrel kerana pertama kali melihat gadis 'lembut' lagikan 'baik hati' itu menangis.

Cepat Sofina memejam mata tak mahu air mata palsunya jatuh. Dia buang muka.

"Tak ada apa. I okey, sikit je ni. Lagipun salah I juga. You pergi la hantar tunang you balik." dada Farrel ditolak lembut.

Sekali tengok dah macam pasangan kekasih.

Sepantas kilat Farrel mencerlung tajam kepada Reen yang membatu di situ.

"Makin lama makin melampau kau, Putri. Apa yang Fina dah buat sampai kau simbah air kat dia? Kau tak boleh kawal ke sifat baran kau tu? Tak malu ramai orang tengok ni?" tuduhan melulu Farrel sedikit menyentak harga diri Reen.

Reen mengetap gigi. Dia tak endahkan tatapan yang tertuju padanya. Dadanya sakit.

Tak boleh ke percayakan aku sikit saja? Tak boleh ke, Farrel? Bisik hati kecil Reen.

Daripada marah, dia lebih merasa kecewa.

Renungan tajam Farrel masih melekat padanya menanti jawapan. Kalau aku cerita hal sebenar pun bukan kau percaya.

Reen yang dah muak, tertawa sinis. Rambut separa bahunya dikuak ke belakang.

"Ah s**l. Sumpah aku muak. Serius la? Kau percaya bulat-bulat lakonan buruk perempuan ni. Kau ni naif ke b*doh?"

"Apa?" terkebil-kebil Farrel dikata b*doh.

Situasi yang semakin panas ini membuatkan owner kedai pun tak berani ikut campur. Kebetulan meja mereka terletak di pelosok, jadi tak ada seorang pun yang nampak tindakan Sofina tadi. Tiada saksi mata  itu yang tenang saja Sofina dari tadi.

Pura-pura menghalangi Farrel ada la.

"Kau yang terkenal sebagai pelajar teladan. Bijak dalam semua subjek, pelajar kesayangan semua lecture, tapi jadi polos hanya disebabkan perempuan munafik ni." bidas Reen senada.

Ada apa dengannya hari ini. Bukankah biasanya dia hanya akan diam dan terima saja cemohan dari dua sampah itu? Kenapa saat ini dia tak boleh bersabar. Bukankah terlalu memalukan bertekak di tempat awam.

Farrel memerlukan beberapa minit untuk menghadam sindiran tersebut. Tersedar di dunia nyata, dia tertawa sinis. Perlahan tetapi sangat menjengkelkan ditelinga Reen.

Apa yang lucu?

"Tak payah tukar topik la. Dah malukan orang, sekarang nak kata aku pula yang b*doh." bidas Farrel sambil melangkah menghampiri Reen.

Reen undur setapak namun dia tak dapat mengelak apabila kedua bahunya dipegang kemas oleh pemuda berkaca mata itu.

Riak muka Farrel bertukar serius. Sorot mata penuh kebencian dari Reen dibalas tajam.

Dia tahu dirinya dibenci gadis itu.

"Aku tahu kau dah muak, bosan. Setiap kali jumpa asyik gaduh. Aku pun sama. Jadi kalau tak nak gaduh, tolong la jangan buat perangai macam budak-budak. Kita dah besar! Matang sikit!" bisiknya keras dikala jarak di antara wajah mereka cuma beberapa inci.

Bergelegak darah Reen bilamana cuma dia disalahkan. Mujurlah dia cukup berbakat dalam menahan sesuatu. Terutama amarah.

Tangan Farrel yang masih pegang bahunya ditepis kasar. Sofina yang memandang cemas padanya dijeling sekali.

"Padahal kau tak nampak pun aku simbah air. Gelas terang-terang kat tangan Sofina. Sebenarnya kau tak kisah pun siapa yang salah kan. Last last aku jugak yang jahat kat mata kau. Sofina yang mangsa." sindir Reen tanpa pedulikan riak Sofina yang dah berubah. Pandangannya tetap lekat pada wajah serius Farrel.

Kaca mata ditanggal lalu diletak atas meja. Farrel meraup wajah tampannya. Jelas tekanan dari wajah itu. Mana tidaknya dia baru dibebel ibunya. Dia keluar dengan Reen hari ini pun atas desakkan ibunya yang amat menyayangi Reen.

"Aku dah cakap elok-elok pun kau tak puas hati lagi. Kau nak apa sebenarnya, Put?" nada suaranya terdengar seolah memohon meskipun masih agak kasar. Kau penat? Bukan masalah aku.

Hah! Ini muka yang digilakan ramai perempuan? Yang minat Farrel aku galakkan pergi check mata. Tak dinafikan dia memang kacak. Tapi apa gunanya handsome kalau perangai annoying macam ni.

"Farrel, kau..."

Farrel kembali memandang Reen apabila perasan suara gadis itu sedikit lembut. Tiba-tiba dia berdebar dan sedikit penasaran hinaan apa lagi yang akan dilontarkan padanya.

"A-Apa?"

"Kau memang tak tahu apa-apa pasal aku, pasal Sofina. Tapi baguslah, teruskan jadi orang polos yang tak tahu apa-apa sampai akhir." pesan Reen lalu langsung beredar dari situ dengan langkah luas.

*

*

TASIK yang terbentang luas ditatap kosong. Air jernih dan tenang biarpun agak kehijauan. Namun begitu, tetap indah mata memandang dengan adanya bunga teratai yang menghiasi tasik kosong itu.

Apakah suatu saat hatinya yang sentiasa gundah ini akan ditenangkan dengan angin lembut. Apa mungkin jiwa kotornya layak dihuni bunga teratai itu. Walau cuma satu bunga?

Kevin bersandar santai pada motosikal berenjin besar miliknya. Melamun di tepi tasik begini juga merupakan salah satu nikmat buatnya.

Seperti biasa. Hanya luaran yang terlihat tenang, tapi tidak dengan isi fikiran. Perasaannya kembali berkecamuk tatkala percakapan dengan Eden tadi kembali berlegar-legar.

"Syukurlah kau anggap dia perempuan biasa. Kurang saingan aku." ucapnya bersahaja sembari memberi senyuman tipis.

Eden pandang tak percaya. Lantas tawa sinis terlepas dari bibir keringnya. Yang anehnya bibirnya tak hitam wahal dia seorang perokok tegar. Begitu juga dengan barisan gigi yang tetap putih itu.

"Nampaknya kau dah jadi lemah lepas keluar dari dunia atlet. Itupun disebabkan seorang perempuan? Dasar b*doh. Kau memang mengecewakan." ucap Eden sambil lompat turun dari moto.

Melihat Kevin diam tak terkata. Membuat Eden semakin ingin mencalarkan lagi harga diri yang sedia runtuh itu.

Dia mendekat lalu berbisik perlahan ditepi telinga Kevin.

"Pikir lojik la, kalau aku jadi perempuan pun aku tak nak lelaki pengecut macam kau. Diam macam orang b*doh bila perempuan yang kau suka kena seksa. Kau ni malukan kaum je."

"Apa apapun goodluck! Semoga cinta kau tak bertepuk sebelah tangan." usai menepuk bahu Kevin, Eden menghadiahkan senyuman paling annoying sedunia.

Kembali di masa sekarang. Kevin menghela keluhan berat.

Dia tak bantah apa yang dikatakan Eden kerana ucapan pemuda itu ada benarnya juga.

Pasti ada yang tertanya mengapa dia tak tolong Reen yang menderita dibuli di kolej. Padahal dia terkenal sebagai atlet yang berbakat. Wahal mengalahkan para pembuli itu merupakan hal yang amat mudah.

Ianya suatu alasan yang Reen paling tahu.

Kerana seseorang.

Orang yang berniat mahu hancurkan hubungannya dengan Reen. Jika selangkah dia menolong, maka mungkin dia takkan dapat bertemu dengan Reen selamanya.

Wajah mendungnya mendongak ke atas. Mata yang hampir berkaca dipejam rapat.

Benar,

"Aku memang pengecut. Pentingkan diri. Maafkan aku, Reen. Aku cuma nak ada dengan kau." bisiknya sendirian.

*

*

USAI pintu kamar ditutup. Reen melabuh duduk dikerusi belajar. Sling bagnya diletak dibawah meja.

Buku-buku yang memiliki ketebalan berbeza tersusun kemas di atas meja belajarnya. Bermacam nota kecil yang tertampal pada dinding.

Dan yang selalu dilihat adalah nota yang ditulis semasa awal dia masuk dunia universiti. Tulisan yang ditulis dengan penuh bersemangat.

Nota tersebut tertulis 'DILARANG B**OH!!' dan 'DILARANG BERCINTA DI KOLEJ!!'. Kira-kira begitulah.

"Polosnya aku dulu." desis Reen perlahan tanpa sedar. Bila ingat semula dirinya yang penuh semangat dulu, rasa lucu pula.

Tok! Tok!

Ketukan pintu mengembalikan Reen ke dunia nyata. Dia dah dapat agak siapa gerangan yang mengetuk.

"Masuklah!" sahut Reen tak mahu ayahnya menunggu lama.

Pintu biliknya dibuka separuh dari luar. Muncul Hilman menjenguk separuh badan.

"Ada apa ayah?"

Hilman diam sejenak memikirkan sesuatu. Muka ayahnya seperti biasa. Datar tak berperasaan.

"Dah makan?" soal Hilman bersama raut serius.

"Belum." Reen sembunyi senyum. Dia perasan, tiap kali dia keluar dengan Farrel. Ayahnya akan datang ke bilik dan memeriksa keadaannya. Meskipun sikapnya canggung dan dingin begitu. Tapi Reen tahu ayahnya ayah yang berhati hangat dan mengambil berat.

"Pergilah makan dulu baru rehat. Aku dah beli lauk." suruh ayahnya bernada biasa.

"Kejap lagi saya keluar."

Hilman baru nak tutup pintu, tindakannya terbantut kerana dipanggil Reen.

"Ayah!"

"Apa? Nak apa?" Hilman agak tersentak dipanggil begitu. Mana tidaknya, anaknya itu sudah lama tak memanggilnya dengan wajah yang seperti meminta sesuatu.

"Saya... dengan Farrel..." suaranya kian perlahan. Dia teragak-agak mahu mengutarakan isi hatinya.

Hilman menanti dengan penuh sabar.

Ayah, saya tak nak kahwin dengan Farrel. Saya benci dengan pertunangan yang tak ada harapan ni. Lagipun dari awal kami berdua memang tak ada perasaan satu sama lain. Saya tak nak masa depan saya terkorban dan penuh dengan kenangan buruk dengan dia. Kalau boleh saya nak hidup dengan ayah je.

Kalaulah semudah tu aku boleh luah segalanya pada ayah. Bisik Reen dalam hati.

Tapi apa gunanya. Yang ada malah ayah makin susah. Sama macam aku, ayah tak boleh tolak permintaan nenda yang nak aku kahwin dengan Farrel. Kami yang dah banyak berutang budi dengan nenda, tak layak mengeluh.

"Tak ada apa. Hubungan saya dengan Farrel okay saja. Ayah jangan risau. Ayah keluar la dulu, kejap lagi saya makan." akhirnya hanya inilah yang keluar dari mulutnya.

Hilman membisu buat beberapa saat sebelum menutup pintu.

"Baiklah, nanti keluar makan." pesannya yang sudah diluar.

"Mm! Ok." gumamam yang jadi balasan ala kadar.

Ya ya aku tahu. Selain b**oh aku juga pengecut.

Beberapa minit menenangkan fikiran. Reen baru sahaja mahu angkat punggung. Telefonnya bergetar menandakan ada panggilan masuk.

Telefon dicapai. Nombor tak dikenal?

Telefon yang masih bergetar dipandang lama. Entah mengapa, dia seperti dapat agak siapa si pemanggil.

Lama berfikir akhirnya diangkat jua. Telefon ditekup pada telinga.

"Siapa?" soal Reen tanpa basa basi.

Dapat dia dengar suara gelak beberapa orang. Suara yang terasa familiar.

"Kau tak rasa urusan kita kat mall tadi dah selesai kan. Aku bagi kau masa sepuluh minit. Datang sini." suara lembut Sofina menyapa halwa telinganya.

Reen mengeluh malas. Aku dah agak.

"Aku penat. Esok esok sajalah." jawapnya acuh tak acuh.

Sofina tertawa halus. Terdengar lembut dan gemersik. Naik bulu roma Reen.

"Kalau hamba tak nak ikut perintah tuannya, apa jadinya ya?"

Reen mengetap bibir menahan rasa. Kelopak mata dipejam sesaat.

"Aku dah bosan dengan ugutan kau." nadanya masih terdengar malas.

"Nak buat macam mana. Kawan lama aku ni datang bila aku ugut saja. Betul ni tak nak datang? Rahsia kau dalam genggaman aku saja, Reen." meleret suara lembut Sofina. Masih tak putus asa mengumpan.

Reen menjuling biji mata menyampah. Perempuan ni memang tak ada modal lain ke nak ugut aku. Asyik modal sama je.

"Rahsia apa saja yang kau tahu. Pasal mak aku? Semua orang dah tahu."

Mendengar suara Sofina yang masih tenang, mencuit perasaan cemas Reen. Apa lagi yang perempuan tu nak kenakan aku.

"Rupanya kau tak tahu lagi. Cuba pergi tanya ayah kau, kat mana kerja baru dia. Pergi la tanya. Cepat, aku tunggu..." Sofina terlihat seronok mempermainkan Reen.

Dengar saja hal ayahnya disebut oleh gadis sepicik Sofina. Membuat Reen tambah tak keruan.

Dahinya berkerut bingung. Masih tak menangkap niat sebenar Sofina. Difikir-fikir bukankah ayahnya ada cakap pasal kerja kosong.

"Aku tak kuasa nak main-main dengan kau. Apa maksud kau?" rautnya berubah tegang. Dia menahan suara yang bergetar.

"Kau takut? Ok ok aku bagitahu. Aip! Tak jadi! Macam mana kalau aku bagi hint." suara Sofina terdengar teruja. Gadis itu benar-benar menikmati penderitaan orang lain.

"Kau..." tertekan Reen melayan sikap gila itu. Dah lama Sofina tak keluar perangai gila macam ni. Ada apa dengan gadis itu? Takkan dia nak balas dendam pasal tadi.

"Kolej! Hahaha!"

Sejenak Reen terpempam hebat. Spontan dia bingkas berdiri.

Kenapa ayah tak bagitahu aku? Jangan-jangan perempuan ni saja nak umpan aku pakai nama ayah?

Reen tersedar. Cepat dia membantah hal tersebut. Tak tak, Sofina memang bermuka dua dan selalu berbohong tapi tidak dengannya. Perempuan tu tak pernah bohong hanya dengan aku!

"Macam mana eh bila orang dapat tahu pak cik Hilman ayah kau... ah, itu tak ada masalah. Yang jadi masalahnya, pak cik dapat tahu anak perempuan kesayangan dia. Selalu kena belai, kena puji, jadi kesayangan semua orang."

Sesiapa yang dengar pasti akan mentafsirkan hal yang sebaliknya.

Perasaan Reen bercampur aduk. Ini pertama kalinya dia rasa nak bunuh Sofina.

Setelah menenangkan diri, dia bersuara tenang.

"Kat mana?"

"Mmm, macam ni kan bagus. Dengar cakap. Kalau dari awal kau ikut cakap aku. Tak perlu la aku pakai cara mengugut bagai."

Sakit kepala Reen mendengar ocehan yang tak penting itu.

"Aku datang, b*ng*at. Kau kat mana sekarang?" Reen tak dapat tahan amarah. Ditambah jika melibatkan ayahnya.

Sofina bersenandung buat beberapa detik. Seolah sedang berfikir. Makin Reen marah makin dia suka.

"Kat tempat kita pertama kali jumpa. Mungkin?"

.
.
.
.
.
.
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience