1. Kevin

Drama Series 223

           KLAK!

Pintu usang itu ditutup diiringi muncul sosok tubuh Reen. Inilah tempatnya untuk berteduh dari panas matahari dan badai hujan, rumah flat murah yang terletak berdekatan dengan Universiti tempatnya belajar.

Masuk-masuk saja, dia dihidangi pemandangan rumah yang berselerak. Sampah merata, air tumpah atas karpet, kulit kuaci bertaburan atas meja ruang tamu yang sempit itu.

Dengusan Reen terhela tanpa sedar. Dia fikir balik rumah dapat la dia berehat. Rupanya keadaan memang tak beri sedikit pun ruang untuknya bernafas.

"Daripada kau duk berdiri macam tunggul tu. Baik kau kemas rumah ni." satu suara garau menegurnya dari belakang.

Reen agak terkejut tapi cepat-cepat dia turunkan topi cap. Tak mahu orang itu melihat lebam dimukanya.

Hilman bersila dilantai. Tangannya sibuk membaiki televisyen yang rosak.

Reen simpan bagnya ke dalam bilik yang berada bersebelahan dapur. Tiga kamar, satu dapur, satu ruang tamu dan satu bilik air. Cukuplah mereka sekeluarga.

Dia kembali ke ruang tamu untuk mengemas. Nak harapkan siapa lagi. Dia seorang saja anak perempuan dalam rumah ni.

"Yang kau pakai topi dalam rumah, dah kenapa? Nak sorokkan apa dari aku?" soal Hilman bernada ketus.

"Saja." jawap Reen ala kadar.

Topi diturunkan lagi hingga menutupi separuh wajahnya. Reen bergerak ke meja mengutip kulit kuaci kedalam plastik sampah.

Suasana sunyi di antara mereka. Namun itu tak membuat mereka canggung kerana ayahnya itu memang orang yang tak banyak cakap.

"Ayah tak kerja?" tanya Reen sekadar basa basi. Tangannya lincah mengemas apa yang patut.

"Kau sendiri?" malah dibalas soalan oleh Hilman.

"Saya mana pernah cuti." balas Reen tanpa nada.

Terdiam Hilman mendengar hal itu. Hubungan mereka tidak seperti hubungan ayah dan anak seperti orang lain. Bercakap pun sekadar yang penting saja.

Walau begitu, ayahnya tetap ambil berat terhadapnya. Begitu juga dengan Reen.

*

*

KICAUAN burung bergema di bangunan flat tersebut.

Reen berdiri statik menilik tubuh tinggi lampai didepan cermin panjang.

Penampilannya cukup biasa sampai buat dia muak menilik diri sendiri. Baju t-shirt didalam disertakan dengan hoddie hitam, menambahkan lagi kesuraman dirinya. Sebab dia memang tak sesuai dengan warna cerah.

Sweatpants berwarna grey. Dan cap putih menutupi separa mukanya.

"Malasnya..." ngeluhnya sendirian. Tak ada semangat dia nak belajar. Kalau pergi pun stakat nak menghadap para sampah tu.

Bag laptop digalas dibahu. Pintu kamarnya ditutup kemudian dikunci. Reen menyarung kasut sebelum menutup pintu rumah. Ayahnya mungkin sudah pergi kerja.

Langkah Reen diatur melusuri koridor yang tak berapa bersih itu. Terkadang semasa dia lalu didepan rumah orang, dia mendengar berbagai macam karenah manusia.

Ada ibu-ibu yang sedang memasak, ada ibu yang sedang memarahi anak yang menangis. Gelak hilai kanak-kanak yang hanya tahu bermain. Ada pula suara bising suami isteri yang bertengkar.

Bagi semua orang, kehidupan seperti itulah kehidupan normal. Tetapi bagi Reen, kehidupan normal itu merupakan impian terbesarnya. Dia mahu keluar dari tempat ini dan hidup berdua bersama ayahnya.

Dia mahu lari dari para pembuli itu. Jika ada yang kata dia pengecut. Katalah. Dia tak kisah, yang penting dia cuma mahu hidup normal seperti orang lain. Hidup tenang jauh dari manusia-manusia toxic.

"Reen!"

Reen berpaling kejap kebelakang. Dimana ada Kevin berlari anak menghampirinya.

"Buat apa pergi kolej awal-awal? Kan masih ada masa 30 minit sebelum kelas start. Ceh! Sudah la tak tunggu aku." ajuk Kevin pura-pura merajuk.

Reen hadiahkan jelingan maut. Tangan pemuda itu yang memaut bahunya ditepis kasar.

"Kita bukan budak kecik dah. Sampai nak pergi kolej pun kena sekali."

"Yelah..."

Ketika wajah mereka bertatapan sesaat, riak Kevin berubah tatkala melihat lebam dan luka kecil pada wajah gadis itu.

"Tunggu Reen!"

Langkah Reen terhenti mendadak apabila Kevin menghalangi langkahnya.

"Apa lagi?"

Kali ini Reen tak dapat sembunyikan mukanya kerana topi dicabut. Dia mendecit geram melihat ekspresi tercengang milik Kevin.

"Reen, kau... kenapa tak bagitahu aku? Ni mesti geng Sofina lagi kan." terpampang raut kerisauan Kevin.

"Bak sini!" cap putih miliknya dirampas kasar dari tangan Kevin. Lalu Reen membuka langkah besar membiarkan pemuda itu dibelakang.

Kakinya laju menuruni anak tangga sampailah di lantai dasar. Kevin tergesa-gesa menyamai langkah.

Berpusu-pusu kereta lalu lalang di jalan raya. Kedua sahabat itu berjalan kaki di pejalan kaki yang disedia khas. Memakan masa sepuluh minit untuk ke kolej jika berjalan kaki. Selalunya Reen pergi dengan motosikal. Tapi kemarin moto buat hal pulak, jadi dihantar la ke bengkel.

Kevin berjalan beriringan dengan gadis itu.

"Siapa kali ni? Linda lagi?" kali ini suara Kevin terdengar serius. Namun, entah kenapa dalam masa yang sama. Kedengaran pilu.

Wajah Reen kekal datar tanpa sebarang riak.

"Aku jatuh tangga. Tak payah over lah. Macam tak biasa." jawap Reen.

"Klise la alasan kau. Jangan nak tipu aku la, Reen. Kita dah berkawan dari kecik lagi. Warna spender kau pun aku dah hafal. Kau nak sorokkan apa dari aku?" tukas Kevin.

Pandangan Reen tetap tertumpu ke hadapan. Sesekali mereka berselisih bahu dengan pejalan kaki yang lain.

"Habis kau nak buat apa. Belasah Sofina dengan geng penjilat dia?"

Pertanyaan dari gadis itu berjaya membuatkan Kevin terdiam seribu bahasa.

"Reen, aku... maaf-"

"Dah la." potong Reen pantas. Langkahnya terhenti begitu juga dengan pemuda bertubuh tinggi itu.

Bahu Kevin ditepuk, berniat menenangkan sahabatnya yang sedang dilanda rasa bersalah.

"Tak payah buat muka monyok macam tu. Buruk macam saka nenek aku. Dan jangan kau berani kasiankan aku. Ini urusan aku dengan Sofina. Kau tak ada salah apa pun." pesan Reen ingin menegaskan hal tersebut.

Kevin menghela nafas berat. Meskipun gadis itu berusaha tampak kuat didepannya, tapi dia tahu. Reen sudah rapuh, hati itu telah kosong kerana terlalu sering disakiti.

Aku rindu kau yang dulu. Detik Kevin didalam hati.

Benar, Reen yang sekarang sangat berbeza dengan Reen yang dulu. Puteri Naureen terkenal sebagai pelajar yang paling disayangi guru-guru. Terutama semasa di sekolah menengah.

Setiap kali keluar keputusan, pasti nama Reen lah yang berada di peringkat teratas. Dengan keputusan yang terbaik dan reputasi tanpa sebarang masalah. Reen dapat tawaran belajar di Private University yang terkenal di negara ini.

Dia tak bimbangkan yuran kerana dia salah seorang penerima biasiswa. Ditambah lagi gajinya kerja part time.

Dan segalanya berubah ketika dia berselisih pendapat dengan Sofina. Sampai gadis itu memporak peranda hidupnya yang dulunya tenang dan bahagia.

Mereka sambung berjalan beriringan. Reen melirik sekilas pemuda disisinya itu.

"Kau memang suka pakai kemeja kotak-kotak ke. Cuba la tukar style. Dengan spek bulatnya." santai Reen memerli.

"Hah!" tergelak sinis Kevin mendengar itu.

"Aku tak nak dengar dari mulut kau. Padahal kau sendiri pun macam style stalker yang tak cukup bajet. Ada hati nak kata aku nerd." bidas Kevin sekali nafas.

Dan begitulah dua sahabat ini tiba di kolej sambil saling menyindir satu sama lain.

Mereka berpisah haluan disebabkan berbeza jurusan. Reen belajar dalam jurusan Business Management.

Reen berjalan seorang diri di laluan koridor. Disebabkan dia sampai awal, laluan itu pun belum ada yang lalu.

Semasa melintasi tepat di kelas yang sunyi. Halwa telinganya menangkap suara yang mencurigakan.

Langkah Reen terhenti. Dia ingin mengamati lebih dalam suara tersebut.

"Aahhh!! Aahh!" suara desahan semakin jelas.

Naik bulu roma Reen. Itu lebih seram daripada hilaian langsuir. Dia segera mengatur langkah beredar dari situ.

Hujung bibir Reen ternaik senyum sinis. Dia cukup kenal dengan suara itu sekalipun sedang berdesah.

Suara manusia yang paling dia benci.

"Sofina. Makin liar kau sekarang." getusnya sendirian sebelum menyambung langkah.

.
.
.
.
.
.
. .
. .
. Sorry klau jalan cerita agk lmbat. Style penulisan saya memang mcm ni wkwkwk. Tenang dulu awal-awal, konflik nantilah. Citer ni memng bukan straight to misi balas dendam, sbb saya nk perkenalkn para karakter dulu. Bls dendam tu nantilah, Eden pun tk nk muncul lagi. Oky lah saya nk gi pujuk Eden. Bye pembaca tersyg semua!
.
.
.
.
.

second male lead : Kevin Emerson
umur : 22 thn
tinggi : 188cm
hobi : kacau Reen, perli Reen, bertepek dgn Reen, ganggu Reen, pandang Reen, everything for Reen!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience