[WARNING⚠️CHAPTER INI MENGANDUNGI UNSUR PEMBULIAN & GANGGUAN SEKSUAL YANG MUNGKIN AKAN MEMICU TRAUMA SESETENGAH PEMBACA‼️ JIKA RASA TAK SELESA SEBAIKNYA BERHENTI]
REEN tahu tak ada gunanya jika dia menjerit minta tolong, kerana kawasan ini sememangnya lenggang dan jarang dilalui orang. Orang-orang berhati iblis di sini pula tak ada seorang pun yang berpihak padanya.
Kesemua lelaki yang mengelilinginya memberi laluan untuk si pemilik suara garau tadi. Auranya saja mampu membuat mereka gerun. Seberapa menggerunkan lelaki itu sampai ada yang tertunduk ciut.
Reen membalas dengan berani tatkala pandangan mereka bertemu satu. Setiba lelaki bertato itu di depannya, Reen merasa air liurnya tersekat dikerongkong. Sebu perut mendapat tatapan kosong dari wajah datar itu.
Dia berlagak tenang, tak mahu terlihat terlalu takut. Dia tahu siapa lelaki bertato didepannya saat ini.
Jay, salah seorang skandal Sofina. Dan dari gossip yang beredar katanya Jay yang paling disayangi. Lebih tepatnya scandal yang banyak kegunaan untuk Sofina.
"Kau Reen?" terpacul satu soalan dari bibir Jay yang agak kehitaman. Bau rokok dari mulutnya membuatkan Reen hampir tutup hidung. Nasib kedua tangannya masih dipegang.
Melihat Reen diam tak menjawap. Jay memberi arahan kepada anak buahnya.
"Buka hoddie dia." arahnya dengan wajah yang tak memiliki sebarang perasaan.
Pantas Reen angkat muka. Sekali lagi dia meronta apabila hoddie-nya ditanggalkan kemudian dilempar.
"Korang nak buat ni?! Lepaskan akulah! Tolong la apa ni?!"
Kini hanya tinggal t-shirt sendat dan ketat yang menampakkan bentuk badannya. Bajunya yang terlalu ikut body itu membuatkan para lelaki yang membisu tadi mula bersorak nakal.
Jay diam tak berkutik. Sorot matanya tak beralih ke lain, melekat saja pada wajah Reen. Dahinya berkerut melihat air mata mula tumpah meskipun Reen menunduk.
Malu tak terkata disaat tubuhnya menjadi santapan para lelaki sampah itu. Wahal selama ini dia sentiasa berusaha pakai baju longgar. Reen membiarkan rambut kusutnya menutupi separuh mukanya.
Linda mencelah apabila merasa suasana mula lain macam. Dia tak mahu sampai ada kes polis di sini. Dia tak tahu suruhan apa yang Jay terima dari Sofina. Yang dia tahu dia cuma tak mahu sampai ada kes r**ol.
"Sofina kata kau malukan dia masa kat mall. Kan bagus kalau kau diam je. Se-Sekarang pun kalau diam je! Sofina akan lepaskan kau! Ja-Jadi tak payah buang tenaga nak lawan. Terima saja!" sampuk Linda pura-pura berperan jahat semula.
Sesekali dia lirik Jay yang merenung Reen sedari tadi.
Mendadak Reen angkat muka. Wajahnya menyinga menahan berang yang membuku. Air mata yang membasahi pipinya tak dipedulikan.
"Aku dah kata kan aku akan tolong kau! Kau tolong la aku! Nih skandal kesayangan Sofina, si kep*r*t ni! Dah alang-alang ada depan mata, kau amik saja lah dia!" tempelak Reen melepas amarah yang ditahan sedari awal.
Linda dah tak senang duduk. Dia sudah tak mampu menutupi kegelisahan akan rahsianya yang diketahui Reen. Tambah cuak apabila tak sengaja bersabung mata dengan Sofina yang duduk lima kaki dari situ.
Sofina mengangkat sebelah keningnya tanda dia tertarik.
Linda berpaling ke arah para pembuli itu semula. "K-Korang buat jelah apa pun yang korang nak! Aku dah tak kisah. Perempuan ni makin lama makin mengarut! Dah la!"
Lantas dia berlari anak mendekati Sofina yang duduk menyilang kaki. Santai gadis itu seolah-olah sedang menyaksikan acara tv.
Kalut Linda menjelaskan sesuatu kepada Sofina, Reen dah tak dengar. Reen mengetap gigi. Tajam matanya mencerlung merenung Linda.
Apa yang aku harapkan dari hamba abdi Sofina tu. Tak boleh harap! Reen memaki hamun dalam hati.
"K-Kau nak buat apa ni?" Reen terkujat disaat Jay mendekatinya semula. Tanpa sedar dia menciut ketakutan setiap kali berdepan dengan Jay.
Lelaki bermuka datar itu paling berbahaya. Aku tak boleh baca apa yang ada dalam fikiran dia. Dia nak apa lagi?
Jay yang lebih tinggi darinya itu menunduk sedikit. Mulut Reen diikat dengan kain kecil.
Mungkin disebabkan bingung diikat secara tiba-tiba, kerana itulah Reen tak melawan.
Sementara itu, Sofina menyilang tangan didada. Tenang wajah cantiknya seperti tak merasa bersalah langsung.
Airis yang berdiri disampingnya seperti biasa. Sentiasa takut-takut dan serba salah.
"Jay nak buat apa tu sampai tutup mulut? Fina, awak kata nak bercakap baik-baik. Kenapa sampai buka baju? Bukan ke kita dah lari dari plan asal." Airis menggigit kukunya. Tak senang duduk melihat Reen yang ketakutan dipojok ramai lelaki.
Sofina memasang wajah muram. Dia sememangnya ahli berperilaku seolah-olah dia mangsa.
"Ya tapi awak sendiri dengar kan. Dia ugut saya. Sekarang awak berpihak pada orang yang ugut saya? Airis, awak faham tak. Saya... saya sedih setiap kali dia hina saya kata saya j*lang, perempuan murah. Awak tak kesiankan saya? Saya menderita selama ni disebabkan hinaan Reen tu." suara dibuat selirih mungkin.
Dan pastilah dia berjaya membuat orang simpati padanya. Termasuklah Airis yang naif itu.
"Ma-Maaf. Saya cuma kesian-"
Sofina pintas ucapannya. "Lagipun bukan saya yang suruh. Dalam kumpulan kita kan Linda ketuanya. Saya tak berhak nak mengarah orang sesuka hati. Kan Linda?"
Linda yang berdiri dibelakangnya hanya menunduk. "Ya, betul."
Kembali di situasi Reen,
Reen yang diikat mulut sudah tak mampu menjerit. Debaran didada usah ditanya. Dadanya terasa mahu pecah semasa tangan besar Jay mencengkam bajunya dibahagian dada.
"Maaf, aku pun tak nak buat macam ni. Kau faham kan, aku tak boleh tolak permintaan Sofina."
Disaat suara parau Jay menusuk pendengarannya. Reen tersedar. Matanya membulat.
Krakkk!
Dengan sekali tarik, t-shirt hitam yang menjadi satu-satunya pakaiannya dikoyak. Kini hanya tinggal bra yang memperlihatkan dadanya yang berukuran agak besar.
Berderau darah Reen malu yang teramat. Kedua tangannya masih dipegang dua lelaki. Pucat lesi mukanya melihat tubuhnya yang dipertonton banyak mata. Badan Reen kejung tak bergerak.
"Woah! Besarnya!"
"Gila, boleh tahan body dia."
"Aku dah cakap kan! Dia sengaja pakai baju yang besar-besar sebab nak tutup barang besar dia!"
Para pemuda yang mengelilingi Reen itu bersorak suka. Ada yang menelan air liur sambil menilik tubuh Reen atas bawah.
Reen tak mampu menahan air matanya lagi. Tangisannya sekali lagi pecah bersama raut yang mulai terlihat lemah.
"Tolong la lepaskan aku... aku merayu sangat..." rayu Reen dengan mulut tertutup. Lututnya terasa lembik. Jika tak dipegang pasti dia sudah rebah.
Lama Jay merenung wajah Reen. Lalu pandangannya jatuh ke bawah dan bawah lagi.
Pemuda yang pegang tangan Reen, seperti dapat agak maksud dari sorot mata tersebut.
Dia laung kepada Linda. "Oi! Yang bawah pun nak buka jugak ke?"
Linda tersentak dari lamunan. Pantas dia menjawap. "Tak payah la! Cukup yang atas je. Kang tak pasal jadi benda lain pulak. Korang kalau nak lepaskan nafsu binatang tu pergi cari b*hsia la!"
Pemuda itu mencebik tak puas hati. "Hak alah, acah baik pulak. Padahal kau lagi suka perempuan ni rosak kan!"
Esakkan Reen mulai terdengar. Penuh berharap matanya yang berkaca-kaca semasa bertemu mata dengan Jay.
"Tolong la jangan buat aku macam ni. Maruah aku s**l... korang tak ada rasa kesian langsung ke..." dia tetap tak putus asa merayu meskipun sudah tahu rayuannya akan dianggap remeh oleh para sampah masyarakat tersebut.
Jay membuang muka ke arah lain. Dia tak selesa. Tangisan dan rayuan gadis itu memicu sesuatu dalam dirinya. Entah perasaan apa itu, dia tak tahu.
Pemuda yang memegang Reen perasan hal itu, meleret senyum sinis.
"Dia tambah seksi kan bila nangis. Kau tak nak try? Aku janji aku tak bagitahu Sofina." bisiknya bersama sengihan nakal. Dah macam bapak ayam.
Jay abaikan hasutan syaitan jadian itu. Pipi Reen dicengkam memaksa gadis itu mendongak.
"Suci lagi rupanya. Tahanlah sekejap. Kau diam, aku akan lepaskan kau. Jangan risau tak ada siapa berani rosakkan kau tanpa izin aku." usai berbisik begitu, Jay berundur lalu mendapatkan Sofina.
Dia duduk dilantai, membiarkan Sofina mengelus kepalanya.
Semakin lama semakin ramai datang menggerumuni Reen. Mereka mendapat arahan baru dari Linda.
Reen sudah pasrah. Dia yang naif kerana sempat berharap pada Linda dan Jay. Biarpun sejak awal dia tahu hamba abdi dan anjing setia Sofina itu takkan khianati Sofina dan menolongnya.
Benar, dia yang naif. Dia b**oh. Mata kuyunya kosong menatap tanah. Tangannya gementar semasa seorang lelaki memotret dirinya yang separuh telanjang itu.
Klik!
Klik!
"Senyum la sikit. Monyok saja muka." ujar mereka disertai dengan gelak besar.
"Sampah... dasar sampah semua..." ngumam Reen terduduk lemah setelah tangannya dilepas. Kakinya sudah tak bertenaga.
Tidak, bahkan seluruh tubuhnya terasa lembik. Mungkin akibat dari menangis dan menjerit tak henti. Tenaganya dibuang sia-sia. Harapannya dipijak selamba oleh para sampah masyarakat itu. Hatinya pedih. Kecewa dengan diri sendiri yang tak mampu melawan.
Air matanya sudah kering. Reen membiarkan dagunya didongak dengan heels Sofina. Entah sejak bila perempuan itu kemari, dia tak perasan.
Lagi.
Seperti biasa. Aku yang dibawah, dia yang di atas.
Salah ke aku nak lawan orang yang tindas hidup aku? Salah ke aku nak pertahankan maruah yang dah tercalar ni?
Kenapa dunia kejam sangat pada orang-orang macam aku?
Kain dimulut Reen dilepaskan. Hoddie dicapai tetapi dipijak Sofina. Gadis itu sengaja memijak dan mengotori lagi.
Hoddie di ambil kemudian dipakaikan ditubuh terdedah Reen. Rambut Reen diusap lembut.
"Sekarang kita adil kan. Sama-sama j*lang." lembut Sofina bersuara.
Reen tunduk. Rambut serabainya menutupi separuh mukanya. Apa orang nak buat kat dia, buat lah. Dia dah tak kisah. Maruahnya sudah rosak.
Sofina membongkok tubuh lampainya.
"Kau tak layak panggil aku j*lang. Sedar diri sikit, kau pun lahir dari rahim perempuan j*lang. Semua orang tahu siapa mak kau. Barang paling laku kat lorong." bisiknya seperlahan mungkin.
Kemudian dia hulur tangan kiri. Pemuda yang mengambil foto aib Reen tadi meletak telefonnya atas tapak tangan itu.
Telefon milik pemuda itu dilayang-layang.
"Ini kelemahan kau. Bukti kau sama murah dengan aku. Mulai hari ni kau jangan berani cari pasal dengan aku, Reen. Itu pun kalau kau nak gambar ni tersebar satu dunia."
"Ingat, Reen. Selama kau tetap tunduk dibawah aku. Aku akan bermurah hati. Aku pun tak tergamak nak hancurkan hidup kau. Walau macam mana pun, kau tetap kawan pertama aku." Sofina menekan serius peringatan tersebut. Ingin tunjukkan bahwa dia tak main-main.
Sofina baru sahaja mahu beredar, suara lemah Reen menghentikan langkahnya.
"Apa... Apa yang aku dah buat... sampai kau bencikan aku? Padahal dulu kita kawan. Sejak bila... kau mula bencikan aku?" pertanyaan yang terdengar lirih dan sayu keluar dari bibir pucat Reen.
Ada kesedihan dan... kekecewaan dari suara itu.
Sofina tak berpaling. Riak wajahnya saat ini sukar ditafsir. Dingin dan memiliki amarah yang tersimpan lama.
"Kalau aku buat list pun, rasanya takkan cukup. Kau tak perlu tahu alasan kau hancur. Cukup terima saja level kau yang lebih rendah dari aku." usai membidas begitu, Sofina pergi dengan muka ketat.
Ini pertama kalinya mereka lihat sosok Sofina yang satu itu. Sampai tiada seorang pun berani tegur.
"Serendah mana lagi kau nak tengok aku jatuh. S**l kau..." gumam Reen dengan mata yang hampir terkatup.
Disebabkan menangis dan menjerit yang berlebihan. Membuatnya kehilangan tenaga. Kepalanya berdenyut-denyut pening. Dunia terasa gelap sebelum tubuh ringannya melayang.
Tak memakan masa yang lama untuk dia rebah menyembah bumi. Reen pitam tak sedarkan diri sampai membuatkan mereka yang ada di situ mula keresahan. Takut Reen mati.
"Biar aku yang hantar dia."
Semua mata tertumpu kepada Jay yang mendapatkan Reen.
Wajahnya tak beriak seperti biasa. Tatapan matanya juga kosong seolah-olah robot yang tak memiliki jiwa dan perasaan.
Melihat zip hoddie yang dipakai Reen saat ini sudah rosak. Mungkin tercabut semasa direntap tadi.
Jay tanpa ragu tanggalkan baju t-shirt-nya kemudian dipakaikan pada tubuh terdedah Reen. Reen yang tak sedarkan diri dicempung. Ringan macam angkat bulu.
Mereka yang menjadi penonton tak berani berkata apa. Hanya diam memerhati.
Semasa Jay melintasi Sofina yang tersenyum padanya.
"Kat mana rumah dia?" Jay bertanya.
Sofina meleret senyum manis. Dia tak cemburu, malah senang. Smartphone dikeluarkan lalu dia menekan sesuatu pada skrin.
"Saya dah hantar location."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Share this novel