2. Tunang

Drama Series 244

         KEPALA tersengguk-sengguk menahan kantuk yang teramat. Mata kuyunya hampir terkatup. Suara pensyarah yang sedang berbicara sudah tenggelam timbul.

"Naureen Putri Binti Hilman! Kamu tidur dalam class saya?!" tempikkan lantang dari Madam Juita bergema di dalam lecture hall.

Perlahan-lahan Reen menegakkan tubuh sambil berdengus kecil. Dia abaikan saja pandangan mengejek sesetengah pelajar yang tertumpu padanya.

"Dah la sebut nama terbalik. Tapi ingat pula dia, nama bapak aku." gumam Reen dalam mulut. Sekadar telinga sendiri dengar.

Tak ingat macam mana, nama dia lah selalu disebut. Baik pengajar mahupun pelajar-pelajar.

"Berdiri Naureen!" marah Madam Juita yang terkenal garang itu. Menyinga wanita 40an sambil mencekak pinggang. Dah serupa guru besar dalam kartun Upin Ipin.

"Ya, ya." Reen menurut meskipun telinga panas mendengar bisikkan sinis di sekeliling.

"Berani awak tidur dalam kelas saya. Awak semua kan tahu saya paling pantang kalau ada yang tidur! Menguap pun tak boleh! Naureen! Apa yang awak mengantukkan sangat? Awak kerja malam ke?"

Telinga pasrah saja menadah segala bebelan. Kalau dia cerita pun, bukan ada yang kisah.

"Saya tanya awak kerja malam ke?!" naik senoktaf suara Madam Juita.

Terhinjut bahu Reen tersentak. Dia yang tadinya tertunduk, mula berani mengangkat muka.

"Ya, saya... kerja part time. Malam sampai pagi." dia bersuara antara dengar dan tidak dengar.

Haa s**l! Reen mula diserbu rasa malu dan menyesal. Buat apa aku bagitahu?!

Tidur pun kadang 3-4 jam saja. Pagi ada kelas lagi. Mana tak mengantuk.

Terdiam satu kelas kerana Madam Juita memandang tajam tepat ke arah Reen. Wanita itu seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Awak fikir awak seorang saja kerja? Awak seorang saja penat? Jadi kalau awak kerja sampai pagi pun, itu tak bermakna awak diperbolehkan tidur dalam kelas! Saya dengar awak masa sekolah, selalu dapat peringkat pertama. Jadi sekarang awak nak besar kepala la?! Ini universiti, dunia dewasa bukan dunia budak remaja!"

Terkedu Reen yang mendapat hentaman tersebut. Tambah pula, pelajar lain yang mula tertawa sinis biarpun perlahan.

Tak sekarang ni, asal dia over sangat? Padahal aku tersengguk sekejap saja. Bukannya lena terus.

"Kalau awak penat kerja, habis saya tak penat la?! Saya kerja mengadap perangai awak semua lagi. Balik rumah dengan anak, dengan suami! Awak yang bujang ni nak kata penat?! Saya tak paham la budak-budak zaman sekarang. Manja!" bebel Madam Juita bersama mata bulat dibalik kaca matanya.

Dia adu nasib pulak. Bisik Reen dalam hati.

Dia hanya diam menunduk. Membiarkan saja pensyarah yang bersuara cengkerik itu sejuk sendiri. Cakap apa pun tak percaya, baik dia diam.

"Duduk Naureen! Lain kali kalau awak berani tidur lagi dalam kelas, saya halau awak terus. Tak payah masuk kelas saya. Faham?!" Madam Juita memberi peringatan tegas sambil bergerak ke mejanya.

"Faham." jawap Reen sepatah kemudian melabuh duduk. Meja lipat itu ditarik kembali.

Ptak!

Pen ditekan lalu nota kecil diletak atas meja. Baru sahaja Reen mahu menyalin nota. Seorang pelajar perempuan di depannya menegur.

"Kau kerja malam, Reen? Kau kerja apa?"

Dan baru sahaja Reen ingin membuka mulut, kawan di samping pelajar itu menyampuk.

"Kerja apa sangat yang boleh. Entah-entah GRO!" sesudah menghina begitu, sekumpulan pelajar lelaki yang mendengar ketawa beramai-ramai.

Reen mengetap gigi menahan rasa. Dipermalukan, dihina seolah dia badut yang layak diketawakan. Begini lah dia menghadap para sampah itu setiap hari.

"Diam! Apa yang bising sangat tu?!" marah Madam Juita bergema sekali lagi.

"Alaa, chill la madam. Asyik marah saja. Kang dah berkedut muka." seloroh seorang pelajar lelaki yang terkenal suka bergurau.

Madam Juita memincit pelipis kepala. Sakit kepala lagaknya melayan karenah masing-masing.

"Senyap semua. Jangan ada yang keluar. Saya nak pergi ambil charger laptop jap. Tunggu, jangan ke mana-mana!" tegas Madam Juita di akhir ayat.

"Baik..." sahut para pelajar beramai-ramai.

Hilang saja kelibat wanita itu selepas pintu ditutup. Kelas pastilah kembali bising. Para perempuan yang sibuk bergossip. Para lelaki yang rancak bergelak tawa sambil membicarakan game.

Tetapi ada juga yang ralit menelaah nota yang disalin. Terutamanya Reen.

Tiada kawan yang hendak di ajak bicara. Satu-satunya kawan dia, Kevin. Yang lain sampah!

Pandangan Reen tertuju kepada sepasang pasangan yang leka berbicara berduaan.

Reen mengepal tangan yang berada atas paha. Sesaat, pandangan kosongnya bersabung dengan lirikkan menggoda Sofina.

Sofina menarik senyum manis padanya. Sambil tangan merayap pada bahu lebar milik Farrel disebelah.

Dia suka melihat sosok rapuh Reen yang berada diambang kehancuran.

*

*

TERLIHAT seorang gadis sedang makan roti di bawah pohon besar. Pohon yang berusia puluhan tahun ini menjadi tempat Reen untuk bertenang. Sekaligus tempat dia makan tengahari.

Petang ni tak ada class jadi boleh la dia berehat, sebelum pergi kerja. Tapi dia tak mahu pulang ke rumah.

Buku setebal tiga inci diletak atas riba. Sambil mengunyah roti berperisa jagung itu, Reen menelaah pembelajaran minggu lepas.

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup menarikan rambut pendeknya. Rambut yang agak keperangan diselit belakang telinga.

Sungguh, ketenangan berseorangan ini menggamit pilu dalam benaknya. Kalau boleh masa boleh dihentikan, dia mahu hentikan masa saat ini juga.

Segala memori lama berlegar-legar dalam ingatan. Seperti sengaja mahu menghiris luka pada hatinya yang kian kosong.

"Reen! Ooo Reen! Keluar la, aku nak gi main rumah Sofina ni!" laung Kevin di depan muka pintu.

Seorang kanak-kanak perempuan muncul sambil memeluk tubuh.

"Tak nak la! Dah la kemarin main tak ajak aku. Huh!" muncung itik mulut Reen. Siap buang muka lagi. Merajuk la lagaknya.

Kevin menggaru kepala sambil menayang sengih serba salah. "Alaa, merajuk pulak pompuan ni. Ini yang payah ni."

"Huh! Pegi la main umah Fina... asyik main umah dia je. Syikit-syikit Fina!"

"Habis aku nak buat macam mana? Dah dia yang tak nak datang sini. Alaa, jom la Reen. Takde kau tak best." Kevin masih tak mengalah memujuk.

Dia nak heret Reen pun tak boleh disebabkan pintu gril tak dibuka.

"Tak nak! Ajak Fina main umah aku dulu. Baru aku tak merajuk." Reen tetap dengan ajuknya. Masam mencuka muka mulusnya itu.

"Tapi ayah kau garang... aku pun takut." bisik Kevin takut-takut. Dia mengintai dibelakang Reen takutnya sosok yang diumpat muncul.

"Garang apa, ayah kan ensem!"

"Takde kena mengena... " Kevin menyerabutkan rambutnya tertekan.

Tiba-tiba satu idea terlintas dalam kotak fikiran Kevin.

"Hah! Kalau aku belikan kau lolipop. Kau nak ikut?"

Dengar saja nama lolipop, terus bersinar mata bulat Reen. Bertukar ceria.

"Nak nak! Janji eh! Tunggu jap nak gi minta dengan ayah." Reen langsung berlari anak ke bilik ayahnya.

"Hah! Termenung! Ingat siapa?" sergahan Kevin menghancur leburkan lamunannya. Reen kembali ke realiti ketika wajah nerd sahabatnya terpacul depan muka.

Reen lemparkan jelingan geram. Jantungnya hampir tercabut. Dada digosok.

"Terkejut la b**oh. Kau tak reti nak datang elok-elok ke?"

Kevin tersengih kambing lantas menggosok belakang kepala yang tak gatal.

"Pardon me, madam." ucapnya sopan sambil menunduk tanda hormat.

"Nak mati?"

Kevin tergelak suka apabila Reen tunjuk jari tengah. Dia mengambil tempat di sisi gadis itu. Tak ada kerengga ke bersandar kat pokok?

Mereka yang berteduh dibawah pohon itu disapa dengan angin lembut.

Sepertinya ramai yang sudah pulang, kerana itulah tiada suara manusia yang terdengar.

"Hmm," Kevin menongkat dagu. Tatapannya redup memerhati Reen yang leka membaca buku.

Reen terpinga-pinga tatkala tangan pemuda itu hinggap atas kepalanya.

"Daun." Kevin melakar senyum seraya menunjuk satu daun yang diambil dari rambut Reen.

Kebingungannya mereda kerana fikirnya pemuda itu mahu menyentuhnya sembarangan lagi. Reen sambung membaca buku tanpa pedulikan sengihan pemuda itu.

"Kau memang tak suka disentuh kan. Jangan risau, aku takkan buat benda yang kau tak suka." kata Kevin bernada lembut.

Reen mencebik mulut. "Yela sangat."

"Eh tak caye pulak dia. Aku la Kevin Si Terpercaya!" masuk bakul angkat sendiri.

Reen iyakan saja, malas nak bertekak mulut sebab dia tahu dia takkan menang lawan Kevin.

Tapi apa kata Kevin tadi. Dia tak suka disentuh? Hm, entah la. Rasanya lebih kepada dia terkejut jika ada yang mendekat secara tiba-tiba.

Suasana kembali tenang apabila masing-masing membisu. Melihat roti Reen telah habis dimakan.

Kevin menadah tangan kiri. "Meh sini plastik."

"Kau nak buang?" plastik roti bertukar tangan.

"Buang la, takkan nak makan pula. Cerdik punya soalan." menyempat si Kevin ni.

Kevin perasan air muka Reen menjadi tak selesa selepas melihat sesuatu di depan. Dia turut melihat ke arah yang sama.

"Si tak guna tu rupanya." getus Kevin perlahan. Tajam menikam pandangan terhadap Farrel yang baru tiba.

Farrel pandang silih berganti dua orang di hadapannya. Lantas, matanya melekat tepat pada Reen.

"Buat apa kat sini? Jom aku hantar. Ayah cakap moto kau rosak." bicara Farrel tanpa secalit senyum. Ketus dan dingin suaranya.

Reen sembunyi keluhan halus. Buku disumbat ke dalam bag sandang. Lalu berdiri sambil mengibas seluarnya yang kotor.

Farrel pegang tangan Reen yang berlapik baju itu. Tetapi anehnya tubuh gadis itu tak bergerak dari tempat.

"Kevin, lepas." suruh Reen agak tegas.

Pak!

Hujung baju Reen yang dipegang Kevin ditepis kasar oleh Farrel. Kevin ikut berdiri menghadapi pasangan itu

"Perlu ke kau tarik kasar macam tu?" Kevin bertanya. Tatapan datar Farrel dibalas berani.

"Aku tunang dia. Suka hati aku la. Orang luar jangan masuk campur." tukas Farrel berbaur sindiran.

Kevin melepas tawa kecil. "Tunang baru, bro. Bukan suami. Kalau Pakcik Hilman tahu kau buat anak dia macam ni. Mati kau."

Baru sahaja Farrel mahu membalas, tetapi dicelah oleh Reen yang berada ditengah.

"Dah dah! Bergaduh macam budak umur setahun. Kevin, jumpa kat tempat kerja."

Farrel melempar senyum sinis kepada Kevin yang terdiam ditempat.

"Tunang lebih berhak daripada kawan biasa." ucapnya sebelum mengikuti langkah Reen yang sudah pergi.

Kevin mengepal penumbuk. Penat melayan emosi yang sempat bergelojak. Dia turut beredar dari situ.

*

*

Sssrrkk...

Dahan pohon yang berusia puluhan tahun itu bergerak-gerak. Dahan yang besar dan sangat kokoh sampai mampu menampung berat manusia.

Eden duduk santai atas pohon tanpa berpegang atau bimbang jatuh. Kehadirannya langsung tidak disadari oleh orang dibawah. Hinggalah semuanya pergi.

Tadi dia malas masuk class, jadi dia tidur la atas ni. Bangun-bangun saja, dengar suara dua orang berbual dibawah.

Dia pun buat keras sajalah. Bernafas pun hati-hati, disebabkan tak nak kantoi. Kang digelarnya dia monyet. Tak memasal.

Tangan menyeluk poket seluar, lalu keluar sekotak rokok. Seputung rokok dibakar lantas dihisap dalam.

Lalu dihembus.

Dan dihisap semula.

"Best juga drama free." gerutunya seorang diri.

.
.
.
.
.
.

hero/male lead : Ayden Fatah/Eden
umur : 22 thn
tinggi : 190cm
hobi : merokok, tidur & lepak atas pokok, main game, ponteng kelas, senang cerita Manusia Tersantai Didunia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience