SUASANA hening di antara mereka. Farrel yang sedang fokus memandu, menjeling sesaat gadis disebelahnya.
"Penat sangat ke sampai tidur dalam kelas?" akhirnya Farrel yang buka bicara dulu.
Reen tetap berpaling ke luar tingkap.
"Asal nak tahu? Kau pun nak membebel juga?" ketus dia bertanya.
Farrel menahan rasa dengan sisa kesabaran yang ada. Tajam dia melirik Reen yang masih berpaling muka.
"Time aku bercakap elok-elok ni, kau pula yang kurang ajar. Tak boleh ke dalam sehari kau tak sakitkan hati aku?"
Bibit-bibit pertengkaran mula timbul dalam percakapan mereka. Membuatkan Reen mengeluh halus.
"Ok sorry. Dah la aku malas nak gaduh." Reen mengalah untuk kali ke-999. Dia tak mahu bazirkan air liur untuk lelaki seperti Farrel.
Farrel menghela keluhan kecil. Perhatiannya kembali ke pemanduan. Stereng dipusing apabila kereta pacuan empat roda tersebut memasuki selekoh.
"Kau kan tunang aku. Jadi tak salah kan aku risaukan tunang sendiri." bicara Farrel memecah sepi di dalam kereta. Penuh berhati-hati nadanya.
Membuatkan Reen mahu tergelak terbahak-bahak tika ini. Namun, Reen kekalkan riak datarnya.
"Kau demam ke? Merinding aku. Tak payah sebut la perkataan 'tunang' tu. Aku malu nak mengaku ada tunang yang bercinta dengan perempuan lain." bidasnya datar tetapi terdengar sinis ditelinga Farrel.
Stereng hitam itu digenggam erat oleh Farrel. Kereta BMW 430i putih itu diberhentikan di pinggir jalan.
Reen diserbu rasa menyesal kerana telah membangkitkan marah Farrel. Wahal dia sendiri yang malas nak bergaduh. Pemuda itu memusing badan menghadapnya.
"Kau mengarut apa, Putri? Bila masa pulak aku ada girlfriend lain. Semua orang tahu yang kita berdua ni tunang." tukas Farrel tak puas hati dituduh begitu.
Mengarut kau kata? Tunang apa yang buat pekak bila tunang dia kena hina tiap hari.
Reen pandang tak percaya. Ya, itulah Farrel yang dia kenal. Lelaki yang tak pernah mengaku salah, ego setinggi gunung, harga diri paling penting dibanding hal lain.
Entah hantu pemberani mana yang rasuk. Reen merasa dia perlu luahkan sedikit isi hatinya yang dipendam selama ini.
"Kau tak rasa malu ke? Kau mengaku yang aku tunang kau, tapi kau bertepek dengan Sofina. Hampir tiap hari, Farrel! Harga diri kau yang setinggi gunung tu tak jatuh ke?" ujar Reen santai tanpa secalit senyum.
Tampaknya sisa kesabaran Farrel telah habis terhakis. Hingga dia tak mampu berlagak tenang lagi. Ekspresi ikut serta dengan perasaan marah.
"Kau pun tahu aku satu group dengan Sofina. Aku selesa dengan dia, jadi apa masalahnya? Takkan la kau nak suruh aku tiba-tiba keluar group semata sebab tunang aku cemburu aku rapat dengan perempuan lain. Dari dulu kau memang pentingkan diri kan, Put. Atau kau betul-betul cemburu?" di akhir ayatnya terselit keseriusan.
Lidah Reen terkelu untuk berkata-kata. Dia terkejut melihat keyakinan diri yang dimiliki pemuda itu. Dia cemburu? Cemburu pada sampah yang sentiasa dikelilingi lalat?
"Eh tunggu, kau pun sama saja kan! Si atteis tu bertepek dengan kau setiap kali ada kesempatan. Apa bezanya kau dengan aku?" sambung pemuda itu lagi.
Kening Reen berkerut hairan. "Atteis? Maksud kau Kevin? Aku dengan dia dah berkawan dari kecil. Aku anggap dia macam adik beradik aku sendiri! Tak lebih! Kami tak pernah libatkan perasaan. Jangan kau berani samakan Kevin dengan kau!"
Dapat dirasa suasana di antara mereka semakin panas dan sesak.
Terlepas tawa sinis dari bibir Farrel apabila menyaksikan sendiri betapa gadis itu mementingkan Kevin.
"You're pushing it. Kau memang berbakat buat aku naik darah." gumamnya perlahan sambil meraup wajah.
"Terima kasih, kau orang pertama yang nampak bakat aku. Aku khususkan untuk kau. Jadi sekarang cepat buka pintu ni! Biar aku balik sendiri!" ucap Reen sekali nafas sambil berusaha membuka pintu kereta yang dikunci.
Selamba Farrel menekan butang lock.
"Aku tak habis lagi." dia mendekati Reen. Kedua tangannya melekat dikerusi hingga jarak wajah mereka cuma beberapa inci sahaja.
Dapat dirasa dengusan kasar dari nafas masing-masing. Tatapan mata yang saling melempar kebencian.
Reen mengeras tubuhnya apabila di'kunci' rapat. Atmosfera saat ini panas dan menyesakkan dada.
"Teruk sangat ke Sofina di mata kau? Kadang aku tak faham dengan kau. Macam mana kau boleh bencikan orang sebaik Sofina. Mulia sangat si atteis tu?" tanya Farrel sambil memerhati air muka Reen yang berubah drastik itu.
Sangat lucu. Dia tahu kelemahan Reen. Reen paling pantang bila ada yang mengusik orang yang disayanginya. Misalnya sahabat.
"Dia ada nama, Farrel! Kevin Emerson! Bukan si atteis!" tegas Reen berkata.
"Kalau korang saling jatuh cinta pun, korang tak boleh kahwin! Kau ingat family kita akan benarkan kau putus tunang hanya disebabkan seorang lelaki yang tak beragama!" suara Farrel naik menjerkah didepan muka gadis itu.
Reen sempat menciut kerana terperanjat dijerkah secara tiba-tiba. Namun begitu, dia beranikan diri semula.
Dada bidang Farrel ditolak kasar hingga tubuh pemuda itu terhenyak ke kerusi pemandu. Belum sempat Farrel ingin bereaksi, butang lock pantas ditekan oleh Reen.
Bag sandang disangkut dibahu sejurus membuka daun pintu kereta. Terpinga-pinga Farrel yang masih hairan. Masih tak percaya yang Reen sanggup tolak dia.
"Sampai macam tu sekali kau nak tutup hubungan gelap kau dengan jalang tu. Kau kaitkan semua orang yang ada di sekeliling aku."
Berkerut seribu muka tampan Farrel. "Ja-jalang kau kata..."
Sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Reen ingin mengakhiri pertengkaran mereka dengan satu topik yang menjadi rahasia Sofina.
"Dah beratus kali aku bagitahu, tapi kau yang buat tuli. Sofina yang kau pujakan sangat tu, cuma seorang jalang yang suka jual badan. Dia selalu dapat result tinggi pun kau tahu dia buat apa?"
Reen sambung lagi apabila melihat Farrel membatu. Pasti sulit bagi lelaki itu untuk menghadam fakta kelam tentang Sofina.
"Dia rayu profesor pakai tubuh. Mudah kan jadi perempuan. Aku cuma nak kau tahu, yang Kevin seribu kali lebih baik dari Sofina." ujar Reen selajur menutup pintu kereta.
Reen yang berdiri tegak bagai patung cendana dibawah terik matahari itu. Hanya mampu memandang kereta putih milik Farrel melaju ke highway.
Meninggalkan dia seorang diri. Terkontang kanting. Tak mengapa kerana dia sudah terbiasa. Lagipun ini lebih baik daripada mereka bergaduh sampai malam.
Raut Reen tak menunjukkan apa-apa perasaan. Marah? Tidak. Kecewa? Untuk apa.
Dia cuma merasa lega kerana sudah sedikit meluah. Hatinya ringan sebentar seolah bebannya diletak atas bahu Farrel.
"Itu belas ihsan aku, anggap saja aku kasihankan kau. Aku harap kau faham maksud aku. Jangan sampai menyesal di kemudian hari, Rel." bisik Reen sendirian.
Sejujurnya Reen bukanlah sejenis orang yang suka menyebar keburukan orang. Dia tak suka ikut campur urusan hidup orang lain. Terkecuali Sofina.
Dia akan gunakan kelemahan Sofina pada masa yang tepat. Sekarang belum saatnya.
Reen masih berdiri statik seperti tiang lampu dipinggir jalan itu. Kepala didongak melihat langit yang cerah.
Syukurlah dia bekerja shift malam. Sekurangnya petang dia boleh berehat sebentar.
*
*
PESTA mewah yang di adakan di atap hotel itu, ramai dengan anak-anak muda dari golongan kelas atasan.
Dentuman muzik yang diatur seorang DJ menyemarakkan lagi semangat mereka dalam berfoya-foya. Cahaya nion berwarna warni menyimpah tubuh mereka.
Pesta itu diadakan oleh anak tunggal Dato' Esmail. Iaitu Raja Taufiq sempena hari jadinya. Lelaki muda yang dari tadi bermain air di dalam swimming pool sembari dikelilingi para wanita seksi.
"Fiq..." gadis berbikini ini menyeru manja.
"Hmm?" tindakan Taufiq yang sedang mencium leher gadis itu terhenti.
"Kawan you ke tu? Dari tadi I perasan, dia termenung saja. Mesti dia datang sebab you paksa kan." teka gadis ini. Lirikkan matanya melekat pada seorang jejaka yang sedang duduk di satu sudut. Jauh dari orang lain.
Entah apa yang difikirkan lelaki kacak itu. Wajah yang berkerut garang seperti dilanda gelojak emosi. Tubuh berotot yang hanya kenakan seluar pendek.
Aura yang misteri dan menarik. Gadis berbikini ini menggigit bibir seksinya. Dia ingin mendekati jejaka misteri itu tetapi didepannya, ada Taufiq yang sedang cemburu.
"Handsome kan dia. I tahu apa yang otak nakal you tengah fikir." kata Taufiq berbau cemburu.
Melihat muka cemberut pewaris tunggal keluarga kaya itu. Membuatkan gadis ini tertawa lucu.
Dada berkembarnya bergesel dibahu pemuda itu.
"Rupa dia memang menarik, tapi poket you lebih menarik..." bisik gadis ini bersama lenggok menggodanya.
"Wah, kejam..." Taufiq tersengih nakal apabila digoda begitu. Tak tahan dengan tubuh menawan yang bergesel padanya. Perkara tersebut membangkitkan nafsu.
Pasangan itu bercumbu di penjuru kolam renang tanpa hiraukan orang lain. Argh! Macam la yang lain alim sangat. Yang datang ke tempat begini, tak lain tak bukan semata untuk bersuka ria tanpa pedulikan dosa.
Dalam masa yang masa,
Di suatu sudut, terlihat Farrel sedang meneguk air coke. Halkumnya bergerak mengikuti aliran air yang diteguk rakus.
Air tin yang tinggal separuh diletak kasar atas meja.
"Haaa..." dia bersandar melepas lelah. Lengannya direntang berehat atas kerusi sebelah. Entah apa yang buat dia lelah pun dia tak tahu.
Kes petang tadi agaknya.
Bertikam lidah dengan Reen memang menghakis banyak tenaga. Gadis itu selalu mencabar harga dirinya. Entah apa yang boleh menjinakkan seorang Putri Naureen.
Farrel memerhati bersahaja kepada Taufiq yang menuju ke arahnya.
"Bro, jauh termenung!" sapa Taufiq yang terkenal ramah itu. Selepas bersalaman ala lelaki. Dia mengambil tempat dikerusi berhadapan Farrel.
"Apa citer kau? Stress saja muka. Bergaduh dengan cik tunang lagi ke?" Taufiq bertanya dengan nada mengusiknya.
Sengihannya dibalas dengan jelingan.
Disebabkan gurauannya tak disambut, Taufiq buat-buat serius. "Ok ok, sorry. Serius aku tanya. Kau kenapa? Reen buat hal ke? Dia curang?"
"Tapi macam pelik pula bunyinya. Reen bukan perempuan macam tu. Kalau kau tak pelik la." menyempat Taufiq ingin panaskan hati yang sedia membahang itu.
Farrel berdecit geram. Pandangan dilempar ke dalam gelap malam.
"Diam la, jangan sebut nama perempuan tu. Buat sakit kepala saja." ujarnya tanpa sebaris senyum.
"Kalau tak suka, buat apa kau setuju nak bertunang. Pertunangan yang diatur keluarga? Klise la s**l. Kau fikir ni drama pukul tujuh? Padahal boleh je kau tolak, cakap sajalah korang berdua tak serasi. Family kau mesti faham punya la!" bersemangat Taufiq mengajukan saran.
Riak Farrel kekal dingin. Tak terpengaruh sikit pun dengan saranan tersebut.
"Aku masih perlukan Putri. Kau pun tahu dia macam mana dulu. Reputasi dia tinggi berbanding orang lain. Aku terkenal pun disebabkan dia. Aku perlukan dia sebagai batu loncatan, jadi tunang Putri adalah jalan pintas untuk berada di puncak. Kau tahu kan, kalau terkenal orang akan segan dan hormat dengan kau." luah Farrel jujur tanpa rasa bersalah.
Dia tahu dia sampah kerana pergunakan gadis tak bersalah, tapi tak ada cara lain. Reen satu-satunya cara yang mudah.
"Sampai masa nanti, aku sendiri yang akan buang Putri. Lagipun kami sama-sama tak suka, jadi mungkin dia tak terlalu terluka." sambungnya lagi.
Tak terkata Taufiq yang menjadi pendengar. Dia pandang tak berkedip.
Kau memang lelaki sampah sejati ya, Rel. Bisik Taufiq sinis didalam hati.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ayah Reen : Hilman
umur : 41 thn
tinggi : 175cm
hobi : baiki barang rosak
masa lalu : -
Share this novel