4 : Cincin

Drama Series 223

        JIKA ada yang bertanya, bagaimana Reen dan Farrel setuju bertunang wahal mereka tak punya perasaan cinta terhadap satu sama lain.

Jawapannya sangat mudah. Mereka tak boleh menolak permintaan dari Nenda Fauziah iaitu nenek Reen dari belah ayah.

Nenek yang teringin mahu lihat cucunya bernikah dengan anak kenalannya. Reen tak sampai hati nak tolak memikirkan Nenda Fauziah yang baik padanya selama ini.

Farrel pula terpaksa kerana kata ibunya, keluarga dia berhutang budi dengan Nenda Fauziah.

Klise kan. Kisah yang sering muncul dalam novel dan drama. Pengakhirannya, pasangan yang terpaksa bernikah itu saling jatuh cinta. Tabah hadapi segala ujian dan akhirnya happy ending.

Tetapi kisah Reen dan Farrel tidak seromantik kisah orang lain.

Kenapa?

Sebab Farrel bukan hero. Simple!

Pertunangan mereka diatur selepas mereka habis SPM iaitu ketika masih berusia tujuh belas tahun! Muda kan.

Ianya sebelum Reen dirundung. Zaman kegemilangan Reen yang masih bersinar. Sebelum cahayanya dirampas Sofina.

IMBAS KEMBALI BEBERAPA TAHUN LALU.

"Hey! Kenapa kau setuju nak bertunang dengan aku? Kita kenal pun tak." soal Farrel memandang serius kepada gadis muda yang baru saja menjadi tunangnya.

Dia baru bebas berbicara kerana mereka ditinggal berduaan di meja makan tersebut.

Mulut Reen terhenti mengunyah. Pemuda tampan didepannya dipandang sembari memberi senyuman manis.

"Itu kan permintaan Nenda jadi saya tak sampai hati nak tolak." balasnya tenang.

Farrel buat muka tak percaya. "Kau sanggup korbankan hidup kau semata 'tak sampai hati'? Jujur saja. Alasan kau tak lojik. Kalau kau nak kau boleh je tolak kan."

Kting!

Garfu dan sudu terlepas dari tangan Reen. Dia mengesat sipi mulutnya. Gaya dan auranya yang elegan itu berjaya membuatkan Farrel terpesona sejenak.

"Peka juga kau ni. Memang betul, salah satu alasannya sebab Nenda. Aku tak tipu." ucap Reen senada.

Farrel terkedu melihat aura gadis itu berubah. Seperti orang yang berbeza.

"Tapi kalau kau nak tahu. Alasan sebenar aku, aku tak nak sesiapa pun dalam keluarga ni hina ayah aku. Jangan sampai ada yang berani cakap yang ayah tak reti didik anak. Ayah tak boleh terluka hanya disebabkan kedegilan aku." sambung Reen lagi.

Farrel tarik kembali ucapannya tadi bahwa dia terpesona. Dia tersengih sinis menentang mata Reen.

"Nasib baik la aku tak jatuh cinta. Rupanya kau cuma perempuan yang rela korbankan diri demi orang tersayang. Kau obsess dengan ayah kau ek?" kata Farrel bersahaja sambil bersandar dikerusi.

Ejekkan itu tidak memberi dampak sedikitpun kepada Reen. Reen tetap tenang dengan gayanya sendiri.

"Jangan buat aku nampak pelik la. Bukan obsess, tapi sayang. Tak salah kan sayang ayah sendiri?" selamba Reen membalas.

"Okay aku kalah." Farrel angkat kedua tangan tanda mengalah. Dia tak mampu membantah perkara normal tersebut.

END FLASHBACK.

*

*

Piipp!

Piipp!

Setelah di-scan, barangan yang pelbagai jenis tersebut diletak dalam plastik.

"Semua sekali empat belas ringgit, lima puluh sen." kemudian diserahkan kepada pelanggan yang setia menunggu.

Pelanggan wanita itu meletakkan sekeping not 50.

"Tak ada duit kecil?" tanya Reen. Wang tersebut diambil juga sambil mengira baki.

"Tak ada." jawap pelanggan itu tersenyum serba salah.

Wang baki diberi, Reen melakar senyum tawar.

"Datang lagi ya..."

Selepas pelanggan terakhir itu keluar dari kedai Seven Eleven ini. Reen bersandar melepas lelah.

Tentu saja senyumannya sebentar tadi adalah palsu. Dah nak buat macam mana, kalau tak senyum kang dikata sombong atau kurang ajar. Padahal kita penat!

Jam masuk ke angka 2am. Disebabkan berada di bandar jadi tak hairan jika diluar masih 'aktif'. Dia tak sempat melelap mata disebabkan pelanggan yang berdatangan setiap sepuluh minit.

Buku setebal kamus dikeluarkan untuk memanfaatkan masa senggang. Penuh tekun gadis itu membaca setiap rincian tulisan.

Mungkin sedang sendirian di kedai yang kosong tanpa pelanggan mahupun staff lain. Reen menjadi lebih fokus.

Beginilah rutin Reen sehari-hari. Dia bekerja part time di dua tempat. Cashier di 7-Eleven pada malam hari, manakala sebagai pengawas di kedai buku lama pada hujung minggu.

Kedengaran seperti hari yang damai dan normal bukan? Tetapi hakikatnya amat melelahkan. Dengan assignment lagi.

"Hmm, tak ada yang datang kan." Reen melingas pandangan kejap ke hadapan kedai. Tiada kelibat manusia yang terlihat.

Hanya terlihat kedai-kedai lain yang sudah ditutup.

Earphone dikeluarkan lalu disumbat ke kedua lubang telinga. Bosan dengan suasana yang terlalu sepi dan agak menyeramkan.

Dia yang fokus sepenuhnya hanyut pada lagu eh- buku, tak menyedari pintu automatik berbunyi itu. Berbunyi bila kedatangan pelanggan.

"Eh?" terpinga-pinga Reen apabila earphone dicabut oleh seseorang. Sontak dia menegak tubuh walaupun dalam keadaan duduk.

"Kau lagi. Ingatkan jembalang mana." Reen kembali melemas tubuh dengan muka malasnya.

Kevin bergerak ke rak belakang di mana terletak peti yang berisi minuman tin.

"Kalau jembalang datang pun kau tak perasan agaknya. Kusyuk sangat dengar lagu." sahut Kevin.

Tak lama dia datang membawa dua tin air laici dan satu keropok kentang. Dan diletak atas meja cashier.

"Ni je?"

"Itu saja lah. Asal? Kau nak tambah? Aku belanja." balas Kevin menayang sengih.

"Tak payah." ketus Reen menjawap.

Barangan yang siap dibayar dihulur kepada pelanggan seperti biasa.

"Dah pergi. Jangan kacau aku. Aku nak sambung study." Reen melabuh duduk tanpa pedulikan kawannya yang memasang muka seposen itu.

"Cis, kau memang perempuan berhati dingin. Tergamak kau halau pelanggan. Dah la aku tak nak datang dah. Mereput la kau seorang diri kat sini." cemberut Kevin.

Dia berjalan menghentak kaki. Merajuk la kononnya. Esok datang juga. Muak dah Reen dengar ayat sama setiap kali lelaki itu merajuk.

Reen bingung sendiri mencari earphone miliknya. Tadi elok ada atas meja. Ghaib ke mana pulak.

Sedang mencari barangnya yang lesap secara tiba-tiba itu, mata Reen terpandang satu tin air laici di penjuru meja.

"Mesti kerja dia punya. Apa yang dia anti sangat dengan earphone aku." bicara Reen seorang diri.

Dari luar terlihat jelas, Kevin yang sedang tersenyum lebar sambil melayang-layang earphone-nya.

"Haaa..." Reen melepaskan keluhan panjang. Buku disimpan ke dalam bag sandang.

Kevin Thomy. Pelajar yang terkenal nerd di Kolej. Nerd tu penampilan saja, perangainya berlawanan dengan kata nerd.

Mana tak dipanggil nerd-nya, sudah la badan sado tapi pakai kemeja kotak-kotak tuck in pula. Dengan kaca mata petaknya. Tapi nasib baik la style rambutnya agak bergaya. Nampak la juga kehandsome-an disebalik itu. Biarpun cuma Reen yang lihat sosok sebenar Kevin.

Eh tunggu!

Bukan ke tengah bercakap pasal earphone ke? Apekehel bercakap pasal baju kotak pula.

Ah ya, Kevin paling pantang kalau nampak Reen pakai earphone. Katanya tak mahu Reen leka kerana leka sesaat dapat mengancam nyawa.

Kuno betul pemikiran si nerd tu. Namun begitu, Reen yang mengetahui kisah silam dan trauma yang dimiliki Kevin. Membiarkan saja. Sebab dia tahu pemuda itu hanya risaukan dia.

Walau terkadang, menyebalkan.

Air laici di penjuru meja dipandang lama. Sekali lagi Reen mengeluh pasrah.

Sepertinya air itu untuknya. Air tersebut dicapai.

"Sejuk,"

Reen menjeling dengan hujung mata ke arah telefonnya yang bergetar. Menandakan mesej masuk. Farrel?

'Maaf pasal kemarin. Aku stress dua tiga hari ni, tak sengaja terlepas kat kau. Apa kata kita pergi makan esok? Aku belanja.' - Farrel

Notification itu dilihat dengan penuh perasaan sebal. Tak dibuka dan dibalas. Malas!

"Tak sengaja terlepas? Dia ingat aku b*doh ke." dengus Reen. Telefon dibuat terbalik.

"Ayat pun nampak sangat terpaksa."

Reen terdiam lama dalam keheningan. Kadang dia terfikir. Sehancur apa hidupnya jika menikahi lelaki seperti Farrel.

Orang yang hanya manfaatkan dia demi kepentingan sendiri. Dia yakin satu hari nanti Farrel akan membuang dia. Selayaknya benda tak berguna.

Lelaki itu berbeza dengannya. Farrel bukanlah jenis orang yang peduli dengan 'balas budi'. Bila-bila masa dia boleh batalkan pertunangan. Tetapi tidak Reen.

Reen tak ada pilihan lain selain menurut apa yang diatur untuknya.

Telefon dicapai seraya membalas mesej dari Farrel.

'Ok' - Reen

*

*

Gula-gula getah dikunyah lalu dibuat belon.

Pop!

Eden yang berbaring santai atas rumput. Membelakangi pokok besar itu menghela keluhan kecil.

Terkadang dia menepuk nyamuk yang hinggap. Stress berperang dengan nyamuk, dia bangun dari baringan.

"Macam mana dia boleh lepak kat sini tiap hari. Berkawan dengan nyamuk ke." ngomelnya sendirian sambil menggosok kulit lengannya yang sudah kemerahan.

Gelap malam tak terasa menyeramkan buatnya. Sekali sekala datang seorang pak guard menegurnya. Tapi dia buat tak tahu saja. Suka hati la dia nak datang malam ke siang. Asalkan datang kan?

*jgn tiru aksi ini!!*

Mata ngantuknya terpaku pada benda yang bersinar dicelahan rumput hijau itu. Benda tersebut di ambil.

"Cincin murah siapa ni..." cincin emas putih ditilik kusyuk.

Dibelek cincin yang memiliki sebutir permata putih yang bertakhta di atasnya.

Bibirnya menarik senyum tipis. Tiada sesiapa yang terlintas dalam ingatannya selain seorang gadis yang selalu membaca buku dibawah pohon itu.

"Jangan cakap ini cincin tunang. Kalau aku jual ni, berapa sen saja dapat." monolog Eden seorang diri.

Kalau dia tinggalkan kat sini, kang dicuri orang lain pula.

Akhirnya, Eden memutuskan untuk membawa pulang cincin itu. Cincin disumbat ke dalam kocek seluar jeans.

Eden bangun berdiri. Seluarnya yang melekat rumput dikibas kejap, seraya berjalan ke arah motosikal berenjin besarnya diparking.

"Menyusahkan..." dia sendiri pun tak mengerti dengan dirinya yang tiba-tiba pedulikan perkara yang bukan masalahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience