BAB 2

Drama Completed 3682

Memang aku selalu begitu, berkongsi dengan Husna. Pendek kata apa sahaja yang ada di rumah ini kami akan kongsi bersama. Nama pun rezeki kan, haruslah dikongsi.

“Oh macam ni Dahlia, Saya nak mintak temankan saya balik rumah lama. Nak ambil barang peninggalan arwah emak di kampung, boleh tak?” tanyanya lagi.

“Seriuslah?Wahhh!” aku benar-benar teruja bila Husna sudi mengajakku pulang ke rumahnya.

Sejujurnya sudah lama aku mahu ikut Husna pulang namun selama ini dia sering mengelak dan akan menukar topik setiap kali kami bercerita tentang cuti dan menyuarakan hasrat untuk berjalan-jalan ke kampungnya.

Bila sudah ada peluang begini sudah pasti aku takkan menolaknya. Aku bangga kerana Husna sudi mengajakku.

“Wah happy sungguh awak Dahlia, tapi.. …” Husna nampak serba salah. Raut wajahnya yang tenang tadi tiba-tiba dirundung sedih.

“Tapi kenapa Husna?” tanyaku lagi.

“Yang sebenarnya, bapa saya baru meninggal petang semalam dan saya baru sahaja menerima SMS dari bapa saudara saya pagi tadi.” Aku benar-benar terkejut.

“Innalillahi wainna ilaihi roji’un… tapi sakit apa Husna? Ni kenapa awak tak balik saja malam ni?” soalku serentak duduk di sisinya cuba menenangkannya.

“Jangan risau Dahlia, tak mengapa esok saja kita balik, perjalanan nak balik sedikit jauh jadi kita gerak esok sajalah. Bapa tak sakit apa tapi katanya dia dibunuh.” Ujar Husna, laju saja kata-kata itu terpacul dari mulutnya seolah tak ada apa sedangkan jiwaku ini pula yang sudah berkocak risau.

Pergh dia ni benar-benar redha dan kuat betul orangnya meskipun terbit sedikit keanehan dari sikapnya itu yang menurutku tak normal. Bapa kandung kot.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience