BAB 8

Drama Completed 3683

“Kalau pakcik maksum sangat, bebas daripada dosa, apakata pakcik yang berkopiah ini bawa beristighfar dan amalkan sikap muslim yang sebenar. Jangan terlalu mencaci dan menghukum. Soal mati, dosa dan keampunan juga takdir itu semua adalah tugas Tuhan bukan kerja kita manusia, kita tak punya hak, kita semua di sini adalah makhluk ciptaan Allah. Sama sahaja manusia. Kita tak punya kuasa untuk tentukan siapa di sini yang mulia, sampah dan berguna dalam masyarakat juga di sisi Allah? Pakcik fikir pakcik siapa untuk menentukan samaada seseorang tu akan ke syurga atau neraka? Apa pakcik anggap keampunan dan kasih sayang Allah itu hanya layak untuk orang berkopiah, punya rumah, bukan penagih dadah, bukan memiliki isteri yang bekerja sebagai seorang pelacur sahaja ke? Sudah tentu tidak. Semuanya atas izin Allah. Apa tak layak ke bekas pelacur seperti Husna h ni, yang ingin bangkit dan bina hidup baru dan mendapat tempat yang baik di sisi manusia? Dia juga manusia, korang fikir korang siapa? Tuhan? Sungguh prejudis pandangan dan ukuran masyarakat terhadap bekas golongan seperti Husna ? Apakah kita semua mempunyai kuasa mutlak memaafkan dan memberi keampunan ke atas setiap jua dosa? Bahkan kita juga tidak sempurna dan sunyi dari kesilapan dan belum tentu dosa pakcik menghina Husna ini diampunkan. Jadi atas alasan apa kamu semua menghukum Husna membuta tuli lalu menutup niatnya untuk pulang ke pangkal jalan? Mulia sungguhkah kita ini manusia daripada Allah yang menciptakan kita hingga tak pantas memaafkan dosa saudara kita sendiri? Jangan buat kerja Tuhan, ini semua kerja Tuhan sedarlah pakcik dan wahai tuan puan sekalian yang ada di sini. “ ucapku berapi, wajahku juga sudah merah menahan amarah.

Dalam masa yang sama tak putus-putus aku beristighfar dalam hati mohon agar bertenang agar lancar setiap kata-kataku dan mengharap terbitlah kesedaran di dalam jiwa mereka ini.

“Beria sungguh kau nak bela perempuan jalang ni. Kalau dah dasar pelacur tu, pelacur jugak. Emaknya pelacur, bapanya pulak kaki dadah. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Kalau dah mengalir dalam darah sikap jalang dan hina macam tu, entah boleh ke tak kikis sikap tu?” sindir seorang wanita yang ku kira berusia dalam lingkungan 40an.

Aduh kali ini hatiku sudah benar-benar menyirap bagai volcano yang mahu meletus. “Okay, kalau iyapun bapa Husna seorang tokan dadah, emaknya pula seorang pelacur dan Husna sendiri juga bekas pelacur jadi apa pula status pakcik, makcik dan tuan puan yang ada di sini? lebih mulia dari mereka?” tanyaku pula sinis.

“Kau ni bodoh ke apa? Dah tentulah lagi mulia dari sampah masyarakat tu. Aku bukan penagih dadah. Aku tak gila sampai tergamak melacurkan isteri dan anak aku!” jawab pakcik Husna yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience