BAB 1

Drama Completed 3683

Di usiaku yang menjengah 20 tahun ini, sama seperti kebanyakan remaja seusiaku pastinya sedang ligat untuk menyambung pelajaran di IPTA dan swasta, dan aku tidak terkecuali.

Namun malam jumaat atau hujung minggu ku akan diisi dengan kuliah yang diadakan di sebuah surau berhampiran dengan kawwasan rumah sewaku.

Oh ya namaku Dahlia Nadirah dan aku adalah seorang yatim piatu, sudah setahun selepas pemergian kedua emak bapaku yang terkorban dalam nahas jalan raya dan semenjak itu aku dijaga oleh nek wanku, pada dialah tempat ku mengadu dan menumpang kasih, tiada adik beradik kerana aku anak tunggal.

Mujur juga sikapku yang mudah mesra ini memudahkan aku berkawan dengan sesiapa saja termasuklah lelaki, tapi tentu saja batas pergaulan sentiasaku jaga.

Aku sentiasa ingat pesan nenek agar sentiasa mengehadkan pergaulan kerana hubungan antara lelaki dan wanita ini punya tarikan tersendiri sebab itulah kena sentiasa berhati-hati.

Di rumah sewa yang baru empat bulan ku huni ini, aku tinggal dengan seorang gadis bernama Husna. Husna dari pengamatanku seorang yang baik hati dan lemah lembut.

Orangnya sangat menjaga aurat dan tingkah laku. Sepanjang bersamanya, dia tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran, bahkan ia sudah menjadi rutin hariannya kecuali jika dia PMS.

Di watu malam dia akan bangkit disepertiga malam untuk solat Tahajjud. Aku kagum melihatnya, pasti dia datang dari keluarga yang baik-baik, Allahu aku cemburu padanya.

“Dahlia, esok ada pergi ke mana-mana ke?” tanya Husna padaku.

“Ermmm setakat ini tak ada perancangan lain lagi, kenapa Husna?” aku meletakkan dua mug penuh air berisi teh ais di hadapan Husna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience