BAB 9

Drama Completed 3682

“Sah-sah aku pun sama. Saya bukan pelacur. Takkan sama sekali melakukan pekerjaan keji tu walau hidup merempat sekalipun!” jawab wanita tadi.

“Oh begitu ya, tapi di pandangan mata kasar saya sebagai seorang manusia juga saya merasakan yang pakcik dan isteri pakcik juga teruk, begitu juga dengan makcik yang kat hujung tu. Teganya pakcik membiarkan isteri pakcik tak tutup aurat. Begitu juga dengan makcik, lebih teruk dari emak Husna, makcik pun dengan rela tak pakai tudung dan pakai pakaian tutup aurat dengan sempurna. Kalau pelacur dikatakan menjual maruah, pakcik dan makcik bolehlah saya katakan menjual aurat, secara sukarela, itu lagi teruk bagi secara percuma! Bukankah itu sama saja dengan pelacur?” sindirku.

“Mana ada sama! Sah-sah dosa pelacur berzina lagi besar, kecil saja dosa tak tutup aurat ni,” bidas pakcik Husna sedikit mati akal untuk membalas hujahku.

“Apa pakcik kata? Boleh ulang balik? Dosa kecil? Pakcik, makcik, tau tak, dosa menganggap sesuatu dosa kecil itu sebagai benda remeh adalah satu dosa besar. Kiranya pakcik mempersendakan hukum agama. Tidak ada sekelumit pun dosa kecil jika Allah menghadapi kita dengan keadilannya, dan tidak beerti dosa besar jika Allah menghadapi kita dengan belas kasihan dan kasih sayang-Nya. Setiap dari amalan kita akan dihisab setara dengan perbuatan kita.”

Saat ini aku melihat pakcik Husna itu sudah mati kutu, lidahnya barangkali kelu untuk membidas kata-kataku pula dan jiran tetangga yang tadinya beria menyibuk kini rata-rata tertunduk malu malah ada yang mula angkat kaki masuk ke dalam rumah masing-masing.

“ Sudahlah Husna, tak guna kita berlama di sini, redhakan saja semuanya. Allah lebih tahu siapa hamba-Nya. Ayuh balik.” Pujukku pada Husna sambil memimpin tangannya.

Tiada guna berlama di situ, sebagai muslim aku sudah mencuba untuk melakukan bahagian aku menasihati dan menyedarkan mereka, aku juga takut jika aku berlama aku terjerumus sekali di dalam bikin kerja Allah, aku berdoa agar terbukalah hati mereka menginsafi kelakuan mereka. Selebihnya semua terpulang pada Allah untuk memberi hukuman setimpal pada perbuatan mereka, ia bukan tugas aku dan juga bukan tugas Husna bahkan sesiapa sahaja bergelar manusia. Aku berharap mereka sedar siapa mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience