BAB 3

Drama Completed 3683

Namun ada garis hiba juga di wajahnya yang cuba disembunyikan lantas aku memeluk Husna. Husna sudah ku anggap seperti saudara sendiri dan ini bermakna kami berdua berkongsi nasib yang sama, anak yatim piatu.

“Bawa bersabar ya, tapi kalau awak nak balik malam ini juga tak ada masalah, saya boleh temankan. Nak?” ajakku sekali lagi, sebenarnya aku tak berpuas hati dengan ketenangan sikap Husna ini.

“Dahlia, tak mengapa, lebih moleh kita gerak esok saja ya…” lembut suaranya memanggilku. Husna memegang erat tanganku cuba menyakinkan aku yang dia okay dan keputusannya adalah muktamad.

Pandangan kami saling tertancap dan aku sepertinya akur dengan mahunya. Aku cuba memahami gejolak hatinya melalui sinaran matanya. Dari redup matanya tu dapat ku agak yang dia menyimpan duka yang berat untuk ditanggung.

“Husna, awak ada sesuatu untuk diceritakan kepada saya tak?” tanyaku sedikit menduga.

“Dahlia, boleh tak awak simpan apa yang bakal saya cerita pada awak ni?”

“Jangan khuatir Husna, InsyaAllah. Saya tak anggap apa yang awak bakal beritau pada saya sebagai rahsia, tapi saya anggap ia sebagai amanah. Saya akan jaga amanah itu sebaiknya, biar pecah di perut jangan pecah di mulut.”

Ujarku menyakinkan Husna, aku bukan kepochi untuk tahu rahsianya namun aku ikhlas mahu dia meluahkan segala yang terbuku di hatinya jika ia dapat meringankan kesedihan dan dukanya.

“Tapi Dahlia, saya harap, selepas apa yang saya ceritakan pada awak ni, awak masih sudi berkawan dengan saya. Saya harap yang awak takkan menjauh dan membenci saya. Yang sebenarnya Dahlia, Husna yang Dahlia lihat ini dahulunya adalah seorang pelacur, itu yang sebenarnya Dahlia.”

Serentak itu aku menekup mulutku yang ternganga dengan kedua tanganku. Hampir saja aku terjelepuk dari sofa cabuk kami ini dek kerana terkejut mendengarnya mujur aku dapat mengawal postur tubuhku dari nanti menimbulkan kejanggalan dan rasa segan Husna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience