BAB 4

Drama Completed 3682

Wajah lembut Husna ku tatap dalam. Anak mata itu jelas menunjukkan yang Husna tidak berbohong, Mana mungkin dia mahu berbohing apalagi untuk sesuatu yang serius seperti ini.

Sepanjang mmengenalinya dia adalah orang yang sering saja berkata benar dan tidak pernah walau sekalipun memungkiri janji, sentiasa menjaga waktu solat mana pantas orang sepertinya berbohong dalam membuka pekung di dada.

“Dahlia, mesti awak pelikkan. Sepatutnya saat ini saya mesti dah berdesup balik bila dapat tahu bapa saya meninggal tapi saya memilih untuk bersikap tenang menghadapi ini semua, ini semua adalah ujian.Yang sebenarnya bapa saya adalah seorang penagih dadah tegar. Semasa arwah emak masih ada, bapa memaksa emak menjadi pelacur semata-mata untuk menyara kami dan memastikan bekalan dadah untuk bapa tak pernah putus. JIKA emak enggan, bapa ugut untuk jual saya pada rumah pelacuran, nak tak nak emak terpaksa korbankan dirinya demi menyelamatkan anak perempuannya iaitu saya..” ujar Husna menceritakan sejarah hitamnya.

“Bukan itu sahaja Dahlia, Emak juga dipaksa menghisap dadah. Ia demi menyenangkan bapa kerana baginya jika emak juga gian maka ia akan membakar semangat emak untuk mencari duit dan melakukan kerja hina itu semata demi mendapatkan bekalan dadah, semuanya adalah muslihat licik bapa. Tak lama kemudian emak ditemui mati di dalam hotel kerana pengambilan dadah yang berlebihan. Selepas pemergian emak, bapa memaksa saya pula menggantikan tempat emak sebagai pelacur. Cuma yang membezakan saya dengan emak adalah saya tidak diberikan dadah sebaliknya saya akan dibiarkan kebuluran dan kelaparan jika saya ingkar. Keadaan jadi lebih buruk bila saya dikurung pada suatu hari sebabnya bapa seakan dapat menghidu yang saya cuba melarikan diri.Masa itu bapa siap ugut untuk bunuh saya seperti mana dia habiskan nyawa emak dengan menyuntik emak dalam dos tinggi. Allah ketika itu saya benar-benar terkejut kerana tak menyangka suami sendirii tega membunuh isteri dek kerana najis dadah dan sudah itu anak perempuan sendiri pula dijadikan mangsa. Cuba bagitahu saya Dahlia, dalam keadaan seperti itu, apalah kudrat saya untuk ingkar pada arahan bapa, saban waktu saya tak putus berdoa moga saya akan bebas dari kesengsaraan itu.” Ujar Husa, saat ini manik jernih mula kelihatan dari tubir matanya.

Sungguh aku tak menduga disebalik wajah yang lembut dan sikapnya yang tenang dia menyimpan sebuah kisah duka penuh tragis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience