BAB 7

Drama Completed 3682

“Heii perempuan, kau ni siapa pulak? Kau ada mengena ke dalam urusan keluarga ni? Aku rasa kau tak tahu lagi siapa dia ni yang kau beria bela, kalau kau tahu pasti kau pun jijik nak dekat. Kau tau tak siapa yang kau bela tu? Pelacur! Mak dia pun pelacur! Dorang ni spesis jalang. Orang macam tu, tak layak hidup dengan orang, lebih layak duduk dalam hutan! Entah-enatah binatang di hutan pun tak nak tinggal dengan dorang ni. Eh kalau membunuh tu tak salah di sisi agama, sudah lama aku tembak dorang sekeluarga dengan senapang patah aku tu, biar mati tak tinggalkan jejak di bumi ni!” ucap orang tua itu dengan nada berapi. Suaranya sudah meninggi hingga memaksa isterinya keluar rumah melihat kekecohan yang berlaku.

Beberapa Jiran tetangga juga turut keluar rumah. Sudahnya aku dah Husna menjadi tumpuan dan mereka pagi itu melihat drama kehidupan percuma.

Punyalah main kepoh mereka berpesta pada penderitaan dan musibah orang lain hingga tak sedar ada lelaki dan wanita tak menutup aurat sebab tak mahu terlepas drama meletop ini temasuklah mak saudra Husna sendiri.

“Kenapa kau diam Husna? Kau dah bisu pula ke? Padanlah laki bini tu, sii bapa mati dibunuh yang si ibu pula mati overdose dadah. Dua-dua mati dalam keadaan huna dan kau pula anak dorang berani tayang muka datang ke kampung ni? Kau tak payah guna tudung tu untuk tutup sundal kau, baik kau balik dan taubat nasuha dan segala jenis taubat takut dosa kau tak sempat diampunkan! Semua sini tahu kau tu perempuan jalang sama macam emak kau!” Husna tetap diam walau dihambat dengan cercaan dan makian yang sudah melebih-lebih ku kira. Barangkali dia sedar akan kekurangan dirinya, boleh jadi dia takut.

Dalam masa yang sama terdengar lagi banyak suara sumbang di sekeliling kami yang ikut sama mengeji Husna.

Aku sudah tak tahan lagi dengan sikap lelaki berkopiah di hadapanku ini. Ini sudah lebih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience