BAB 5

Drama Completed 3682

“Pada suatu hari, bapa mabuk dna berada dalam pengaruh dadah yang sangat tinggi. Dia tertinggal kunci dalam bilik sewaktu menghantar makanan untuk saya. Sebaik memastikan keadaan selamat, saya berjaya larikan diri. Namun pada siapa saya nak mengadu? Nak harapkan pakcik sebelah keluarga bapa, dia memang langsung tak ambil peduli. Dia sendiri pernah cakap yang dia benci pada bapa, termasuk keturunan bapa. Dia kata, bapa banyak memalukan keluarga mereka. Sampaikan saya sekali terpalit dihukum olehnya sedangkan dia adalah satu-satunya harapan saya untu meneruskan kehidupan yang normal.”

“Sehinggalah saya bertemu awak Dahlia.” Ujar Husna.

“Ya Allah Husna, berat sungguh dugaan awak.” itu saja yang mampu ku ucapkan. Kami berpelukan. Bajuku sudah basah dengan air mata. Esakan Husna menambahkan lagi kepedihan dihatiku. Tergamak seorang suami dan seorang yang bergelar bapa menjual isteri dan anak semata-mata kerana najis dadah?! Apakah sudah hilang sifat kemanusiaan dalam dirinya?

“Assalamualaikum pakcik,” sapa Husna sebaik saja pintu pagar dibuka.

“Waalaikumusalam. Kau Husna. Apa kau nak awal pagi lagi dah terpacak depan rumah aku ni?” bentak lelaki tua yang ku kira adalah bapa saudara Husna.

“Pakcik,Husna datang nak ambil barang. Jadi nak ambil kunci rumah daripada pakcik?”

“Apa kau nak ambil kat rumah najis tu? Kau nak ambil peralatan hisap dadah ke? Nak sambung balik kerja lama emak bapa kau tu ke? ke kau nak buka cawangan pusat pelacuran ganti emak kau, jadi jalang?!” ujar lelaki itu sinis.

Eh menyirap hati aku mendengarnya. Berdesing telingaku mendengar sindiran dari lelaki tersebut.

Walaupun ia tidak ditujukan kepadaku, namun Husna sudah ku anggap saudara kandung, cubit peha kiri, kanan tetap terasa sakit.

Ku lihat Husna tertunduk membisu, wajahnya merah padam dan airmata suda mulai bergenang, aku tahu dia malu padaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience